10 Muharam 1445 Hijrah
Alhamdulillah, syukur Allah beri kekuatan kpd suami dapat berpuasa 9 dan 10 Muharam seperti tahun-tahun sudah menyahut Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam . Minggu lepas, pasangan suami isteri dari Medan Indonesia datang mengejut ziarah kami bersama seorang pemuda dari kampungnya untuk masuk tingkatan 6@ Khassah. Si suami rupa2nya bekas anak murid Ustaz Omar. Ibu bersembang dengan isterinya, terkeluarlah cerita bekas pembantu rumah ibu yang pertama semasa ibu di Johor Baharu Dan kemudian berhijrah ke Shah Alam sekitar tahun 1989-1992. Erna Sari bte Elias namanya. Bacaan Qur'annya amat merdu. Oleh kerana adik bungsu ibu amat perlukan pembantu rumah ( anak2 nya masih kecil), ibu pujuk Erna bekerja dengan adik kerana anak ibu dah besar darjah 2 dan 4 (Zubir anak abang duduk sekali). Walaupun pada awalnya Erna keberkatan, akhirnya dia seronok sebab rumah adik Penuh dengan bunga dari Cameron Highland untuk dibuat gubahan bunga untuk dijual. Pandai Erna gubah bunga dan akan pul...