Syaitan Menangis?
Rabu, 1 Syawal, selepas solat sunat hari Raya kami tidak ke mana-mana sekadar menunggu tetamu yang berhajat ziarah di rumah. Anak sulung sudah membuat tempahan pelbagai juadah walaupun mereka beraya di rumah mertua. Alhamdulillah lega rasanya, menantu baru dari Johor bawa lontong istimewa, ibu sekadar menyediakan lodeh dan sambal kacang sahaja untuk meraikan tetamu. Rupa-rupanya lontong mendapat sambutan di hari Raya pertama ini khususnya tetamu yang berasal dari Johor. Tahun depan, panjang umur kena tempah lebih.Insya Allah. Tahun ini lebih ramai tetamu memanggil 'ibu' termasuklah ahli keluarga sebelah arwah isteri pertama Ustaz. Panggilan yang lebih selesa menurut mereka, kerana janggal hendak memanggil 'Mak Su' (sebelah suami) atau Mak Ngah (sebelah keluarga arwah) , Maklumlah orang baru. Abi Mishary beraya bersama mertuanya di Dungun Terengganu manakala Abi Fateh di Tanjung Malim. Hanya dua keluarga yang menemani kami .syukur Alhamdulillah.
Pada 3 Syawal kami berada di Pontian menziarahi kawan karib ustaz ketika mengajar di Batu Pahat sekitar tahun 1970an. Sudah beberapa kali pasangan suami isteri dari Pontian itu menziarahi ustaz, bahkan pernah bermalam di Tunjung Perlis. Isteri kawan karib itu sudah dua kali membuat pembedahan ganti kepala lutut namun kami masih belum berkesempatan menziarahinya. Kali ini merupakan peluang terbaik dengan adanya kemudahan anak bungsu ke merancang beraya di rumah mertuanya. Kami sempat sampai di Tanjung Piai, penghujung benua Asia kononnya. Sebelum itu singgah di rumah kawan ustaz..rupa-rupanya ibu pernah kenalinya semasa melancong di Beijing. Subhanallah betapa kecilnya dunia...Masya Allah. Sempat membelek gambar lama bersamanya.
Malam hari Syawal ketiga dan keempat berpeluang menziarahi cucu. Paling mengembirakan apabila cucu sulung sudah boleh membaca simbol-simbol seperti SHARP, PETRONAS, MAY BANK dan sebagainya. Umurnya masih belum sampai 4 tahun. Ketika memujuk adiknya yang belum masuk 2 tahun, amat terkejut ibu kerana dia boleh mengulang dan mengajuk ibu sebut "kalau kita sabar syaitan menangis, kalau kita tak sabar nanti syaitan gelak".
Ibu terkejut dia boleh tukar perkataan ketawa menjadi gelak.
Suatu ketika, selesai sahaja umi dan abinya berjemaah, kedengaran cucu sulung berdoa:
"Ya Allah, abang Ayi tak nak jadi kawan syaitan..Allah dah lepaskan syaitan ke?" Mungkin sebelum ini cucu ibu sudah dimaklumkan syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadhan.
Ibu terkejut dia boleh tukar perkataan ketawa menjadi gelak.
Suatu ketika, selesai sahaja umi dan abinya berjemaah, kedengaran cucu sulung berdoa:
"Ya Allah, abang Ayi tak nak jadi kawan syaitan..Allah dah lepaskan syaitan ke?" Mungkin sebelum ini cucu ibu sudah dimaklumkan syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadhan.
Semoga generasi pewaris kami sentiasa mendapat hidayah dan taufiq dari Allah SWT hingga hari Kiamat, dan terselamat daripada gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya. Berbekal kefahaman Islam yang syamil. kamil dan muttakamil sahaja keselamatan dunia akhirat akan diperolehi. Insya Allah..
![]() |
Cucu-cucuku; Sumber Inspirasi Tok ibu dalam penulisan |
Allah izin minggu akhir Ramadhan ibu mendapat tawaran ikuti bimbingan menulis cerpen dari wakil Dewan Bahasa dan Pustaka secara online bersama team Majalah Haluan. Sekembalinya kami dari Johor , Alhamdulillah ibu dapat menyiapkan cerpen yang pertama sekaligus memenangi bimbingan menulis novel kanak-kanak secara percuma daripada sifu yang sama. Menurut penganjur, biasanya sehari belajar menulis perlu dibayar RM350-500. Syukur Allah kurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Manfaatkan segala peluang yang ada untuk tujuan dakwah dan tarbiyyah. Insya Allah. Segala yang Allah atur untuk ibu, Alhamdulillah sentiasa indah dan tidak pernah salah. terima kasih yang Allah..wa syukrulillah.Sentiasalah beristighfar dan bertaubat agar syaitan sentiasa menangis dan tersiksa ketika cuba menganggu kita.
Terkenang kisah cucu tadi, semoga dapat ibu jadikan sumber inspirasi menulis novel motivasi kanak-kanak yang diminati agar mereka semua mencintai Allah dan Rasul melebihi dari segala-galanya. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami, terimalah amalan yang serba kurang dan lemah ini sebagai ibadah di sisi-MU. Aamiin.
Comments
Post a Comment