Rombongan Balik Kampung
Dengan Nama Allah
Rabb Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillahir Robbil Alamin
Selawat dan salam khusus untuk junjungan tercinta, Muhammad Rasulullah sallallahu alaihi wassalam
Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah anugerahkan peluang ibu berombongan sejak kecil lagi bersama keluarga besar Hj Md.Top balik kampung di rumah atok. Apabila berombongan memang meriah rasanya. Selagi ayah bonda masih ada, setiap hari raya Aidil fitri kami berombongan ziarahi ibu saudara dan ayah saudara, Masih terasa manisnya silaturahim kunjungsn kami secara berombongan. Jika warga emas kami kunjungi, memang kami akan bawa juadah untuk makan bersama mereka
Alhamdulillah, semalam Allah aturkan kami dikunjungi oleh dua rombongan dari Terengganu dan satu rombongan dari Johor. Ibu bersendirian menjaga suami, rasa memang tak larat lagi hendak menyediakan juadah untuk tetamu, apa lagi mereka datang secara mengejut. Mujur mereka semua memahami keupayaan warga emas memang tidak larat membuat kerja serba serbi. Semoga Allah ampuni kelemahan dan ketidak upayaan ibu dan juga mengampuni dosa anak-anak berlepas tangan dari kewajipan menjaga ayah yang sepatutnya mereka pikul. Cuti sekolah, peluang mereka balik kampung atau makan angin. Ibu malas nak komen, masing- masing muhasabahlah diri, lain kali fikirkan bagaimana menyediakan alternatif agar tidak dipersoalkan oleh Allah di akhirat nanti.
Alhamdulillah, mujurlah ibu dikunjungi tetamu jauh (anak angkat Datin Noraini@ kakak ibu) dari Kemaman yang sudi bermalam di Tunjung bersama ibunya, membantu ibu merawat suami. Alhamdulillah, terhibur rasa, Allah aturkan bantuan yang lebih baik. Katanya dengan asbab kami 4 beradik tadarus dan taddabur Quran jam 4.00 -5.00 setiap pagi, Allah izin tergerak hatinya hendak ziarah dan diundang bermalam di sini.
Paling terharu, ibu dikunjungi oleh rombongan keluarga sahabat karib ibu semasa kami sama-sama ikuti program dakwah dan tarbiyyah di Johor Baharu sekitar tahun 1988-1990. Anaknya berkata "ibu dah banyak kali bagi tahu nk jumpa mak cik Norlida dan ustaz Omar, baharu hari ini ada peluang nak bawa" jelas salah seorang bekas pelajar Matri
![]() |
Ukhti Zaharah zaujah akhi Megat Saidi |
"Manis sungguh rasanya ukhuwwah kita masa sama-sama di JB dahulu kan?" Teman ibu mengimbas kembali kenangan manis kami berusrah.
Sungguh cepat dan laju sungguh masa berlalu. Tup...tup..tup kami dah masuk umur 60an, ikut umur umat Muhammad mungkin ada 3 tahun sahaja lagi untuk kami menambah amal soleh sebagai bekalan untuk dibawa pulang dalam rombongan menuju ke kampung akhirat.
Dalam kelas onpine tadarus dan taddabur pukul 6.15-7.00 pagi setiap hari, kak Ngah pernah sebut "jom kita buat rombongan ke kampung akhirat..." Alhamdulillah hingga hari ini sudah 15 kali dan 15 halaman Al-Quran yang sudah ditaddaburi. Semoga program ini menjadi asbab kami berombongan masuk syurga Allah kelak. Insha Allah. Mari kita saling berdoa semoga Allah terima rombongan kami masuk ke Syurga Firdaus dengan sebab memuliakan Al Quran.
Sebelum ini ibu pernah luahkan kerisauan kepada Allah, banyak buku tafsir hanya menjadi hiasan rak buku, tidak dibaca, takut buku-buku itu dakwa ibu di akhirat nanti. Baca seorang diri, belum habis semuka dah mengantuk. Bila diprogramkan buat secara berjemaah, baharu bersemangat untuk istiqomah. Baru tak mengantuk, bahkan rasa seronok. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah menggerakkan hati kak Ngah mengundang ibu penuhi slot taddabur setiap hari 40 minit. Alhamdulillah semoga sempat kami semua taddabur 30 juz Al Quran sebelum Allah menjemput kami pulan ke Rahmatullah.
Berikut adalah file rakaman taddabur kami agar dapat dimanfaatkan oleh anak cucu.
https://drive.google.com/drive/folders/1TOApt_6iw2Atc4feBEsJ4055aAhIiYA6?usp=sharing
Comments
Post a Comment