Nikmatilah Harumanis Ramadhan
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة
والسلام على رسولالله وعلى اله
وصحبه ومن اتبع
هداه
Segala puji-pujian dirafakkan hanya
kepada Allah SWT di atas nikmat iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita
semua. Selawat dan Salam khusus untuk Rasul junjungan SAW dan para pewaris
baginda hingga ke akhir zaman.
Alhamdulillah, hari ini hari Jumaat penuh barokah 8 Ramadhan 1441 Hijrah, genap seminggu kita umat Islam dapat menikmati harum dan manisnya Ramadhan bersama keluarga masing-masing.
Tanpa sedar rupa-rupanya sudah masuk 1 Mei 2020, cuti hari Buruh sedunia. Ramai pekerja masih bercuti PKP dan ada juga yang diberhentikan kerja kerana majikan tidak mampu membayar gaji mereka. Semoga mereka tidak berputus asa dari rahmat Allah. Rahmat Allah amat besar di bulan Ramadhan. Manfaatkanlah segala peluang Allah rehatkan kita dari mengejar dunia. Fokus kejar akhirat dengan menjadikan dunia sebagai jambatannya. Nak dunia mesti ada ilmu. nak akhiratpun mesti ada ilmu.
Jika tidak silap, pada 4-5 Ramadhan, selepas Subuh kerana terlalu mengantuk ibu terlena. Allah izin ibu rasa 'gelap' seolah-olah Malaikat Izrail hendak mencabut nyawa. Terasa ajal sudah sampai. Dalam mimpi tersebut ibu sempat mengucapkan dua kalimah syahadah. Ketika mengakhiri syahadah suci itu, di lubuk qalbu ibu terasa amat sedih menangis, lalu berbisik;
"Ya Allah aku masih ada tugas menjaga suami yang uzur"
Alhamdulillah, Allah kembalikan nyawa dan ibu masih diberi peluang untuk menjaga suami...Terasa amat gerun ketika itu. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana masih meminjamkan nyawa, sedangkan ramai sahabat sudah mendahului kami menghadap-Mu di alam barzakh. Dalam bulan Ramadhan kali ini 2 sahabat yang meninggal dunia, Seorang berusia 51 tahun, meninggal mengejut kerana darah tinggi. Seorang lagi berusia 60 tahun akibat serangan jantung. Hakikatnya sudah sampai ajal. Selepas mimpi itu ibu ulang-ulang doa;
" Ya Allah matikan aku di bumi Nabi-Mu (Madinah Al Munawarah)"
"Ya Allah aku masih ada tugas menjaga suami yang uzur"
Alhamdulillah, Allah kembalikan nyawa dan ibu masih diberi peluang untuk menjaga suami...Terasa amat gerun ketika itu. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana masih meminjamkan nyawa, sedangkan ramai sahabat sudah mendahului kami menghadap-Mu di alam barzakh. Dalam bulan Ramadhan kali ini 2 sahabat yang meninggal dunia, Seorang berusia 51 tahun, meninggal mengejut kerana darah tinggi. Seorang lagi berusia 60 tahun akibat serangan jantung. Hakikatnya sudah sampai ajal. Selepas mimpi itu ibu ulang-ulang doa;
" Ya Allah matikan aku di bumi Nabi-Mu (Madinah Al Munawarah)"
Tajuk Nikmatilah Harumanis Ramadhan terpilih seiring dengan betapa nikmatnya Allah kurniakan Perlis membekalkan mempelam Harumanis sepanjang Ramadhan. Setiap hari kami dihidangkan dengan mempelam harumanis samada dengan membelinya atau dihadiahkan oleh sahabat-sahabat.
Dalam menikmati kemanisan ini, kita dididik untuk membahagiakan orang lain khususnya kaum kerabat kita yang jauh di mata. Di samping menghadiahkan Harumanis kepada mereka, sama-sama kita hayati cara bagaimana kita hendak menikmati harum dan manisnya Ramadhan tahun ini.
Pentingnya ilmu dan kemahiran untuk menikmati kemanisan Ramadhan yang agak luar biasa kali ini anugerah dan kurniaan dari Allah SWT. Tanpa ilmu, tidak mungkin harumanis Ramadhan dapat dirasai. Rajin-rajinlah mengulangkaji hikmah Ramadhan dikurniakan kepada seluruh umat Nabi Muhammad SAW.
Ada banyak ceramah dalam You tube, dalam radio dan TV atau membaca buku-buku fikh Ramadhan. Jika niat suci ingin menikmati harum dan manisnya Ramadhan, masih belum terlambat. Kini Ramadhan berbaki 22 hari lagi menjadi tetamu agong kita. Kemuncak kemanisan Ramadhan adalah apabila Allah SWT pertemukan kita semua dengan 'Lailatul Qadr' seolah-olah kita telah beribadah selama lebih seribu bulan. Masha Allah, Maha BAIKnya Allah mempermudahkan kita mendapat nikmat yang amat besar nilai di sisi-NYA. Inilah kemuncak kemanisan dan keharuman Ramadhan yang amat kita harapkan.
Di samping menambah ilmu kita jangan putus berdoa sepanjang masa dengan doa berikut;
اللهم باركلنا في شهر رمضان و بلغنا ليلة القدر
"Allahumma bariklana fi shahri Ramadhan wa ballighna lailatul qadr"
“Ya Allah, berkatilah kami sepanjang bulan Ramadhan ini dan temukanlah kami dengan Malam Al-Qadr"

Allahummar-zuqna lailatul qodri fii hazihis-sanati wa fii kulli sanati, wa A-‘in-naa ‘alaa ihyaa ihaa qi yaa mihaa, birahmatika yaa arhamarrohimin
Ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan juga pada setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan membangunkan malamnya Dengan Rahmat-Mu, Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Doakan untuk semua umat Islam, bukan untuk diri kita sendiri sahaja. Inilah ciri-ciri orang bertaqwa. Tidak mementingkan diri, sentiasa ingat orang lain. Amat besar kasih sayang Allah kepada mereka yang sentiasa mendoakan orang lain seperti mana Rasulullah SAW hingga menangis sentiasa mendoakan para umatnya hingga akhir zaman.
Ramadhan adalah bulan Al-Qur'an. Masih terngiang-ngiang suara Almarhum ayahnda Hj Md.Top Bin Hj Daik dan Almarhumah bonda Esah Bte Long pada setiap hari di bulan Ramadhan membaca Al-Quran hingga khatam. Semoga bacaan Al-Qur'an yang dibaca oleh semua anak cucu sepanjang bulan Ramadhan bahkan sepanjang tahun akan sentiasa mengalirkan ganjaran pahala buat ayah dan bonda di alam barzakh sana.
Salah seorang abang kesayangan ibu yang telah meninggal dunia pada tahun 2012 iaitu Almarhum Hj Mustapha bin Hj Md.Top. Almarhum sangat karib dengan ibu dan banyak berkongsi pengalamannya menghidupkan malam. Menurutnya jika hendak khatamkan bacaan Qur'an, baca semasa solat malam ( Terawikh dan Tahajjud). Ibu amalkan apa yang dikongsikan hingga hari ini. Jika solat terawikh sendiri, memang ibu akan pegang al-Qur'an kecil seperti yang diamalkan oleh sebilangan kecil jemaah terawikh di masjidil haram dan masjid nabawi... Bila ada masa, baca maknanya selepas solat. Cari peluang membaca tafsir untuk menikmati kemanisan dan mukjizat Al-Qur'an.
Ya Allah sampaikanlah pahala amal soleh ini untuk ayah bondaku dan abang-abangku, guru-guruku dan sahabat-sahabatku yang telah mendahuluiku di alam barzakh sana.
Comments
Post a Comment