Visi Membina Peradaban & Rumah Di Syurga

Insya Allah belum terlambat tok ibu ucapkan  
"Hafidhi Musthofa Mishary salasa sanawat kamilah"

~ minna  jaddatuka wa jadduka (Daripada  tok ibu dan Wan)


Jumaat, 18 Disember ..

Allah izin  tergerak minta pandangan  menantu teringin  mencari Nasi Dagang untuk sarapan bersama. Bagi memudahkan liqo bersama keluarga  besan, ibu cadang kami berjumpa di warung  Nasi Dagang  pilihan besan.

Dalam rehlah ringkas itu ibu amat  puas hati melihat  perkembangan  tarbiyah  cucu mendapat  input  dan persekitaran  yang soleh.. Paling  sayu melihat  Musthofa  Mishary yang baru masuk umur 3 tahun menyambut  ketibaan  tok uminya  yang sampai lewat kerana ada urusan tertentu di pintu kereta, memimpin dan membawanya ke tempat  duduk sambil berkata "P salam tok ibu"...Ya  Allah bercakap macam orang tua.  

Adab bersalam sentiasa  diutamakan menjadi budaya dan ibadah dalam kehidupan seharian
Jelaslah memang berbaloi anak ibu redha  anak isterinya tinggal bersama keluarga mertuanya..Di awal usia ini memang perlu sangat  anak-anak didedahkan  dengan persekitaran  soleh dari  Murabbi yang soleh. Insya Allah.
 
Dalam proses membina generasi Rabbani, anak-anak perlukan 3 perkara;
1. Manhaj Rabbani
2. Murabbi yang Rabbani
3. Biah  solehah (Persekitaran  yang baik)
 
3 Perkara di atas  amat  penting  dalam kita mencapai visi membina peradaban dan sekaligus  membina rumah kita di syurga. Sebenarnya  bumi  dan alam ghaib merupakan alam parallel...Apabila  kita buat  amal  soleh di bumi, ganjaran pahala itu menjadi  bahan membina rumah di syurga...Ada  orang soleh bermimpi, malaikat sedang menyiapkan  rumahnya  di syurga..apabila  rumah tersebut  sudah siap, maka orang soleh itu meninggal dunia..
 
Ahad , 20 Disember, Allah izin dapat peluang  mengikut kuliah Dhuha oleh salah seorang ustaz  keluaran batch pertama  Matri 22  tahun lalu. Anak sahabat menyampaikan input  "Ibadah  adalah hadiah paling cantik  dari Allah untuk kita. Persoalannya  samada kita  mahu atau tidak mahu menerima hadiah cantik itu. Ini sahaja benteng yang memisahkan antara  dunia dan akhirat, iaitu samada  mahu  taat atau tidak mahu taat. Jika  ada niat  mahu atau hendak, maka  akan terangkatlah tirai  tersebut. Pilihan ada pada kita.
Setiap pilihan kita  ada kesannya samada positif atau negatif. Pilihan yang kita  buat tidak akan menghilangkan kesan.

 
Jika kita pilih  hendak  cemerlang di dunia  dan akhirat, kesan sampingannya  kita  akan lalui pelbagai ujian, halangan  dan cabaran. Jalannya sungguh luas, besar dan payah bagai hawa  nafsu menghadapinya. Syed Qutb pernah sebut; "Jalan ini tidak ditaburi oleh bunga dan hamparan indah tetapi ditaburi oleh duri-duri.." Pelbagai kesusahan akan kita hadapi sebagai ujian meningkatkan iman. Kesusahan dan kepayahan ini hanya untuk jangka masa pendek sahaja...Kesan jangka panjangnya  kita akan bahagia di alam abadi..Insya Allah.
Jika  kita  pilih tidak mahu taat dan sebaliknya  engkar  kepada Allah, kesan sampingannya Nafsu bermaharaja lela buat sesukanya tanpa ingat Allah. Memang  ramai yang pilih k jalan ini, bahagia  sementara dalam jangka  pendek tetapi sebenarnya  merosakkan dii dan kesan jangka panjang hidupnya  sengsara  yang abadi  di akhirat nanti.
Pilihan terbaik  adalah  beriman dan mentaati  Allah  walaupun susahkan hawa nafsu sekarang tetapi amat  baik untuk roh.
Pilihan kufur, menyenangkan hawa nafsu sekarang  tetapi amat merbahaya  untuk roh.
Allah SWT cipta  diri kita ada qalbu. Dalam qalbu ada ruang  kosong atau lompong yang perlu diisi. Apabila tidak diisi maka akan rasa diri serbaa tidak kena (bermasalah). Jika salah  buat pilihan, ruang lompong itu akan diisi dengan perkara-perkara  yang tidak bermanfaat bahkan merosakkan roh.
 
Apabila  membuat pilihan  untuk beriman, maka  kebahagian dan ciri-ciri kebaikan  dunia akan menanti:
 
1. Mendapat  taufiq  dan hidayah Allah
2. Diberikan kefahaman tentang  Deen-Nya
3. Mudah beramal soleh
4. Dapat  ilmu yang bermanfaat
5. Dikurniakan isteri atau suami  yang soleh
6.Dikurniakan zuriat sebagai penyejuk hati
7. Bersama  kita  ada sahabat dan sahibah  yang soleh
8. Dapat  kelapangan dan kesenangan
9. Panjang  umur dalam ketaatan
10. Beroleh rezeki yang halal
11. Kesuburan Iman dan Taqwa
12. Banyak mengingati Allah
13. Kita Berjaya  menyucikan  diri dari sifat-siat  Mazmumah
14. Insya Allah  mati dalam keadaan husnul khotimah
 
Insya Allah  akan bersambung  8 kebaikan  di Akhirat  apabila  kita pilih ketaatan..

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil