Harapan Yang Tiada Akhirnya

Masuk bab 8 novel kanak-kanak,  sudah 3 kali  ceritanya  ditolak. Waduh! apa yang tak kena ni..Endingnya  belum ketemu lagi untuk bab 9 dan 10. Bab 8 sudah 'hang' tak nampak jalan keluar. Kalau ikut rasa malas  memang nak ucapkan 'selamat tinggal'. Fikir punya fikir  nak panjangkan umur, agar kisah itu membangkitkan semangat jihad  ilmu di kalangan kanak-kanak akan datang, kena teruskan juga. Berilah mereka harapan...harapan yang tiada akhirnya  demi Islam.

Subhanallah, bukan senang nak buat buku yang ada kualiti, diedit oleh editor berpengalaman 30 tahun dari Dewan Bahasa  dan Pustaka. Muhasabah punya muhasabah, rupa-rupanya  bab 8 beberapa kali  ditolak sebab tidak ikut rentak  jiwa kanak-kanak. Hu..hu.. hu...kanak-kanak berjiwa orang tua. Mudahnya memaafkan kezaliman orang lain..Kena  usaha  cari ruang dan peluang  duduk dengan kanak-kanak berumur 12 tahun baru tahu macam mana perasaannya, tak semudah itu  untuk memaafkan kesalahan  orang yang menzaliminya...Begitulah kira-kira endingnya kot. Insya Allah, moga  Allah permudahkan dan permudahkan sepenuhnya. Aamiin.  Jika  begini rumusannya, mungkin juga  jika  orang tua  tak boleh maafkan kesalahan  orang lain itu  dianggap  'berjiwa  kanak-kanak'. Tidak boleh dinafikan... Wallahu alam.
Tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pula  Taska Smartop  & Permata syurganya

Letih juga memerah otak hampir  dua bulan. Ibu mohon Rehat  seminggu, temani besan bercuti di Pulau Langkawi dan  penuhi permintaan program 'Permata Syurga' yang sudah berbulan-bulan tergendala tidak dapat dipenuhi kerana nak siapkan novel kanak-kanak, belum siap juga. Mudah-mudahan lepas seminggu cuti untuk berbakti  kepada  ummah  secara 'life'  kelak akan siap terus menjelang  tahun 1438 Hijrah tidak lama lagi.
Alhamdulillah lepas satu slot sharing dengan hampir  20 orang  guru-guru Tadika, mereka  bersepakat nak panggil murid-murid mereka semua  'anak syurga'. Alhamdulillah. memang hakikatnya  mereka yang belum baligh adalah ahli syurga. Jika ditakdirkan meninggal di awal usia, mereka akan menani ibu bapa mereka yang redha  di pintu syurga. Tersentuh  hati mereka  belajar  teknik  Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya. Baginda  bertanya tentang  akhlak dalam hadis 'Saidina  Abu Bakar masuk syurga'

Abu Hurairah melaporkan bahawa pada suatu masa Rasulullah SAW  pernah bertanya: “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang berpuasa pada hari ini?” Abu Bakar menjawab, “Saya.” Baginda bertanya lagi: “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini menghantar jenazah?” Abu Bakar menjawab, “Saya.” Baginda bertanya lagi: “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini memberi orang miskin makan?” Abu Bakar menjawab, “Saya.” Baginda bertanya lagi: “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini melawat orang sakit?” Abu Bakar menjawab, “Saya.” Lalu Rasulullah bersabda: “Seseorang yang melakukan perkara-perkara tersebut sudah tentu masuk syurga.” -- Hadith No. 543 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Jika edisi  kanak-kanak, bolehlah  pendidik permata syurga  bertanya seperti  berikut:

1. Siapa di antara  anak syurga yang menolong  ibu di rumah?
2. Siapa  di antara  anak syurga  yang memberi makan  kucing?
3. Siapa  di antara  anak syurga  yang menyuap adik makan?
4. Siapa  di antara  anak syurga  yang menyiapkan kerja sekolah sebelum tidur?
5. Siapa di antara  anak syurga  yang  membaca doa sebelum tidur?
6. Siapa di antara anak syurga   yang mandi dan gosok gigi pagi tadi?
Seribu satu soalan  boleh direka cipta  untuk memikat hati anak-anak agar merindui syurga.

Selepas  membangkitkan kegembiraan mereka, guru merumuskan "Anak-anak yang melakukan apa yang cikgu tanya  tadi  kerana Allah  sudah tentu masuk syurga". Lhat  betapa  gembiranya  anak-anak syurga  apabila  guru-guru memberi mereka  harapan yang tiada akhirnya. Subhanallah

Berilah anak-anak syurga  kita  harapan menyuburkan fitrah sucinya mentauhidkan Allah, menjadi pengabdi yang taat dan  khalifah Allah yang bakal memakmurkan alam ini. Besar dosanya jika  fitrah suci mereka dirosakkan...

Inilah kerjaya utama  ibu menjelang tahun baru hijrah, Insya Allah. Semoga  Allah permudahkan jalan-jalan mengajak lebih ramai pendidik anak-anak syurga masuk gerabak keretapi yang berada di atas landasan. yang sebenarnya agar  tidak tergelincir lagi dengan budaya 'trial & error' teori-teori ciptaan manusia. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa  al-Qur'an dan sunnah nabi SAW  adalah sumber rujukan utama  yang tidak boleh lagi dikebelakangkan. Jika hendak redha Allah, rujuk Qur'an dan sunnah. Memang tiada  harapan hendak masuk syurga  jika  masih lagi  selesa  merujuk sistem pendidikan ciptaan manusia..Nauzubillahi min zalik. Berilah mereka harapan. Harapan yang tiada akhirnya iaitu kembali merujuk al-Qur'an dan Hadis  dalam proses  membina generasi pewaris  yang mendaulatkan Deen Allah di muka bumi ini. Insya Allah

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil