Kesukarelawanan Pemuda Pemudi Kita
Kesukarelawanan kini bukanlah budaya kehidupan masyarakat modern dan alaf siber kini, tetapi sebenarnya menjadi cara hidup para anbia, para sahabat, para tabiin, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas beribadah hanya kerana Allah. Kita hanya ada dua pilihan samada ingin mewarisi cara hidup para anbia atau sebaliknya
Perhatikan apakah permintaan Rasulullah SAW, tidak pernah meminta upah (duit, pangkat dan kedudukan) atas seruannya melainkan kecintaan kepada keluarga baginda. Dalam surah Al-Syu'ara: 23 yang bermaksud;
"Itulah (kurniaan) yang diberitahu oleh Allah untuk menggembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan kebajikan (amal soleh). Katakanlah "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali KASIH SAYANG terhadap keluargaku.."
Dari ayat di atas jelas Allah SWT mendidik agar Rasulullah SAW ikhlas dalam menyeru kebaikan. Rasulullah tidak meminta upah atas dasar hawa nafsunya melainkan menurut perintah Allah SWT..
Nabi Nuh, as, Nabi Saleh dan Nabi Luth as juga menyatakan yang sama, tidak mengharapkan upah di atas seruan mereka ketika berdakwah . Semuanya termaktub dalam surah As Syu'ara ayat 109, 145, 164 dan 180.
"Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan-ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam"
Perhatikanlah dan bandingkan..ucapan para Nabi di atas senada..menunjukkan tidak ada seorangpun nabi yang meminta upah
Perhatikanlah dan bandingkan..ucapan para Nabi di atas senada..menunjukkan tidak ada seorangpun nabi yang meminta upah
Dan (dia berkata): "Hai kaumku, aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah ". (surah Hud: 29)
Sebelum ini ibu juga hampir larut dengan budaya para motivator dan asatizah yang meletakkan harga hingga ke ribuan RM dalam proses perkongsian ilmu kerana 'glamour' atas alasan keprofesionalisme mereka, kononnya dengan niat untuk membawa mereka yang membayar kos itu kembali kepada Allah SWT.
Ibu amat sedih apabila terbaca seorang pelajar yang terdidik di salah sebuah sekolah Islam sejak kecil kini mulai berubah 'trend' sejak berkahwin dan bekerja..dari bahasa 'mengkritik pedas' yang digunakan jelas anak muda ini sedang mengalami keracunan minda..beralih arah letak dunia di hati...Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya kerana telah mengharu birukan 'group wassap' pemuda . Alhamdulillah ada pemuda yang berwawasan akhirat telah 'cool down'kan kesan tarbiyah Madrasah Rasulullah saw yang diperolehinya samada di sekolah mahupun di rumah.
Ibu amat sedih apabila terbaca seorang pelajar yang terdidik di salah sebuah sekolah Islam sejak kecil kini mulai berubah 'trend' sejak berkahwin dan bekerja..dari bahasa 'mengkritik pedas' yang digunakan jelas anak muda ini sedang mengalami keracunan minda..beralih arah letak dunia di hati...Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya kerana telah mengharu birukan 'group wassap' pemuda . Alhamdulillah ada pemuda yang berwawasan akhirat telah 'cool down'kan kesan tarbiyah Madrasah Rasulullah saw yang diperolehinya samada di sekolah mahupun di rumah.
Sejak berhijrah ke Perlis ibu berpeluang bertaaruf dan belajar menghayati budaya kerja sukarela yang telah menjadi rutin masyarakat sekitar MATRI. Bermula dengan kelas bahasa Arab di rumah, anak menantu yang mengajar tidak harapkan sebarang upah. Sukarela nak pandaikan ibu bahasa Arab, Alhamdulillah beberapa sahibah , kenalan dan jiran juga dapat menumpang manfaatnya Memenuhi permintaan putera-puteri MATRI mengharapkan inspirasi dan Motivasi, Allah beri kelapangan mengadakan beberapi sesi motivasi mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari secara sukarela. Nikmatnya amat terasa, Allah berikan rasa kepuasan dan respon pelajar yang amat positif hingga timbalan Mudir secara bergurau menyatakan "Alhamdulillah Allah beri kita dapat semangat baru"..
Subhanallah, Allah izin setua umur Matri, masyarakat di sini telah terdidik dengan sistem didikan Madrasah Rasulullah SAW tidak mengharapkan upah di atas setiap khidmat yang diberikan.. kecuali guru-guru tetap yang digajikan oleh Yayasan MATRI mengikut kepakaran yang ada. Proses ini sudah lama berjalan di mana kini MATRI telah melahirkan generasi ke-21 lepasan SPM. Keunikan MATRI menurut cerita yang sudah lama berkhidmat di sini, pelajar paling bermasalah ketika belajar di MATRI hingga dipindahkan ke sekolah lain, akan kembali merayu hendak bersekolah di MATRI. Menurutnya "tidak ada di sekolah lain guru-guru sebaik guru di MATRI". MasyaAllah..
Kebanyakan dari bekas pelajar MATRI yang bercuti belajar dari mana-mana pusat pengajian tinggi, mereka akan berkumpul membuat kem atau tamrin bersama adik-adik di MATRI secara percuma. Perbelanjaan dari duit kocek sendiri bahkan berinfak pula untuk MATRI.Proses infak tenaga, masa dan wang sudah menjadi darah daging mereka hasil melihat dengan mata kepalasendiri budaya yang sama diamalkan sejak lebih 21 tahun yang lalu oleh team pengasas MATRI iaitu almarhum Dato Kaya Bakti Ustaz Dahlan bin Md.Zain dan almarhumah isterinya . Semoga ganjaran kebaikan terus mengalir ke akaun pahalanya di alam Barzakh dan alam akhirat nanti.
Keunikan MATRI, jika kenalan luar Perlis datang ziarah bertanya tentang yuran persekolahan MATRI. Mereka terkejut "Ya Allah murahnya! bagaimana MATRI dapat duit bayar gaji guru?". Inilah keberkatan Allah anugerahkan hasil dari mereka yang faham, sedar dan menghayati cara hidup Islam yang Allah redhai. 20 generasi alumni yang telah dididik dengan Madrasah Rasulullah SAW inilah kelak akhirnya secara sukarela akan menampung segala kekurangan ini dengan izin Allah SWT..
'Fastabiqul Khairat' Mereka amat faham dengan konsep 'berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan'..Inilah realiti proses membina insan Rabbani di alaf Siber, amat perlukan 3 perkara berikut:
1. Manhaj/ Sistem Rabbani
2. Khudwah yang Rabbani
3. Biah soleh (persekitaran yang Rabbani)
Insya Allah segalanya demi mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata..
"Ya Allah himpunkanlah roh kami kelak bersama roh-roh insan yang Engkau rindui"
"Ya Allah himpunkanlah roh kami kelak bersama roh-roh insan yang Engkau rindui"
Comments
Post a Comment