Ithar ,cinta Dan Pengorbanan


Tersentuh dengan persoalan yang ditimbulkan  oleh seorang sahibah tentang Ithar..Beliau tidak bersetuju  dengan pengorbanan  seorang sahabat  menceraikan isterinya untuk ddikahwwinkan dengan Abduraahman bin Auf...menurutnya mungkin sumber seerah itu tidak sahih, wallahu alam
وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka  berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung”.(Al Hasyr: 9)
Semua akhlak yang baik  dan terpuji seseorang muslim itu bersumber dari mata air hikmah nabi SAW atau dari anugerah rahmat ilahi, Sabda Rasulullah saw yang bermaksud;
“Salah seorang dari kalian tidak beriman, hingga mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya”
Perasaan orang mukmin terhadap cinta kebaikan, dan itsar atas diri sendiri, keluarga dan anak itu semakin kuat, dan semakin berkembang. Orang muslim hidup menyatu dengan Allah Ta’ala, lisannya selalu basah berzikir kepada Nya dan jiwanya bergelora dengan cinta kepada Nya. Jika ia memperhatikan tanda-tanda kekuasan Allah, ia mendapatkan banyak sekali pelajaran berharga. Jika ia menghadap hatinya kepada ayat-ayat seperti berikut:
وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا
“Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu nescaya kamu memperoleh (balasan) nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya”. Muzammil: 9
Dan firman Allah ta’ala:
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَلِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurniaan-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri”. (Fathir: 29-30)
Dunia  ini bukan matlamat tetapi adalah ladang untuk kita berusahaa menuai hasilnya di akhirat. Fikiran dan jiwanya  sarat dengan perasaan penuh sedar  bahawa semua  yang ada di muka bumi ini adalah milik Allah, walaupun anak,, suami/isteri, apa lagi harta benda.Semua ini adalah ujian sejauhmana Allah hendak mengukur  keikhlasan seseorang itu  berkorban untuk Deen-Nya. Pentingnya  ilmu tafsir Qur'an untuk kita memahami sedalaam-dalaamnya ayat-ayat Allah tentang  perniagaan yang tidak pernah rugi. Hasil dari kefahaman dan kesedaran kita yakin  bahawa apa yang kita berikan hari ini, maka Allaah akan  ganjaran  yang llebih menguntungkan  di akhirat kelak.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil