Anugerah Istimewa Syawal 1441 Hijrah
بسم الله الرحمن الرحيم
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ وَجَٰهَدُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أُو۟لَٰٓئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ ٱللَّهِ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan RAHMAT Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita. Semoga Allah tetapkan jiwa ini sentiasa istiqomah di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini.
Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan SAW, kaum keluarga, para sahabat, para tabieen, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada-NYA hingga hari Kiamat.
Alhamdulillah, masuk 2 syawal ramai umat Islam berpuasa 6 hari berturut-turut. Suami juga mengajak ibu mulakannya pada 2 Syawal. Hari ini dalam sejarah.
Ulang tahun kelahiran ibu ke-58 diraikan pada penghujug Ramadhan bersama cucu-cucu yang lahir di bulan Mei. Hadiah kek Pandan Gula Melaka istimewa ditempahkan oleh menantu yang kini berada Melaka. Besan juga diraikan pada 24 Mei bersamaan 1 Syawal.
Sempena Hari Raya tahun ini, seluruh dunia dihambat dengan Corona Virus (Covid-19). Dalam kawalan pergerakan ibu kerana suami uzur, ibu tidak harapkan apa-apa seperti tahun-tahun sudah. Ibu hanya pasrah kepada Allah aturkan yang terbaik di sisi-NYA. Gembira atau tidak itu adalah anugerah dari Allah. Sedih itu nikmat, gembira juga nikmat yang kedua-duanya perlu kita syukuri yang banyak hikmah terkandung di dalamnya.

Beberapa hari sebelum anak ibu sekeluarga pulang ke Melaka, sempat ibu bergurau dengan cucu bernama Mishary, uminya dengar sekali agaknya.
"Kalau Abi nak balik juga Melaka tak nak Raya di sini, Tok Ibu nak nangis tak berhenti..."
Lepas itu ibu ketawa. Cucu ibu dan uminya mungkin terkejut mendengar 'ugutan' tersebut. Maklumlah doa bonda, boleh menyebabkan anak ibu rasa serba salah.
Lepas itu ibu ketawa. Cucu ibu dan uminya mungkin terkejut mendengar 'ugutan' tersebut. Maklumlah doa bonda, boleh menyebabkan anak ibu rasa serba salah.
Sebenarnya memang sengaja ibu bergurau nak hiburkan hati yang mulai sedih atau sekadar meluahkan harapan terpendam. Oleh kerana amat memahami situasi Syarikat Baheej Travel perlukan dirinya berada di Melaka setelah hampir dua bulan terperangkap di Perlis gara-gara PKP. Di atas alasan yang munasabah, akhirnya ibu redha anak ibu sekeluarga pulang ke Melaka dan tidak berhari raya bersama kami di sini.
Mungkin berkat doa suami dan anak-anak, Alhamdulillah ibu tidak berasa sedih, bahkan berasa bahagia bagaikan berada di Kayangan, sesuai dengan sinonim Perlis Indera Kayangan. Ibu berkongsi perasaan bahagia ini dengan sahibah Perlis dan keluarga Johor/Shah Alam kerana mereka amat memahami ibu.
Ibu tidak berani share gambar bahagia ini di dalam Facebook kerana mungkin orang yang membacanya kelak masih belum mengenali ibu. Bimbang macam-macam tafsiran negatif yang menyusul menyebabkan ada hati-hati yang terluka dan rasa tidak tenang atau tidak selesa.
Lagi satu, ibu faham yang membacanya kelak, di antaranya masih ada yang belum berkahwin, ramai yang tidak berkeluarga bahkan ada yang mengalami keruntuhan rumah tangga dan seumpamanya. Golongan ini yang menjadi mangsa jika kita tidak berhati-hati berkongsi gambar bahagia sesebuah keluarga. Jika mereka tersinggung, mungkin kita berdosa tau, walaupun niat kita baik.
Ibu lebih selesa dan bahagia dengan hanya share bahan-bahan Tarbiyah sahaja dalam Facebook. Share dalam blog ini pun sebab kebanyakan pembacanya sudah mengenali ibu. Tidak terbuka untuk umum.

