INSPIRASI HIJRAH

Menjelang  bulan Zul hijjah sepatutnya  diketengahkan  tentang isu  Haji atau Korban. Peliknya ibu memilih  topik hijrah. Hijrah  yang dimaksudkan adalah  hijrah  qalbu, Qalbu itu adalah jantung yang menjadi Raja kerajaan dalam badan kita. Istilah mudah ialah jantung hati atau  hati nurani. Raja ini akan menjadi sihat dan sejahtera apabila bermula dari iman yang mencintai ilmu makrifatulah. Awal agama adalah mengenal Allah. Ilmu yang memberi kefahaman dan kesedaran hasil jiwa yang tunduk mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT.  

Hijrah ini perlu sentiasa berterusan dan tiada hentinya melawan  dan tundukkan hawa nafsu. Hanya Iman yang mampu menundukkan hawa nafsu agar sentiasa  mentauhidkan Allah SWT sepanjang masa, ketika dan di mana sahaja kita berada. Jika inginkan hidayah untuk insan tersayang, mohonlah kepada Allah kerana DIA pemilik jiwa dan segala yang ada di langit dan bumi..

Berikut adalah insan yang terpilih yang wajar  dijadikan model untuk kita semua jadikan inspirasi  di samping  ummahatul mukminin genrasi awal dahulu. Walaupun beliau  baru 3tahun  bertaubat, namun kesan taubatnya amat memberi inspirasi kepada insan lain yang dilahirkan dalam keluarga Islam tetapi kalah dengan 'zon selesa' membisu tanpa dakwah. Sedangkan dakwah adalah hadiah  terbesar dari Allah untuk kita  semua berbakti kepada Deen-Nya.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil