Mana Yang Utama?
Rasa penuh agenda setiap hujung minggu berada di zon Selatan sepanjang Syawal tahun ini. Syukur dapat bersilaturahim dengan family sekitar Shah Alam jika tiada sebarang program di Bangi. Allah izin Muhasabah diri sendiri agar terus fokus perbaiki diri untuk faham setiap périntah Allah dalam Qur'an. Syukur Allah pertemukan dengan team pencinta al-Qur'an mendalami bahasa Arab Al Qur'an. Semoga Al-Quran sentiasa menyentuh dan mengetuk qalbuku agar tidak lalai.
Ibu banyak belajar dari suami agar tidak marah..sentiasa sabar..jangan komen apa-apa. Muncul bila mampu ketika diperlukan.. Lebih selamat DIAM dan fokus dengan kerjaya utama dalam penulisan menyebarkan قال الله dan قال رسول
Serahkan kepada Allah aturkan segala aktiviti terbaik yang boleh ibu sumbangkan untuk ummah seluruhnya... Ketengahkan kisah-kisah wanita dalam Al Qur'an sebagai pembina peradaban.
Apabila mendengar ceramah Ustaz Budi Ashari terjawab sudah semua persoalan baru yang membelenggu fikiran menyebabkan beberapa ketika ibu hampir hilang fokus dalam semua aktiviti...
Jadilah seperti Maryam, satu-satunya wanita yang disebut oleh Allah SWT dan dipuji habis-habisan bahkan terdapat surah Maryam dalam al-Qur'an. Wanita yang mengajar wanita dunia sepanjang zaman agar sentiasa menjaga 'KEHORMATAN'. Dari sinilah bermulanya peradaban yang Allah redhai di dunia dan akhirat. Wanita mulia ini menjadi pengabdi yang taat kesan doa bondanya isteri Imran. Kisah keluarga Maryam terkandung dalam surah Ali Imran.Subhanallah betapa mulianya kisah ini, memang wajar diketengahkan dalam masyarakat.
Perlu rasa mulia menjadi suri rumah tangga kerana menurut kajiannya dari keseluruhan peranan wanita, 19% adalah kewajipan menjadi muslimah, 27% sebagai ibu dan 58% adalah peranan sebagai isteri.
Dalam usrah terkini, ibu sempat sharing dengan ibu-ibu muda sesungguhnya orang lain tidak akan mampu buat yang terbaik untuk anak masing-masing. Ramai kenalan ibu yang berhenti kerja kerana hendak fokus mendidik anak sendiri dengan manhaj Islam yang Allah redha. Yang penting ada niat ke arah itu, bukan hanya serahkan kepada pengasuh di taska serta guru tadika dan guru di sekolah.
Setiap isteri akan ditanya tentang pengurusan rumah tangga suaminya, termasuk menyuburkan 5 soft ware yang Allah SWT tanamkan dalam jiwa setiap anak:
1. Fitrah mentauhidkan Allah
2. Fitrah menjadi pengabdi yang taat
3. Fitrah menjadi pemimpin ummat
4. Potensi kecerdasan dan bakat
5. Jelas jantina lelaki dan wanita
Jika fitrah anak-anak menyimpang dari kelima-lima soft ware di atas..isteri adalah orang yang pertama akan disoal di akhirat kelak. Suami akan disoal kerana kegagalan memilih ibu sekaligus guru yang terbaik untuk anak-anaknya. Wallahu alam.
Ibu banyak belajar dari suami agar tidak marah..sentiasa sabar..jangan komen apa-apa. Muncul bila mampu ketika diperlukan.. Lebih selamat DIAM dan fokus dengan kerjaya utama dalam penulisan menyebarkan قال الله dan قال رسول
Serahkan kepada Allah aturkan segala aktiviti terbaik yang boleh ibu sumbangkan untuk ummah seluruhnya... Ketengahkan kisah-kisah wanita dalam Al Qur'an sebagai pembina peradaban.
Apabila mendengar ceramah Ustaz Budi Ashari terjawab sudah semua persoalan baru yang membelenggu fikiran menyebabkan beberapa ketika ibu hampir hilang fokus dalam semua aktiviti...
Jadilah seperti Maryam, satu-satunya wanita yang disebut oleh Allah SWT dan dipuji habis-habisan bahkan terdapat surah Maryam dalam al-Qur'an. Wanita yang mengajar wanita dunia sepanjang zaman agar sentiasa menjaga 'KEHORMATAN'. Dari sinilah bermulanya peradaban yang Allah redhai di dunia dan akhirat. Wanita mulia ini menjadi pengabdi yang taat kesan doa bondanya isteri Imran. Kisah keluarga Maryam terkandung dalam surah Ali Imran.Subhanallah betapa mulianya kisah ini, memang wajar diketengahkan dalam masyarakat.
Perlu rasa mulia menjadi suri rumah tangga kerana menurut kajiannya dari keseluruhan peranan wanita, 19% adalah kewajipan menjadi muslimah, 27% sebagai ibu dan 58% adalah peranan sebagai isteri.
Setiap isteri akan ditanya tentang pengurusan rumah tangga suaminya, termasuk menyuburkan 5 soft ware yang Allah SWT tanamkan dalam jiwa setiap anak:
1. Fitrah mentauhidkan Allah
2. Fitrah menjadi pengabdi yang taat
3. Fitrah menjadi pemimpin ummat
4. Potensi kecerdasan dan bakat
5. Jelas jantina lelaki dan wanita
Jika fitrah anak-anak menyimpang dari kelima-lima soft ware di atas..isteri adalah orang yang pertama akan disoal di akhirat kelak. Suami akan disoal kerana kegagalan memilih ibu sekaligus guru yang terbaik untuk anak-anaknya. Wallahu alam.
![]() |
Cairkan kekerasan anak dengan dodoikan kalimah 'la ila ha illallah |
Comments
Post a Comment