Posts

Showing posts from July, 2016

Mana Yang Utama?

Image
Rasa penuh agenda setiap hujung minggu berada di zon Selatan sepanjang Syawal tahun ini. Syukur dapat bersilaturahim dengan  family sekitar Shah Alam jika tiada sebarang program di Bangi. Allah izin Muhasabah diri sendiri agar terus fokus perbaiki diri untuk faham setiap périntah Allah dalam Qur'an. Syukur Allah pertemukan dengan team pencinta al-Qur'an mendalami bahasa Arab Al Qur'an. Semoga Al-Quran sentiasa menyentuh dan mengetuk qalbuku agar tidak lalai. Ibu banyak belajar dari suami agar tidak marah..sentiasa sabar..jangan komen apa-apa. Muncul bila mampu ketika diperlukan.. Lebih selamat DIAM dan fokus dengan kerjaya utama dalam  penulisan menyebarkan  قال الله    dan       قال رسول Serahkan kepada Allah aturkan  segala  aktiviti terbaik yang boleh ibu sumbangkan untuk ummah seluruhnya... Ketengahkan kisah-kisah  wanita  dalam Al Qur'an sebagai pembina peradaban. Apabila mendengar ceramah Ustaz Budi Ashari terjawab sudah semua persoalan baru yang  membelengg

Syaitan Menangis?

Image
Rabu, 1 Syawal, selepas  solat sunat hari Raya  kami tidak ke mana-mana sekadar menunggu  tetamu yang berhajat ziarah di rumah. Anak sulung  sudah membuat tempahan pelbagai juadah walaupun mereka beraya di rumah mertua. Alhamdulillah lega rasanya, menantu baru  dari Johor bawa lontong istimewa, ibu sekadar menyediakan lodeh dan sambal kacang sahaja untuk meraikan tetamu. Rupa-rupanya  lontong mendapat sambutan di hari Raya pertama  ini khususnya tetamu yang berasal dari Johor. Tahun depan, panjang umur kena tempah lebih.Insya Allah. Tahun ini lebih ramai tetamu  memanggil  'ibu' termasuklah  ahli keluarga  sebelah arwah isteri pertama  Ustaz. Panggilan  yang lebih selesa menurut mereka, kerana  janggal hendak memanggil 'Mak Su' (sebelah suami)  atau Mak Ngah (sebelah keluarga  arwah) , Maklumlah orang baru. Abi Mishary beraya bersama mertuanya di Dungun Terengganu manakala Abi Fateh di Tanjung Malim. Hanya  dua keluarga  yang menemani kami .syukur Alhamdulillah. P

Sambut Aidil Fitri Dengan Jiwa Rabbani

Image
Kesan  tarbiyah Ramadhan sewajarnya melahirkan insan Rabbani.. Amat tersentuh jiwa apabila di hujung Ramadhan Allah menegur  melalui artikel  seorang  pakar Hadis dari seberang ...Subhanallah, Alhamdulillah..Allahu Akbar. Terima kasih ya Allah kerana  menyelamatkan kami dari terjebak dalam budaya merestui 'riba' yang menguasai ekonomi dunia kini.... Beikut  adalah khutbah  yang wajar  dibaca dari qalbu yang terdalam, menjelaskan punca  kenapa  amat payah umat Islam kembalikan zaman kegemilangan kerana  masih terjerat  dalam budaya 'riba' tersembunyi di sebalik  sistem keewangan Islam yang didakwa oleh kebanyakan perbankan Islam  kini. Wallahu 'alam الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد الله أكبر جل ثناؤه، الله أكبر عظم شأنه، الله أكبر علا ذكره، الله أكبر الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله، وكفى بالله شهيدا. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسل