Posts

Showing posts from October, 2016

Tak Mahu Kahwin...?

Image
Sebaik sahaja selesai program perkongsian dengan dua Murabiyyah bersama  haluansiswi yang bertamrin malam tadi, ada sesi soal jawab. Tergelitik sedikit jiwa ini apabila ada soalan : "Ibu, boleh tak kalau kami tak mahu kahwin sebab takut dimadu"? Sisa waktu  yang ada amat singkat bagi ibu menjawabnya. Semoga Allah beri kelapangan anak-anak membaca post ini.  Insya Allah. Anak-anak yang dikasihi semua, soal rezeki, jodoh dan ajal  sudah  Allah aturkan sejak kita  di Luh Mahfuz lagi. Apalah dayanya  kita hendak atur apa yang sudah Allah aturkan... tanggungjawab  kita hanya  buat persiapan serapi-rapinya memantapkan  aqidah tauhid  agar iman kita tidak bergoncang walau diuji sekuat mana sekalipun... Berdasarkan pengalaman, peringkat  awal, memanglah amat pedih hidup bermadu jika kita ikut apa yang kita  mahu. Kepedihan itu akan padam dengan sendirinya apabila  kita kuatkan tekad hanya harapkan redha  Allah. Sesungguhnya  kebahagiaan kita  terletak sejauhmana  kita mengukuhkan

Untold Story "Buya HAMKA di Mata Sang Anak" - Buya Afif Hamka (Putra Buy...

Image
Subhanallah, inilah Takdir Allah yang sentiasa  INDAH  dan tidak pernah SALAH

(قرة اعين) Qurrata A'yun

Image
Subhanallah  Allah izin dapat  input dari HQ di mana  Murabbi  kami  ingatkan  agar  'maintain' kemenangan anugerah Allah SWT  dengan perbanyakkan  bertasbeh, bertakbir dan bertahlil memuji Allah SWT di atas  kurniaan-Nya. Sedangkan seluruh isi langit  dan bumi  bertasbeh  memuji Allah dengan tunduk  dan patuh, apa lagi kita  manusia yang Allah kurniakan  akal. Hakikatnya  untuk inilah kita  dihidupkan di muka bumi ini agar  sentiasa  mengabdikan diri  hanya sanya kepada Allah SWT setiap  masa walau di manapun kita berada. Tahniah  kepada  semua 'think thank'  pusat dan negeri  yang bertungkus lumus  menjayakan RJPJ hingga terhasil  plan tindakan  yang strategik. Memang  bahagia rasanya, doa demi doa, usaha demi usaha  Allah jayakan. Alhamdulillah. Bukan bilangan yang ramai  kita harapkan,  biar sedikit tetapi  berkualiti.   Para  Murabbi  di Perlis  pula  fokus  kepada  tafsir  Fi zilal al Qur'an  merujuk surah Al-Hasyr , khususnya ayat 9.  Sentiasa  tingkat

Sketsa 1 Muharam 1438 Hijrah

Image
Rasa  bahagia  amat dapat bersama  menantu dan cucu-cucu ketiika anak ibu ikuti program Mukhayyam di Pulau Sibu. Nostalgia Mukhayyam   yang penuh inspirasi perbaharui  iman dan  ukhuwwah amat dirasai apabila  mereka berkongsi  pengalaman. Tanpa 'abi'nya, cucu-cucu pula dengan program tersendiri  di malam 1 Muharam  berselawat  sambil memukul kompang yang baru diperolehinya dengan penuh semangat. Subhanallah rasa kagum sangat dengan semangat  cucu yang masih belum berusia dua  tahun sudah matang, sematang  abangnya. Suara 'komandan'nya terdengar  hingga  di ruang tamu walaupun  bernasyid di ruang dapur...  Selawat dan mengulang-ulang "Medina, medina, medinatun Nabi..."  Allah izin siang kami diisi dengan program majlis ilmu 'Mendidik Anak ikut Teknik Rasulullah SAW' di Tadika Ghufran dan hari  berikutnya  menziarahi warga  emas, ibu bapa sahabat karib ibu di Kluang. Alhamdulillah dalam  tiga hari di Johor  ibu berkesempatan menziarahi  4 warga emas