abu ratib.~ وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْن إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ



Ini nasyid kegemaran ibu sejak 30 tahun lalu...Masya Allah
Surah Ali-Imran ayat 139 merupakan  ayat kecintaan yang mengiringi kehidupan  ibu sejak Tingkatan 4 di sekolah Teknik Melaka pada tahun 1978. Mary  Hamim, salah seorang teman karib yang amat memahami kesedihan ibu diuji dengan fitnah, tiba-tiba menghulur nota yang  bermaksud  "Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah kamu bersedih hati sesungguh kamulah orang  yang PALING  TINGGI darjatnya  sekiranya  kamu  ber IMAN"

Masya Allah  ajaibnya  firman Allah. Ayat  ini  ibu hafal, setiap kali kesedihan tidak diundang  menerpa, pujukan dari Allah  ini terus   menyejukkan jiwa dan menenangkan diri agar sentiasa  ISTIQOMAH menjadi orang  berIMAN. 
Bagaimana caranya?
Fahami sepotong  hadis yang  bermaksud;

  "..ajaibnya  orang  beriman sekiranya  dikurniakan rezeki dia  bersyukur. Sekiranya diuji  dia bersabar..." 

Suburkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah setiap detik dan ketika, walaupun di mana kita  berada. Mohonlah kesabaran yang indah dari Allah  jika diuji.

Sepanjang perjalanan naiki ETS menemani suami program di Bangi, mulai dari parking kereta di Stesen Arau, ibu berdoa dapat tempat parking  terdekat. Alhamdulillah Allah tunaikan.
Sepanjang jalan  berdoa lagi mohon Allah kurniakan jawapan tentang harapan ibu untuk dapatkan pengakhiran yang diimpikan. Masya Allah, ketika buka Qur'an terpampang depan mata jawapan yang sungguh membahagiakan;
Surah al-ahzab hujung ayat  23 yang bermaksud :

"dan di antara mereka  ada yang menunggu-nunggu dan mereka  sedikitpun tidak mengubah  (janji)" 

Hafallah ayat ini. Insya Allah jiwa  kita akan sentiasa tenang  jika  diuji atau difitnah dengan sebarang  fitnah yang tidak diundang...

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْن إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil