Kebangkitan Islam! (An - Nahdhoh)

3 Zulkaedah 1438 Hijrah
Sejak minggu kedua Syawal kerja memerah otak, semoga Allah terimanya dan redho walaupun tidak sempurna. Subhanallah, bab memikirkan isi kandungan sesuai dengan jiwa kanak-kanak bukannya mudah ketika usia emas ini. Namun novel kanak-kanak yang tarbawi amat perlu diketengahkan kepada generasi baru agar mereka kelak lebih laju akan bangkit bersama Islam.

Jumaat kelmarin, Allah izin sempat bersama seorang pensyarah UUM melawat Maahad Tahfiz Sains Darul Mutaqin di Changloon Kedah untuk memantau aktiviti di sana. Amat menarik, kuliah Dhuha dijalankan serentak dengan program Aulad. Memang perlu programkan aktiviti anak-anak membangunkan jiwa mereka agar mengenal Allah, barulah ada jaminan kebangkitan generasi baru akan lebih laju, berpaksikan aqidah tauhid. Jika Tauhid menjadi akar An Nahdhoh (kebangkitan) Islam, Insya Allah  hala tujunya akan sentiasa  betul dan tidak menyimpang  dari landasan  yang sebenarnya.. Insya Allah.Kita hanya merintis jalan.

 Jika tidak diprogramkan, maka secepat kilat Jahiliyah akan merampas jiwa anak-anak ini untuk dirosakkan fitrah suci mereka.  Mereka dididik memakai topeng secular walaupun dilahirkan dalam keluarga Islam. Inilah realiti yang berlaku hari ini, umat Islam tidak rasa berdosa malah selesa membelakangkan sistem Allah sebaliknya mendaulatkan sistem sekular dalam kehidupan.

Sesi perbincangan kami saling memotivasi. Beliau sangat menggalakkan ibu sambung belajar ambil Phd  bidang kaunseling di UUM Sintok kerana amat kenal rapat dengan pensyarah kanan Kaunseling di UUM. Rezeki jangan ditolak..semoga Allah permudahkan urusan murni ini dapat direalisasikan. Insya Allah. Orang sibuk pencen pergi melancong... ibu pulak dah bersara  sibuk nak belajar lagi..Sudah hobi...nak buat lagu mana.


Semuanya Allah yang mengaturnya. Semoga menjadi medan jihad menuju syurga Allah di samping menjadi contoh kepada generasi pewaris. Apa lagi suami  amat menggalakkannya demi masa depan ummah. Terima kasih ya Allah di atas nikmat-MU yang sentiasa mencurah-curah ini...sebaknya Subhanallah, betapa Maha baiknya Allah kepadaku.. Sifu dari DBP pula minta buat persiapan menulis novel dewasa, sedangkan novel kanak-kanak belum siap lagi. Ya Allah permudahkanlah urusanku ini hanya untuk Deen-MU semata-mata

Sabtu...
Jemputan walimatul urus anak- anak sahabat di Kelab Golf Kulim menyampaikan kami bermalam di An Nahdhoh Inn milik Yayasan An Nahdhoh Pulau Pinang di mana Dr Haron Din sebagai pengerusi ALP. kebangkitannya bermula dari Maahad Tahfiz An Nahdhoh diikuti dengan perkampungan , Yayasan, perhotelan dan pelbagai perniagaan seperti restoren, treavel agent  busana Muslim. Memang wajar organisasi Islam yang lain mencontohi an Nahdhoh mengendalikan operasinya dengan kemas dan teratur.

Dalam perjalanan pulang  ke Perlis, kami singgah  Jitra  menemui bakal supvisor kaunseling  Islam yang masih  bertugas  di UUM. MasyaAllah, walaupun sudah memiliki  bonglow  tanpa pagar dan menyewa  lagi  dua pintu  rumah dua tingkat   di hadapan rumahnya. Bukan tmak nak buat  business tetapi tamak untuk buat kebajikan. rumah-rumah itu semua  dijadikan rumah untuk menyelamatkan akidah  anak-anak yatim, anak-anak  orang  asli dan anak-anak  yang  ibu bapanya  baru memeluk Islam. Subhanallah, memang kaunselor yang ikhlas  dan wajar  dicontohi  dalam kerja-kerja dakwah. Semoga Allah SWT mengeratkan  hubungan kami menuju jalan yang diredhai-NYA. Aamiin

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil