Posts

Pilihan Allah Lebih Baik

Image
 Jumaat  21 Zulhijjah 1445 Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT mempermudahkan urusan membawa suami ke Klinik homopati dan herba di Pt Buntar hari Selasa 25 Jun 2024. Perkembangan kesihatan jantung bertambah stabil, darah tidak bertoksid lagi, cuma sarafnya masih tegang ( kesan trauma terjatuh) dan ada masalah buah pinggang (perlu minum air 0 lbih banyak) Bagi ibu masih ada sedikit lagi masalah gangguan ingatan (kesan trauma ujian bertubi-tubi sejak awal umur 30an)... InshaAllah semua pasti ada hikmahnya, Allah ArRofiq, Al Latif hendak selamatkan ibu dari fitnah jawatan (pengetua hendak naikkan ibu ke jawatan yang dia kehendaki) dan fitnah poligami yang tidak adil. Ibu tidak cerita dengan orang lain, hajy terlintas dalam hati, mungkin ini puncanya. Namun ibu mohon Allah tetapkan hati redha terima semua ujian ini hingga Allah redha dengan penyerahan total hati ini kepada-Nya. Semoga beroleh Husnul khotimah dan dapat menuju ke ar Rofiqul A'la Hari Isnin sehati sebelum ke Parit Bu

Hakikat di sebalik Korban

Image
 Dengan Nama Allah  Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang  إِنَّآ أَعْطَيْنَـٰكَ ٱلْكَوْثَرَ ١  Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ ٢ Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).  إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلْأَبْتَرُ ٣ Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). Sabda Rasullullah sallallahu alaihi wassalam yang bermaksud: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”  [Riwayat al-Tirmizi (1493)] Alhamdulillah thumma Alhamdul

Kebahagiaan HDA sempena 10 hari Awal Zulhijjah 1445 Hijrah

Image
 Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Allah kurniakan rasa bahagia sangat menjelang Zulhijjah dan mudah-mudahan untuk hari seterusnya hingga akhir hayat Allah kurniakan rasa bahagia dan manis menjalin hubungan hati dan Al Qur'an. Taddabur surah Al Baqarah mulai ayat 196 sepanjang minggu ini mengenai Haji telah mengimbau kembali kenangan ibu menunaikan Haji buat kali pertama 1998 dan kali kedua tahun 2008. Kenangan yang mengusik jiwa. Syukur Alhamdulillah ibu tidak pernah menyesal, biarlah hanya tinggal kenangan yang tidak merosakkan ganjaran pahala Haji pertama dan kedua. Antara dua peluang, haji kali pertama amat terasa dapat layanan VVIP sebagai dhuyufurahman. Terasa faqeer, tunaikan haji guna passport merah, menumpang rumah mutawif  bernama Pak Muslim dan isterinya Muna. Dapat bilik khas di tingkat atas rumahnya. Untuk tidak menyusahkan tuan rumah santuni kami, biasanya kami keluar sebelum Subuh ke masjidil Haram dan balik selepas Isya' siap makan.  Wukuf di Arafah kami pergi

Banyak Penghalangnya...

Image
 Kita merancang, mencadang dan meluahkan harapan agar ada cucu-cucu yang mewarisi tarbiyah Madrasah Rasullullah sallallahu alaihi wassalam yang sama-sama kami dukung sejak awal tahun 1980an... Banyak idea ibu kongsikan kepada suami kerana cucunya ramai, 16 orang setakat ini. Termasuk cucu ibu 3 orang. Juliah semua 20 kurang satu. Harapkan juga semoga Allah satu dan seragamkan akidah, fikrah dan amal kami, alangkah indahnya. Namun impian dan cita-cita tidak semudah yang dikatakan. Ibu berteka-teki apakah faktor utama suami ibu hanya diamkan diri apabila ibu cadangkan sesuatu yang menyeronokkan untuk kita ceritakan semula apabila sama-sama masuk syurga nanti.  Segalanya terjawab apabila suami ibu meluahkan hanya dengan satu ayat. Maka terjawablah segala Teka teki yang bermain dalam fikirkan ibu. Ibu meluahkan rasa seronok dan bahagia di hadapan anak ibu yang berkunjung seorang diri kerana anak isterinya kepenatan baru pulang dari Brunei. Keseronokan apabila dapat meluahkan harapan dengan

