Dialog Antara Haq dan Batil
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
.
. وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚإِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
Renungilah firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan katakanlah: Yang benar (Haq) telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap" (QS. Al-Isra': 81).
Pesanan Almarhum Dr Mustafha As Siba'i;
"Janganlah engkau menunda-nunda untuk menyerukan kebenaran dengan alasan seruanmu tidak akan didengar, dan tidak ada benih yang akan tumbuh di tanah yang gersang. Orang-orang puas dengan pendapatmu atau tidak, itu bukan urusanmu. Kerana, yang penting bagimu adalah mengatakan apa yang engkau yakini benar" (Sumber: halaman 119-120~ dari buku 'Belajar Dari Pengalaman, Sebuah Refleksi Agar Hidup Lebih Bernilai' ditulis oleh almarhum Dr Musthafa as-Siba'i) .
Jangan sampai Syaitan Mengalahkanmu !
Jangan sampai Syaitan mengalahkan keimananmu, iaitu ketika engkau mencari-cari pembenaran atas setiap kesalahan dan memburu fatwa-fatwa yang membenarkan kemaksiatanmu! Ingat; yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun sudah jelas. Dan sesungguhnya setiap orang yang berhasil menjaga dirinya dari hal-hal yang syubhat, maka ia telah menyucikan agama dan kehormatannya" (halaman 14)
Beliau bercerita, pada suatu hari, kebatilan berjalan bersama kebenaran. lalu terjadilah dialog di antara keduanya sebagaimana berikut;

Takdir MU Ya Allah sentiasa indah dan tidak pernah salah |
Jangan sampai Syaitan mengalahkan keimananmu, iaitu ketika engkau mencari-cari pembenaran atas setiap kesalahan dan memburu fatwa-fatwa yang membenarkan kemaksiatanmu! Ingat; yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun sudah jelas. Dan sesungguhnya setiap orang yang berhasil menjaga dirinya dari hal-hal yang syubhat, maka ia telah menyucikan agama dan kehormatannya" (halaman 14)
Beliau bercerita, pada suatu hari, kebatilan berjalan bersama kebenaran. lalu terjadilah dialog di antara keduanya sebagaimana berikut;
Kebatilan : Aku lebih tinggi darimu
Kebenaran : Tapi aku lebih kukuh darimu
Kebatilan : Aku juga lebih kuat darimu
Kebenaran : Tapi aku lebih awet darimu
Kebatilan : Aku diikuti oleh banyak orang kuat dan orang yang kaya raya
Kebenaran : "Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang
terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu.
Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri,
sedangkan mereka tidak menyedarinya"
Kebatilan : Aku boleh membunuhmu sekarang juga!
Kebenaran : "Ketahuilah anak-anakku juga akan membunuhmu, meskipun tidak sekarang"
(halaman 18-19)
Pengalaman almarhum dalam dakwah dan tarbiyah mengingatkan kita agar sentiasa mohon pertolongan Allah khususnya di akhir zaman ini, yang batil dianggap hak sebaliknya yang hak dianggap batil. Antara hak dan batil bukan sahaja berperang dalam dunia, negara, dalam keluarga bahkan dalam diri sendiri.
"Kebatilan itu bagaikan serigala yang cerdik, sedangkan kebenaran seperti seekor kambing yang jinak. Maka, tanpa pertolongan dari Allah, nescaya kebenaran itu akan sulit mengalahkan kebatilan" (halaman 20)
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan dengan pertolongan-NYA sahaja akhirnya kebenaran dan menghancurkan kebatilan;
"Ya Allah! Tunjukkanlah kepada Kami Al-Haq (kebenaran) itu jelas nampak sebagai Kebenaran, dan kurniakanlah kepada Kami (kemampuan) mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada Kami yang batil itu jelas kelihatan sebagai satu kebatilan, dan kurniakanlah pula kepada kami (kekuatan moral) menjauhinya. Janganlah jadikan hati kami bimbang-bimbang dikuasainya, supaya kami jangan tersesat. Jadikanlah Kami menjadi Pemimpin orang-orang yang taqwa."
(Al-Hadis).
(Al-Hadis).
Kenali Siapa Dr Musthafa as-Siba'i?
Semoga Allah mencucuri rahmat-NYA ke atas roh almarhum Dr Musthafa as-Siba'i yang meninggal dunia pada 03 Oktober 1964 setelah mengalami sakit teruk selama 7 tahun di mana beliau mengalami lumpuh separuh daripada tubuhnya. Semoga Allah mencucurkan rahmat dan maghfirah ke atas roh beliau dan menempatkannya bersama Roh para Anbia, Siddiqin, Syuhada’ dan Solehin.
Ibu kagum dengan perjuangannya terus menulis walaupun dalam keadaan lumpuh dan Doktor yang merawatnya berulang kali minta dia beristirehat. 29 April tahun 1962 terbitlah bukunya bertajuk 'Belajar Dari Pengalaman, Sebuah Refleksi Agar Hidup Lebih Bernilai'. Menurutnya "Sakit itu laksana sebuah lembaga pendidikan" Artinya, bila orang yang sakit itu dapat mengambil pelajaran darinya, maka penyakitnya itu adalah sebuah kenikmatan, bukan suatu bencana.
Beliau dilahirkan pada tahun 1915M di bandar Hims, Syria dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mulia dan beragama. Keturunannya turun-temurun mewarisi jawatan imam dan khatib di Masjid Besar Hims. Bapanya, Syeikh Hussaini adalah tokoh agama yang disegani.
Sejak kecil beliau menghafal al-Qur’an dan mempelajari asas-asas ilmu agama dari bapanya sendiri. Setelah tamat sekolah rendah dengan cemerlang, beliau dimasukkan ke Ma’ahad Sya’ie di Hims pada tahun 1930. Beliau amat berminat dalam medan dakwah hingga menubuhkan Ikatan Agama Hims. Kehebatan beliau terserlah apabila sebelum mencapai umur 18 tahun, beliau telah diberi kepercayaan untuk berkhutbah menggantikan tempat bapanya.
Almarhum Dr Musthafa berusaha menulis dan menyediakan maqalah-maqalah bertujuan untuk menimbulkan kesedaran rakyat supaya menolak penjajah dan membongkar niat buruk mereka. Tidak cukup dengan itu, beliau bertindak berani membuat perhimpunan rakyat, berpidato di atas pentas dan seterusnya memimpin demostrasi menentang penjajah. Akibatnya, beliau dipenjara pada tahun 1931, kejadian ini berulang lagi pada tahun 1932 dan sekali lagi beliau ditangkap.Setelah dibebaskan, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Kaherah pada tahun 1933 dalam bidang Syariah, kemudian Usuluddin. Ketika berada di Kaherah beliau berkenalan dengan as-Syahid Hassan al-Banna dan gerakan Ikhwan Muslimin. Dr. Mustafa menjadi pendakwah Ikhwan yang aktif sama ada di kampus atau di kampung pedalaman. Bencinya kepada penjajah tidak pernah hilang.

Kisah Selanjutnya bacalah di sesawang http://ibnurrahmat.blogspot.com/2008/08/dr-mustafa-sibaie.html.
Comments
Post a Comment