Terima Kasih Ramadhan, Jumpa Lagi Di Tahun 1442 Hijrah. Insha Allah
Sabtu, 16 Mei bersamaan dengan 23 Ramadhan 1441 Hijrah, Allah izin ibu dapat peluang belajar dengan ikuti seminar secara online. 'Doa 1st class, Doa tanpa hijab' memang telah lama ibu cuba amalkan apabila terjumpa di dalam Al-Qur'an. Doa ini sewajarnya dimanfaatkan sepanjang masa khususnya di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Doa 1st class adalah doa yang dilantun dan diamalkan oleh para anbia dan orang-orang yang soleh di sepanjang zaman di mana doa tersebut terkandung di dalam Al-Qur'an. Memang kita sering baca doa-doa tersebut, namun kurang merasai kemanisannya ketika berdoa. Jika kita dapat rasakan manisnya doa tersebut, Insha Allah, kehidupan ini sungguh membahagiakan seolah-olah baharu lepas bernikah. Kemanisan ini yang perlu kita suburkan dari masa ke masa hingga segalanya menjadi indah kerana Allah bukan kerana manusia (suami, anak-anak dsb)
Hari Jumaat lepas, setelah confirm buat bayaran sekian jumlah yang ditetapkan ibu niat untuk infaq support program ustazah tersebut, anak kepada salah seorang sahabat pensyarah UTM Skudai. Ibu pernah tinggal di Johor Baharu sekitar tahun 1988-1991. Kami menyaksikan ustazah itu dan adik-adiknya membesar sejak kanak-kanak lagi. Alhamdulillah kita sudah dewasa dan berkahwin dan beranak penak dan telah memberi manfaat kepada ummah.
Menarik tajuknya, Doa 1st class, Doa Tanpa Hijab. Hari Sabtu 23 Ramadhan, sebelum Subuh terlena ketika istighfar utk semua mukminin dan mukminat. Bangkit seawal jam 2.00 pagi bantu suami urus diri untuk beliau bertahajjud bermunajat kepada Allah. 5 tahun bersamanya, ibu perhatikan rutin suami telah berjaya me'ramadhan'kan 11 bulan lain menjadi seperti bulan Ramadhan. Bukan sahaja bangkit tahajud berteruan walaupun uzur bahkan telah berpuasa lisan. puasa telinga, puasa kaki tangan, puasa mata dan puasa hati dari segala prasangka walaupun makan seperti biasa kerana keuzuran fizikalnya.
Hari tersebut hujan turun selebat-lebatnya. Selepas Subuh terlalu mengantuk, ibu terlena.
Ketika terlena ibu bermimpi berada di satu kawasan tapak projek dihadiri oleh salah seorang presiden . Ibu masuk salah satu bilik, bilik itu perlu dipasang langsir. Masuk bilik sebelahnya ustazah muda itu sudah menunggu. Belum sempat kami bersembang, ibu dikejutkan kerana suami hendak pergi toilet... Tertanya-tanya juga apakah hikmah mimpi tersebut. Satu hari, mulai jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang kami berinteraksi secara online. Ibu rasa bangga melihat perkembangan dan keberanian ustazah muda itu berkongsi ilmu walaupun ada sedikit rasa terkilan, kenapa perlu bayar? Alangkah baiknya jika secara percuma, lebih ramai yang akan dapat menikmati kemanisan berdoa. Doa itu ulamak kata adalah otak ibadah.
Sebenarnya banyak di antara doa di dalam Al-Qur'an sudah ibu manfaatkan terutama doa Asiyah Muzahim dalam surah At tahrim ayat 11. Ibu jadikan doa itu sebagai visi diri dan visi Kaunseling Rabbani. Inginkan sebuah rumah di sisi Allah dalam syurga. Nikmat ini akan terasa manisnya jika kita taddabur Al-Qur'an dan tahu latar belakang kenapa doa itu Allah izin ada di dalam Al-Qur'an. Alangkah ruginya jika doa itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk bahagia seperti mana bahagianya para anbia, sidiqqin, syuhada dan para solehin di dunia dan akhirat.
Terlalu pantas Ramadhan 1441 Hijrah meninggalkan kita. Sebak rasanya, mungkinkah Ramadhan ini adalah yang terakhir buat kita? Terima kasih Ramadhan memberi makna ketika Covid-19, fokus kepada dunia diminimakan. Sebaliknya fokus akhirat diutamakan. Kadangkala teringat cucu bernama Maher meluahkan rasa takutnya kalau berada di dalam kubur. Ibu cuba meredakan ketakutan itu "Insha Allah bagiorang soleh, kuburnya adalah pintu pertama masuk ke syurga. bayangkanlah dalam kubur tu seolah-olah kita duduk dalam hotel 5 bintang, mungkin lebih baik dari itu." Ibu cuba yakinkan diri Allah akan sediakan tempat yang cantik dan indah buat mereka yang soleh dan solehah yang infakkan dirinya sentiasa berkhidmat untuk Deen-NYA.
Bab makan, Alhamdulillah, Allah izin kami masih istiqomah makan satu jenis sahaja walaupun atas meja dihidangkan dengan macam-macam juadah oleh anak menantu yang melayan kerenah cucu-cucu yang berpuasa. Pernah di awal Ramadhan ibu masak lebih dari dua jenis makanan. Mishary menegur "Tok ibu tak takut membazir ke?"
Teguran cucu yang baharu berusia 8 tahun itu menyedarkan ibu, sebenarnya pentingnya didikan ibu bapa. Ibu bapa bertegas didik anak makan apa yang ada, bukan apa yang kita mahu. Cuma sekali sekala sahaja penuhi permintaan mereka, bukan setiap hari.
Nikmat Ramadhan hanya akan dirasai apabila kita mendidik diri dan anak-anak menghayati Ramadhan para sahabat yang dididik oleh Rasulullah SAW, iftar dengan apa yang ada. Jauh bezanya Ramadhan kita yang dididik oleh masyarakat ketika berbuka makan apa yang hawa nafsu mahu.
Alangkah ruginya jika nikmat dan kemanisan Ramadhan tidak akan dirasai seperti mana nikmat yang dirasai oleh 4 golongan iaitu para anbia, para syuhada, para sidiqqin dan para solehin. Ya Allah himpunkan roh kami sepanjang masa bersama roh 4 golongan yang Engkau redha ini. Hanya TAQWA sahaja yang akan membawa kita mencapai maqam 4 golongan yang Allah cinta ini. Inilah hakikat kemenangan sebenarnya di sisi Allah.

Terima Kasih Ramadhan VVIP kami, mohon maaf di atas segala kekurangan kami. Insha Allah semoga Allah izinkan kita brtemu lagi pada Ramadhan 1442 Hijrah. Aaminn
Allahu Akbar, Allahu Akbar. Allahu Akbar
Walillah ilhamd...

Comments
Post a Comment