Permata Syurga

Alhamdulillah, Allah izin dalam kepuasan berkarya  menyiapkan novel kanak-kanak  dengan bimbingan editor Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau  yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidangnya. Terselit jua rasa duka. Asyik kena betulkan sampai dua tiga kali dalam satu bab. Kadang-kadang terbuka luas  ruang  untuk meninggalkan medan itu. Memikirkan masa hadapan generasi pewaris...gagah-gagahkan   diri  untuk terus mendapat bimbingan hingga  selesai diterbitkan kelak. Insya Allah. Mohon doa  semua pihak.

Novel ini mengisah Kembara Suci  seorang kanak-kanak lelaki berumur 12  tahun diuji dengan fitnah oleh guru disiplinnya...
Bagaimana dirinya hadapi fitnah menjelang menghadapi peperiksaan UPSR
Siapakah  yang  membantunya  agar dibersihkan  daripada  fitnah tersebut?
Bagaimana akhirnya dia  amat  bahagia  kerana tidak membenci guru  yang memfitnahnya sebaliknya guru itu belajar darinya menjadi  pengabdi yang taat mentauhidkan Allah  dan menjadi  khalifah memakmurkan alam ini.

Ketika  sedang kebuntuan mencari idea, dapat  jemputan lagi dari staff wanita  IPTIP agar ibu membantu  mereka meneruskan halaqah  di sana. Sebelum itu  salah seorang  staff Haluan di Bangi juga  ingin menunaikan  hutang janjinya  untuk mengumpulkan ibu-ibu muda seluruh Malaysia  dalam satu group Telegram. Beliau mohon ibu pilih nama untuk group itu dan terus  menjadi penasihat bagi mereka. Terdetik dalam jiwa  nama  'Permata Syurga'. Kami saling  berkongsi ilmu dan pengalaman dalam group Telegram Permata Syurga. Alhamdulillah  jika  kita  permudahkan urusan orang lain, Insya Allah, kelak Allah pasti  permudahkan segala urusan kita. Aamiin.

Ceramah  'Permata  Syurga' terpaksa ditangguhkan dahulu hingga  buku 'Permata Syurga' siap dicetak, baru mudah perjalanan seterusnya. Insya Allah.
Ketika  ketandusan  idea, terpaksa  juga  bercampur dengan guru-guru sekolah rendah Agama Tarbiyah Islamiyah , tidak jauh dari rumah. Guru-guru beri peluang masuk ke tahun 6, bergaul dengan kanak-kanak yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi. Fahami perasaan mereka, dan masalah yang dihadapi oleh guru-guru. Dipelawa  juga  berbual dengan cucu Raja Perlis, namun tidak berkesempatan. Insya Allah semoga ada peluang  lain kelak untuk berbual mesra  dengannya.
Melihat  keadaan sebahagian anak-anak yang juga terbiar, ibu bapa hanya mengharapkan pihak sekolah perbaiki akhlak  anak-anaknya, agak membebankan guru-guru.


Dari sini ibu faham, kebanyakan pendidik termasuk  ibu bapa, faham  prinsip perlu mendidik anak menjadi anak yang soleh atau solehah.  Mereka tahu betapa pentingnya anak  yang soleh untuk masa hadapan kehidupannya.keluarga , masyarakat dan negara.
Sayang sekali  dari segi perlaksanaan  mengikut  style masing-masing. Ikut nafsu nafsi. Mereka  lebih selesa  anak menjadi hambanya dan bukan hamba Allah. Nauzubillah.

Tidak teringin sama sekali  mereka  bertaubat, kembali ikut  sunnah Rasulullah SAW  dalam mendidik  anak-anak mereka.  Akhirnya mereka  gagal  mencari teknik agar prinsip itu  dapat  dijadikan kenyataan...pihak sekolah  juga dipersalahkan..
Beginilah hakikatnya jika  pendidikan  Islam  tidak diutamakan  oleh  ibu bapa yang ego dengan kejayaan dunianya..dunia di kejar, akhirat dilupakan. Masih berbangga dengan 'aku'nya, Memandang rendah 'mutiara-mutiara dan permata-permata' yang terkandung  dalam al-Qur'an dan Hadis  nabi SAW. Tanpa sedar anak-anak  mereka dirampas  oleh sistem secular dan akhirnya  menjadi mangsa  jahiliyah. Ibarat  pepatah  yang dikejar  tidak dapat  yang dikendong  berciciran. Terkenang  Murabbi  mengingatkan  hadis  nabi yang bermaksud "Orang yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi". Fikirkan, bukan untuk diri  tetapi untuk ummah seluruhnya. Permata  Syurga  itu layak dikekalkan kedudukkannya sebagai anak-anak  di syurga. ibu bapa lah pendidik utamanya..Guru hanya sekadar  pemudah cara.


"Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami  untuk menyelamatkan lebih ramai  lagi  permata syurga  daripada menjadi mangsa kejahilan  ibu bapanya"

Wallahu alam

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil