Alam ini akan disinari fajar lagi

 Subhanallah, Alhamdulillah,La ilahailalallah, Allahu Akbar

Tiada daya dan kekuatanku melainkan hanya dengan izin Allah jua. 

Telah sekian lama ibu impikan ingin ikuti kelas taddabur  Al-Quran berbayar, tetapi belum bertemu dengan murabbi yang sehati sejiwa menuju destinasi seperti As Syahid Syed Qutb yang amat ibu minat ulasannya dalm Tafsir Fi Zilal Al Quran. Ulasannya sangat tarbawi dan rasa puas dan kenyang (roh) kalau kita mendalami maksud tersiratnya. Sayangnya , ibu dimaklumkan tafsir Fi zilal tidak popular dikalangan masyarakat umum. Ibu masukkan sedutan kata-katanya yang power sekali sekala sahaja  dalam penyampaian. Tassawur fikrahnya amat jelas berpaksikan manhaj rabbani.

Di antara frasa  sajak almarhum sentiasa  terngiang-ngiang dalam jiwa ini...

Alam ini akan disinari fajar lagi...

biarkanlah rohku terbang mendapatkan rindunya

Suatu ketika dahulu sampai menangis  menjiwai sajak ini..


Namun dalam perkongsian ilmu setiap pagi bersama masyarakat (anak didik Al Quran) kakak ibu di Johor, lebih sesuai merujuk Tafsir Al Azhar. Ibu gabungkan bahan bacaan ibu dengan menjadikan taddabur Quran Time sebagai nota asas. Kadang-kadang tambah ilham dari tafsir Al Munir, Dr Wahbah Az Zuhaili dan tafsir Ibn Katsir.

Alhamdulilah, bukan sahaja dapat hobi baru  bahkan Al Quran kini menjadi agenda utama dalam  rutin kahidupan kami empat beradik. Setiap jam 4.00 pagi kami taddabur sehari satu halaman juzuk Amma dahulu.

 Kerana Allah, berkorbanlah untuk menolong Deen Allah. Masyarakat di luar sana terlalu asyik khatam Quran berkali- kali tanpa memahami isi kandungannya. Bagaimana umat Islam akan bangkit? Walaupun kami ada banyak kelemahan namun kami tetap menaruh harapan semoga Allah pilih kami menjadi ahlul Quran... pilihlah kami Ya Allah, sesungguhnya solatku ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukAllah Rabb sekelian alam...

Siapakah Ahlul Quran dan Ahlullah. (Keluarga Allah)?

Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga di antara manusia, para sahabat bertanya "siapa mereka ya Rasulullah?"

Rasulullah sallallahu alaihi wassalam menjawab;

"Para ahli Al Quran, merekalah keluarga Allah dan hamba pilihan- Nya" ( HR Ahmad)

Ibn Qaiyyim menjelaskan tentang hadis Nabi di atas; 

Ahli Quran sejati adalah yang mengamalkan kandungan Al Quran walaupun belum menghafalnya, melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan Nya, tidak melanggar batasan-batasan yang digariskan Al Quran. Merekalah ahlul Quran, keluarga Allah serta orang pilihan Allah. Merekalah hamba Allah yang paling istimewa. Kehidupannya sentiasa berpedoman dengan Quran.


Insya Allah ibu amat yakin zaman cucu cicit ibu kelak pasti alam ini disinari fajar lagi. Kitalah yang peru merintisnya sedaya upaya yang boleh. Insha Allah, semoga Allah menerima amal kami sebagai amal soleh di sisi Nya


Alhamdulillahi rabbil alamin di atas kurniaan Allah, setiap waktu jika ada kelapangan ibu isi dengan membaca buku- buku tafsir. Hingga hari ini, sudah masuk halaman 37 mushaf Al Quran,selesai taddabur surah Al Baqarah ayat 237. 

Sedikit-sedikit, lama - lama selesai dengan izin Allah SWT. Cukuplah ini menjadi penghibur ibu berdakwah secara online di alam maya di samping tugas utama di rumah iaitu menyantuni keuzuran suami.

Dalam seminggu ini gempar sana sini tentang filem Kebangkitan Pahlawan Mat Kilau. Pawagam mula dipenuhi hingga penerbit dapat kutip RM7 juta dalam 3 hari. Masha Allah, Tabarakallah. Rupa-rupanya penerbit filem itu adalah tuan punya hospital Az Zahra. Teringin  juga hendak tonton filem itu, tetapi hendak pergi ke Pawagam, minta maaf. Tunggu ada pawagam online nampaknya. Tak daxsapa berani tayang di media sosial, takut kena saman. Ramai anak muda terinspirasi hendak buat filem yang menyatukan umat. Semoga Allah permudahkan dakwah melalui fiem akan lebih cepat memberi kesedaran Islam 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil