Sketsa 1 Muharam 1438 Hijrah
Rasa bahagia amat dapat bersama menantu dan cucu-cucu ketiika anak ibu ikuti program Mukhayyam di Pulau Sibu. Nostalgia Mukhayyam yang penuh inspirasi perbaharui iman dan ukhuwwah amat dirasai apabila mereka berkongsi pengalaman. Tanpa 'abi'nya, cucu-cucu pula dengan program tersendiri di malam 1 Muharam berselawat sambil memukul kompang yang baru diperolehinya dengan penuh semangat. Subhanallah rasa kagum sangat dengan semangat cucu yang masih belum berusia dua tahun sudah matang, sematang abangnya. Suara 'komandan'nya terdengar hingga di ruang tamu walaupun bernasyid di ruang dapur...
Selawat dan mengulang-ulang "Medina, medina, medinatun Nabi..."
Selawat dan mengulang-ulang "Medina, medina, medinatun Nabi..."
Allah izin siang kami diisi dengan program majlis ilmu 'Mendidik Anak ikut Teknik Rasulullah SAW' di Tadika Ghufran dan hari berikutnya menziarahi warga emas, ibu bapa sahabat karib ibu di Kluang. Alhamdulillah dalam tiga hari di Johor ibu berkesempatan menziarahi 4 warga emas yang baik hati dan amat dirindui keperihatinan mereka mendoakan kami semua. Mak Mon di Kluang mengingatkan kami semua bagai anak-anak jangan seperti orang dulu sebut 'cina mampus' dan mengibaratkan mereka seperti haiwan 'se ekor, dua ekor ..., seolah-olah macamlah hati tu baik sangat..cuba tengok orang Cina yang masuk Islam, subhanallah ada tak hina kita?" Inilah kesilapan amat besar dilakukan oleh orang Melayu sejak dahulu...bahasa jiwa bangsa. 'kekotoran bahasa' memakan diri generasi mereka sendiri dipandang hina oleh bangsa lain kini. Semoga generasi Rabbani yang bakal kita lahirkan kelak akan membersihkan segala keruntuhan akhlak yang berlaku hari ini dengan berpaksikan akidah Tauhid.
Esoknya, Allah aturkan pertemuan yang di luar dugaan. Ibu amat kagum di mana ada keluarga Islam diamanahkan oleh jirannya berbangsa Cina Kristian memanfaatkan hasil tanaman mereka di belakang rumah. Ibu amat gembira anak menantu dan cucu ibu dapat menyaksikan sendiri pengalaman ini. Kesucian jiwanya dapat ibu kongsikan suara hati seorang bonda..
![]() |
Sambut 1 Muharam dengan Selawat tanda cinta Rasulullah SAW |
"Doakan bonda dapat husnul khotimah..inilah sahaja harapan bonda, rasanya hidup bonda sudah tidak lama lagi", bisiknya ketika ibu bersalam dan mendakapnya. Sebak rasa hati hendak berpisah dengannya. Memang terharu mendengarnya dalam keadaan serba uzur seolah-olah sudah menyerah dan merindui pertemuan dengan Allah SWT. Fizikalnya serba tidak sempurna, sakit sana sini, dari hujung kaki dan juga belakangnya.
"Bonda, badan sahaja yang uzur tetapi jiwa bonda masih sihat, sentiasa dekat dengan Allah SWT. Bonda sentiasa solat tahajjud dan membaca Qur'an..Insya Allah keikhlasan bonda ini sudah melayakkan bonda mendapat husnul khotimah...sama-sama kita bina impian bertemu di syurga ya bonda. Di syurga nanti bonda cantik secantik kesabaran bonda menahan sakit di dunia yang serba fana ini, sakit di dunia ini sekejap sahaja bonda..Bersabarlah ya.....di syurga nanti semua muda, tak ada yang tua, di syurga nanti semua sihat, tak ada yang sakit." Ibu bersembang santai, agar tidak terasa perbualan ini formal sangat.
Dari Tangkak hingga ke Kluang, ibu berpeluang menziarahi warga emas yang serba uzur fizikalnya. Bermacam ragam dan kisah yang menginsafkan dapat ibu kongsi dengan anak menantu dan diperhati oleh cucu-cucu kesayangan. Semoga cucu-cucu membesar dengan jiwa yang sentiasa prihatin mengambil berat sejak di awal usia pengorbanan warga emas.
Kepada yang menjaga warga emas dengan penuh sabar, syurga buat mereka..mendapat pahala jihad fi sabilillah. Para sahabat di zaman Rasulullah dikecualikan dari berjihad sekiranya mereka masih ada ibu bapa yang sudah tua. Ingat kisah Uwais al Qarni, betapa kasihnya dia menjaga ibu yag buta dan lumpuh, hingga penduduk di langit amat menkaguminya.
Subhanallah jika mereka bersabar melayan kerenah warga emas yang kadang kala seperti kanak-kanak rengeknya, terpaksa mencuci najis dan kencingnya seperti menjaga bayi. Subhanallah. memang menitis air mata mendengar pengalaman di antara beberapa sahabat karib menjaga ayah, ibu dan ibu mertuanya yang sudah uzur. Kita semua juga akan uzur juga suatu hari nanti....Semoga waris kita semua memiliki jiwa Rabbani semurni jiwa Uwais al Qarni. Insya Allah. Justeru itu ibu amat bersyukur, menantu dan cucu mengiringi ibu menziarahi mereka yang amat menanti kehadiran kami di sisinya.
Keperitan menjaga warga emas sebenarnya tidaklah seperit ibu-ibu hamil, melahirkan dan mendidik dan membesarkan kita semua. Keperitan yang kita alami tidak lama, anggaplah tempoh masanya seperti antara Asar hingga Maghrib sahaja. Begitulah pendeknya usia kita di dunia berbanding usia akhirat.
Kuatkan keyakinan kita bahawa hidup di dunia ini amat singkat, cukup dengan beberapa ayat di dalam Al Qur’an. Umur semesta diperoleh angka 18.26 juta tahun.
Kiraannya seperti berikut :
1. Umur alam dunia tidak lebih dari 1 hari
Berdasarkan informasi Al Qur’an, keberadaan alam dunia tidak lebih dari 1 hari.
“Kami lebih mengetahui apa yang akan mereka katakan, ketika orang yang paling lurus jalannya mengatakan, ‘Kami tinggal (di dunia) tidak lebih dari sehari saja.’.” (QS. Thaha ayat 104)
2. Sehari langit = 1000 tahun manusia
Sehari langit sama dengan 1,000 tahun perhitungan manusia.
“Dan mereka meminta kepadamu (Muhammad) agar azab itu disegerakan, padahal Allah tidak akan menyalahi janji-Nya. Dan sesungguhnya di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.” (QS. Al Hajj ayat 47)
3. Sehari kadarnya 50,000 tahun
“Para malaikat dan Jibril naik, (menghadap) kepada Tuhan, dalam sehari setara dengan lima puluh ribu tahun.” (QS. Ma’arij ayat 4.)
Comments
Post a Comment