Indahnya kenangan 62 Tahun

Image
 رَبِّ ابْنِ لِيْ عِنْدَكَ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-MU dalam syurga (surah At Tahrim:11) Doa ini telah ibu hafal dan amalkan sejak diuji dengan pelbagai keperitan dan kedukaan yang mendalam sejak balik dari Haji kedua tahun 2009. Allah ilhamkan doa ini merawat duka dan luka yang dahulunya sentiasa berdarah kembali berulang-ulang. Beginilah keperitan rasa hati wanita terbaik di zaman Nabi Musa a.s. Doa ini diulang-ulang sebagai penghibur dan dijauhkan daripada kezaliman suaminya Firaun laknatullah. Sampai kadang-kadang terbit dari lubuk hati lagu Diana Nasution "Sakitnya hati ini...namun aku rindu. Bencinya hati ini...namun aku rindu" Zaman jahiliyah dulu, ini di antara lagu kegemaran  ibu. Ibu rasai dan hayati  sendiri keperitan, kebencian dan kerinduan itu. Sekarang semuanya sudah beralih arah tiada lagi rindu sesama makhluk. Allah indahkan  rindu itu hanya kepada-Nya sahaja. Bulun habis di awal pagi, ditemani adik bungsu dan kak

Semakin Tua Semakin Sensitif

Image
Pagi Jumaat penuh barokah, tidak rancang pun  hendak menangis. Allah yang permudahkan untukku menangis secara spontan, rasa sebak sahaja menjelang waktu taddabur. Surah Al Baqarah ayat 154-155 memang menusuk qalbu kerana ibu pernah merasai keperitan dan kesakitan diuji bertubi-tubi . Terasa amat hikmah-Nya kasih sayang Allah hendak menjana keikhlasan dan kejujuran di lubuk hati agar menyerah diri sepenuh hati kepada-Nya. Semalam hari Guru, terasa amat hendak ajak sama-sama ubah sistem pendidikan yang merosakkan akidah umat. Segala masalah berpunca daripada anak didik tidak kenal Allah. Tidak kenal siapa yang patut disembah. Bila tak kenal Allah, dengan sendirinya mereka menyembah selain Allah termasuklah bertuhankan Hawa nafsu.  Pentingnya peranan guru atau Murabbi. Membantu ibu bapa didik anak menTauhidkan Allah. Tanpa follow up dari ibu bapa di rumah, tarbiyah itu bagaikan menegakkan benang yang basah. Justeru itu ibu bapa tidak akan terlepas diminta pertanggung jawapan di atas usaha

Orang Jauh Lebih Menghargai

Image
 Alhamdulillah, syukurlah hingga ke detik kini kita masih diberikan peluang terus bernafas menyedut oksigen percuma dan menikmati pelbagai kemudahan dan anugerah Allah SWT yang tidak pernah putus.  Semakin banyak berita kematian bertali arus melibatkan anak muda dan kanak-kanak, khususnya di Gaza. Kini regim Zionist laknatullah menyerang pulak Rafah, tempat perlindungan terakhir pelarian Palestine. Hasbunallah wa nikmal wakeel. Semoga umat Islam sentiasa istiqomah mendoakan kemenangan buat semua pejuang Islam di mana sahaja mereka berada, khususnya Briget Al Qassam atau HAMAS. Di samping terus menerus  infak, berdakwah ke arah bersama kita berusaha semaksimanya dalam perjuangan menubuhkan Khilafah Islamiyah serta memboikot semua produk Israel dan kuncu-kuncunya. Hari ini Alhamdulillah selesai taddabur juzuk 1, dan masuk juzuk kedua, ditaddaburi oleh ukhti Asnah dan esok oleh Ustazah Maznah. Dapatlah ibu bercuti 2-3 hari. Namun Ibu tetap istiqomah dan lebih berfokus kepada bedah buku Dr