Alhamdulillah, ibu rasa lega kerana sejak sebelum suami masuk Wad VVIP hospital UITM cawangan Sungai Buluh, urusan keluarga semuanya ibu serah kepada Allah. Ibu sering membaca doa 1st class yang terkandung dalam surah Ghafir ayat 44.
Dari tindakan, ibu ikut kaedah suami dengan banyak diam. Puasa lisan, puasa pendengaran, puasa penglihatan. Apa sahaja yang tak puas hati, ibu hanya diam buat-buat tak tahu, buat-buat buta dan pekak... Serahkan segalanya kepada Allah yang urus dan aturkan.
'Role model' atau khudwah hasanah suami ini adalah anugerah dari Allah. Kepada Allah sahaja rasa syukur ini kami pasrahkan. Segalanya Allah yang aturkan yang terbaik dan ibu sedikitpun tidak rasa terbeban.
Alhamdulillah. Terima kasih Keluarga Basyir dan Basyira mempermudahkan urusan ibu. Benarlah sempena nama anak yang diberikan oleh ayah bonda mereka ini akan sentiasa membawa berita yang membahagiakan. Basyir mahupun Basyira maknanya pembawa khabar gembira. Semoga selamanya khabar gembira menghiasi keluarga ini. Aamiin...

Memang setiap hari ibu berdoa dengan doa 1st class sejak dahulu lagi merujuk ayat Quran dalam surah Ali Imran ayat 38. Ibu gabungkan doa untuk kedua ibu bapa dengan doa berikut;
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ
![]() |
Semoga Kebahagiaan ini berkekalan hingga ke Syurga. Ameen |
"Wahai Tuhanku, Kurniakanlah kepadaku dari sisi-MU zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan"
Allah yang Maha BAIK, kurniakan keturunan yang soleh dan solehah menemani kami walaupun semasa ketiadaan anak kandung ibu di sisi. Sungguhpun ibu tidak melahirkan mereka tetapi keikhlasan mereka melayani kami sebagai orang tua amat terasa berkahnya. Mereka memahami tugas utama ibu menemani ayah mereka. Segalanya adalah kurniaan dari Allah jua. Ketika menaip inipun menitis air mata ibu rasa sebak dan amat terharu dengan kurniaan Allah yang tidak diduga ini...
Ibu terbaca pesanan ustaz Pahrol Mohamad Juoi,
"Kebahagiaan itu selalunya dirasakan tanpa suara. Jika kita terpaksa 'menjerit' untuk memberitahu orang lain yang kita bahagia, kita sebenarnya belum bahagia"
Hakikat bahagia sebenarnya adalah apabila kita banyak bersyukur dan bersabar. Apabila kita bersyukur, Allah akan tambah rezeki. Apabilaa kita bersabar Allah angkat darjat di sisi-NYA. Inilah ajaibnya orang Mukmin, apabila diberi rezeki dia bersyukur, apabila diuji dia bersabar. (Mafhum dari Hadis)
Rezeki itu bukan berupa duit atau makanan sahaja tetapi rezeki yang paling besar nikmatnya adalah RAHMAT dan keredhaan Allah. Rahmat dan Redha Allah perlu dicari bukan hanya sekadar menunggu sahaja. Pencarian paling dicintai Allah adalah melalui jihad fi sabilillah.
Jihad melawan hawa nafsu kerana Allah,
Jihad melawan syaitan kerana Allah,
Jihad melawan kejahilan kerana Allah.
Jihad melawan kemunafikan kerana Allah
Jihad melawan kekufuran kerana Allah.
Jihad melawan rasa cinta kepada dunia kerana Allah.
Jihad mendaulatkan Deen Allah di mana sahaja kita berada walaupun apa jua masalah yang menghalang.
Jihad fisabilillah ini yang mengundang keredhaan Allah. Di samping Rahmat Allah, keredhaan Allah merupakan kemuncak bahagia yang dicari sepanjang hayat, di dunia dan di akhirat. Sebanyak manapun jihad kita, jika menyinggung perasaan suami, tidak ada gunanya. Sebanyak mana jihad kita jika ibu bapa merana atau kecewapun tidak ada gunanya.
Ringkasnya keredhaan Allah bersama redha suami
Keredhaan Allah juga bersama redha kedua ibu bapa.Taqaballallahu wa mingkum
Minna Wa mingkum Taqaballallahu ya Kareem.
Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu
Kenangan hujung Ramadhan ...
![]() |
Kek Pandan Gula Melaka kegemaran ibu |
![]() |
Iftar Penghujung Ramadhan malam Syawal |
Comments
Post a Comment