Allah Merahmati Rohmu Abangku...

Selepas Asar hari Rabu, ibu ternampak gambarnya dalam lap top..terlintas  di hati "ya Allah kasihanilah abangku..kelihatan fizikalnya kurus dan uzur..permudahkanlah urusannya..kasihanilah dia  ya Allah..."..
Tiba-tiba  sebelum Maghrib kami mendapat  whats app berita kematiannya..selang tidak lama selepas  itu kak Ngah telefon memaklumkan Hj Abd Razak telah meninggal dunia...

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن الَلهُمَّ عِنْدَكَ أَحْتَسِبُ مُصِيْبَتي فَأجِرْنِي ِفيها وَأَبْدِلْني ِمنْها خَيرًا
 Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali.
Ya Allah aku pasrah padaMu atas musibah ini, maka berilah aku pahala dan gantilah dengan yang lebih baik.
 Almarhum Hj Abd Razak.. (kiri berkemeja biru kopiah hitam)
Pengorbananmu tetap kami kenang 



 
Terasa  agak mustahil ibu nak melawatnya..nun jauh di Selatan. Apa lagi sedang focus untuk selesaikan projek  untuk generasi pewaris  sebelum masuk tahun 2016 yang tinggal tidak sampai sebulan.
 
Allah Maha Mengetahui hati ini merinduinya, ingin menatap wajahnya buat kali terakhir...
Alhamdulillah akhirnya  Allah permudahkan ibu dapat sampai sebelum jenazah dikafan dan disolatkan. Ya Allah tenangnya wajah abangku, bagaikan sedang  tidur..istirehatlah  abangku setelah sekian lama bekerja keras  mencari nafkah halal untuk keluarga tercinta... Ya  Allah himpunkanlah roh abangku  bersama  roh para solehin.. 
 
Kematian ayahnda pada tahun 1991, diikuti oleh bonda  pada tahun 2006, abang  sulung tahun 2007, abang  kelima tahun 2013 diikuti oleh abang keempat pada 27 Safar bersamaan 9 Disember 2015...selepas  ini siapa pula..kami semua sedang bersedia  menanti  giliran yang  telah Allah aturkan..
 
Hj Abd Razak, anak ke-4 mendahului  dua  orang kakaknya kembali ke rahmatullah setelah dua  bulan bersabar dan redha menerima  ujian sakit yang tidak  disangkanya. Menurut  isterinya , beliau buka warung di hadapan rumah, bertugas seketika  dalam keadaan berpuasa. Sakit  dada, kembali ke rumah berbuka dan berwudhu. Ketika solat Asar, isterinya  terdengar  bunyi kuat macam orang  rebah. Bila  dilihat dalam bilik beliau sudah pengsan atas sejadah. apabila dibawa  ke hospital, doktor mengesahkan beliau telah tiada sejak di rumah lagi. Dari Allah kita  datang kepada  Allah jua  kita semua  akan kembali..
 
Abangku ini amat kaya dengan pengalaman pahit sejak berumur 15 tahun  sudah pandai berdikari kerana  tidak mahu menyusahkan  emak dan abah membesarkan adik-adik yang masih ramai di bawahnya. Puas dipujuk meneruskan belajar namun ketegasannya hendak bekerja  memang besar pengorbanannya  untuk adik-adik. Biarpun tidak bersekolah tinggi, namun adik-adiknya  akan dimarah jika ikut jejaknya. Bagaimana susahpun dirinya, dia tidak mahu adik-adiknya  susah sepertinya. Akan dihambat dan marah jika adik-adik tidak bersekolah atau ponteng sekolah. Namun apabila adik-adik becuti sekolah atau cuti pengajian di IPT,mereka amat bangga dapat bekerja  bersama  abangnya di warung di mana sahaja beliau berada..Inilah kenangan manis  yang amat dibangga oleh adik beradik..belajar business  kecil-kecil mencari rezeki dari beliau yang sangat  gigih berdikari.
 
Satu kelebihannya, segala kesusahan akan dihadapi dengan kesyukuran bukan untuk disungut atau dikeluhkan..
 
Kerendahan hatinya tidak jemu belajar membaca  al-Qur'an walaupun sudah melepasi umur 65 tahun wajar  diikuti..berkat kesungguhnannya terus belajar dengan kak Ngah setiap hari selepas Maghrib, tidak disangka  telah masuk Juz 28..Masya Allah. Sesungguhnya kerendahan hati itu amat berharga di hujung usianya. Ayat-ayat Qur'an inilah yang menemaninya di alam Barzakh kelak.... sedangkan  ramai orang yang sudah pandai dan fasih membaca Qur'an  tidak sudi menyentuh Qur'an di akhir hayat mereka dengan alasan  sibuk..nauzubillah


 "Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali dan kepada Tuhan kami semua akan kembali.
Ya Allah! Tulislah dia  Almarhum Hj Abdul Razak termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tingkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan ketaatan kepadaMu"

 
Lebih istimewa lagi selepas jenazahnya dikebumikan, hujan renyai mengiringi pemergiannya. Semua adik beradik dan anak-anak saudara berhimpun mengadakan tazkirah di rumah pusaka  arwah abah kami. Kami saling berpesan dengan penuh kasih sayang..Ikatan silaturahim akan terus berkekalan selama-lamanya. Insya Allah.  Apa lagi  yang paling ramai  hadir  adalah anak-anak Almarhum Hj Mustapha, Mereka telah  membuktikan kejayaan terus bersatu hati  bersilaturahim walaupun abah mereka telah meninggal dunia.

Pesanan akhir ibu sebelum bersurai, taman-taman syurga (majlis-majlis ilmu) seperti ini amat  wajar diteruskan agar semua  ahli keluarga  dari generasi ke generasi dapat menikmati  keindahan iman dan ukhuwwah setelah memahami Islam yang syamil, kamil dan mutakammil.. ya Allah permudahkanlah rumah pusaka  ayahku ini dimakmurkan  dengan taman-taman syurga-MU. Inilah impian ibu selamanya..
 
Paling terharu Allah izin urusan ibu pulang  ke Tunjung Perlis dipermudahkan dari A sampai Z oleh anaknda Zubir Amry bersama isteri dan anak-anaknya mengganti  tugas  anak ibu Mubarak  yang kini berada di Tanah suci Makkah. Semuanya  berkat  doa  orang-orang soleh.. Alhamdulillah
 
Salam Takziah buat Kak Leha dan anak cucu Almarhum

 Allah memerintahkan umat Islam untuk bersabar ketika ditimpa musibah. Termasuk musibah kematian apabila  orang yang paling kita cintai meninggalkan kita. Dalam QS Al Baqarah 2:155-157 Allah berfirman

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ{155} الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ{156} أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.


أَعْظَمَ اللهُ أَجْرَكَ وَأحْسَنَ عَزَائَكَ وغَفَرَ ِلمَيِّتِكَ


 Semoga Allah mengagungkan pahalamu, mengindahkan sabarmu dan memaafkan almarhum selamanya...

Comments

  1. Salam takziah pada semua ahli keluarga. Semoga Allah tempatkan Ruhnya dikalangan ryh orang-orang yang soleh. Aamiin....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil