Posts

Showing posts from December, 2015

Visi Membina Peradaban & Rumah Di Syurga

Image
Insya Allah belum terlambat tok ibu ucapkan   "Hafidhi Musthofa Mishary salasa sanawat kamilah" ~ minna  jaddatuka wa jadduka (Daripada  tok ibu dan Wan) Jumaat, 18 Disember .. Allah izin  tergerak minta pandangan  menantu teringin  mencari Nasi Dagang untuk sarapan bersama. Bagi memudahkan liqo bersama keluarga  besan, ibu cadang kami berjumpa di warung  Nasi Dagang  pilihan besan. Dalam rehlah ringkas itu ibu amat  puas hati melihat  perkembangan  tarbiyah  cucu mendapat  input  dan persekitaran  yang soleh.. Paling  sayu melihat  Musthofa  Mishary yang baru masuk umur 3 tahun menyambut  ketibaan  tok uminya  yang sampai lewat kerana ada urusan tertentu di pintu kereta, memimpin dan membawanya ke tempat  duduk sambil berkata "P salam tok ibu"...Ya  Allah bercakap macam orang tua.   Adab bersalam sentiasa  diutamakan menjadi budaya dan ibadah dalam kehidupan seharian Jelaslah memang berbaloi anak ibu redha  anak isterinya tinggal bersama keluarga m

Allah Merahmati Rohmu Abangku...

Image
Selepas Asar hari Rabu, ibu ternampak gambarnya dalam lap top..terlintas  di hati "ya Allah kasihanilah abangku..kelihatan fizikalnya kurus dan uzur..permudahkanlah urusannya..kasihanilah dia  ya Allah...".. Tiba-tiba  sebelum Maghrib kami mendapat  whats app berita kematiannya..selang tidak lama selepas  itu kak Ngah telefon memaklumkan Hj Abd Razak telah meninggal dunia... إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن الَلهُمَّ عِنْدَكَ أَحْتَسِبُ مُصِيْبَتي فَأجِرْنِي ِفيها وَأَبْدِلْني ِمنْها خَيرًا  Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali. Ya Allah aku pasrah padaMu atas musibah ini, maka berilah aku pahala dan gantilah dengan yang lebih baik.  Almarhum Hj Abd Razak.. (kiri berkemeja biru kopiah hitam) Pengorbananmu tetap kami kenang    Terasa  agak mustahil ibu nak melawatnya..nun jauh di Selatan. Apa lagi sedang focus untuk selesaikan projek  untuk generasi pewaris  sebelum masuk tahun 2016 yang tinggal tidak sampai sebulan.   Allah Maha

Kesukarelawanan Pemuda Pemudi Kita

Image
Kesukarelawanan kini bukanlah budaya kehidupan masyarakat modern dan alaf siber  kini,  tetapi  sebenarnya  menjadi cara hidup para anbia, para sahabat, para tabiin, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas beribadah hanya kerana Allah. Kita hanya ada dua pilihan samada ingin mewarisi cara hidup para anbia atau sebaliknya  Perhatikan apakah permintaan Rasulullah SAW, tidak pernah meminta  upah (duit, pangkat dan kedudukan)  atas seruannya melainkan kecintaan kepada keluarga  baginda. Dalam surah Al-Syu'ara: 23 yang bermaksud;   "Itulah (kurniaan)  yang diberitahu  oleh Allah  untuk menggembirakan  hamba-hamba-Nya  yang beriman dan mengerjakan kebajikan (amal soleh). Katakanlah "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali KASIH SAYANG terhadap keluargaku.."   Dari ayat di atas jelas Allah SWT mendidik  agar  Rasulullah SAW ikhlas dalam menyeru kebaikan. Rasulullah  tidak meminta upah atas dasar  hawa nafsunya me