Harapan Yang Tiada Akhirnya
Masuk bab 8 novel kanak-kanak, sudah 3 kali ceritanya ditolak. Waduh! apa yang tak kena ni..Endingnya belum ketemu lagi untuk bab 9 dan 10. Bab 8 sudah 'hang' tak nampak jalan keluar. Kalau ikut rasa malas memang nak ucapkan 'selamat tinggal'. Fikir punya fikir nak panjangkan umur, agar kisah itu membangkitkan semangat jihad ilmu di kalangan kanak-kanak akan datang, kena teruskan juga. Berilah mereka harapan...harapan yang tiada akhirnya demi Islam.
Subhanallah, bukan senang nak buat buku yang ada kualiti, diedit oleh editor berpengalaman 30 tahun dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhasabah punya muhasabah, rupa-rupanya bab 8 beberapa kali ditolak sebab tidak ikut rentak jiwa kanak-kanak. Hu..hu.. hu...kanak-kanak berjiwa orang tua. Mudahnya memaafkan kezaliman orang lain..Kena usaha cari ruang dan peluang duduk dengan kanak-kanak berumur 12 tahun baru tahu macam mana perasaannya, tak semudah itu untuk memaafkan kesalahan orang yang menzaliminya...Begitulah kira-kira endingnya kot. Insya Allah, moga Allah permudahkan dan permudahkan sepenuhnya. Aamiin. Jika begini rumusannya, mungkin juga jika orang tua tak boleh maafkan kesalahan orang lain itu dianggap 'berjiwa kanak-kanak'. Tidak boleh dinafikan... Wallahu alam.
Letih juga memerah otak hampir dua bulan. Ibu mohon Rehat seminggu, temani besan bercuti di Pulau Langkawi dan penuhi permintaan program 'Permata Syurga' yang sudah berbulan-bulan tergendala tidak dapat dipenuhi kerana nak siapkan novel kanak-kanak, belum siap juga. Mudah-mudahan lepas seminggu cuti untuk berbakti kepada ummah secara 'life' kelak akan siap terus menjelang tahun 1438 Hijrah tidak lama lagi.
Alhamdulillah lepas satu slot sharing dengan hampir 20 orang guru-guru Tadika, mereka bersepakat nak panggil murid-murid mereka semua 'anak syurga'. Alhamdulillah. memang hakikatnya mereka yang belum baligh adalah ahli syurga. Jika ditakdirkan meninggal di awal usia, mereka akan menani ibu bapa mereka yang redha di pintu syurga. Tersentuh hati mereka belajar teknik Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya. Baginda bertanya tentang akhlak dalam hadis 'Saidina Abu Bakar masuk syurga'
Jika edisi kanak-kanak, bolehlah pendidik permata syurga bertanya seperti berikut:
1. Siapa di antara anak syurga yang menolong ibu di rumah?
2. Siapa di antara anak syurga yang memberi makan kucing?
3. Siapa di antara anak syurga yang menyuap adik makan?
4. Siapa di antara anak syurga yang menyiapkan kerja sekolah sebelum tidur?
5. Siapa di antara anak syurga yang membaca doa sebelum tidur?
6. Siapa di antara anak syurga yang mandi dan gosok gigi pagi tadi?
Seribu satu soalan boleh direka cipta untuk memikat hati anak-anak agar merindui syurga.
Selepas membangkitkan kegembiraan mereka, guru merumuskan "Anak-anak yang melakukan apa yang cikgu tanya tadi kerana Allah sudah tentu masuk syurga". Lhat betapa gembiranya anak-anak syurga apabila guru-guru memberi mereka harapan yang tiada akhirnya. Subhanallah
Berilah anak-anak syurga kita harapan menyuburkan fitrah sucinya mentauhidkan Allah, menjadi pengabdi yang taat dan khalifah Allah yang bakal memakmurkan alam ini. Besar dosanya jika fitrah suci mereka dirosakkan...
Inilah kerjaya utama ibu menjelang tahun baru hijrah, Insya Allah. Semoga Allah permudahkan jalan-jalan mengajak lebih ramai pendidik anak-anak syurga masuk gerabak keretapi yang berada di atas landasan. yang sebenarnya agar tidak tergelincir lagi dengan budaya 'trial & error' teori-teori ciptaan manusia. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa al-Qur'an dan sunnah nabi SAW adalah sumber rujukan utama yang tidak boleh lagi dikebelakangkan. Jika hendak redha Allah, rujuk Qur'an dan sunnah. Memang tiada harapan hendak masuk syurga jika masih lagi selesa merujuk sistem pendidikan ciptaan manusia..Nauzubillahi min zalik. Berilah mereka harapan. Harapan yang tiada akhirnya iaitu kembali merujuk al-Qur'an dan Hadis dalam proses membina generasi pewaris yang mendaulatkan Deen Allah di muka bumi ini. Insya Allah

![]() |
Tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pula Taska Smartop & Permata syurganya |

Abu Hurairah
melaporkan bahawa pada suatu masa Rasulullah SAW pernah bertanya: “Siapakah
antara saudara-saudara sekalian yang berpuasa pada hari ini?” Abu Bakar menjawab,
“Saya.” Baginda bertanya lagi: “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang
hari ini menghantar jenazah?” Abu Bakar menjawab, “Saya.” Baginda bertanya
lagi: “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini memberi orang
miskin makan?” Abu Bakar menjawab, “Saya.” Baginda bertanya lagi: “Siapakah
antara saudara-saudara sekalian yang hari ini melawat orang sakit?” Abu Bakar
menjawab, “Saya.” Lalu Rasulullah bersabda: “Seseorang yang melakukan
perkara-perkara tersebut sudah tentu masuk syurga.” -- Hadith No. 543 dalam kitab Ringkasan Sahih
Muslim.
Jika edisi kanak-kanak, bolehlah pendidik permata syurga bertanya seperti berikut:
1. Siapa di antara anak syurga yang menolong ibu di rumah?
2. Siapa di antara anak syurga yang memberi makan kucing?
3. Siapa di antara anak syurga yang menyuap adik makan?
4. Siapa di antara anak syurga yang menyiapkan kerja sekolah sebelum tidur?
5. Siapa di antara anak syurga yang membaca doa sebelum tidur?
6. Siapa di antara anak syurga yang mandi dan gosok gigi pagi tadi?
Seribu satu soalan boleh direka cipta untuk memikat hati anak-anak agar merindui syurga.
Selepas membangkitkan kegembiraan mereka, guru merumuskan "Anak-anak yang melakukan apa yang cikgu tanya tadi kerana Allah sudah tentu masuk syurga". Lhat betapa gembiranya anak-anak syurga apabila guru-guru memberi mereka harapan yang tiada akhirnya. Subhanallah
Berilah anak-anak syurga kita harapan menyuburkan fitrah sucinya mentauhidkan Allah, menjadi pengabdi yang taat dan khalifah Allah yang bakal memakmurkan alam ini. Besar dosanya jika fitrah suci mereka dirosakkan...
Inilah kerjaya utama ibu menjelang tahun baru hijrah, Insya Allah. Semoga Allah permudahkan jalan-jalan mengajak lebih ramai pendidik anak-anak syurga masuk gerabak keretapi yang berada di atas landasan. yang sebenarnya agar tidak tergelincir lagi dengan budaya 'trial & error' teori-teori ciptaan manusia. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa al-Qur'an dan sunnah nabi SAW adalah sumber rujukan utama yang tidak boleh lagi dikebelakangkan. Jika hendak redha Allah, rujuk Qur'an dan sunnah. Memang tiada harapan hendak masuk syurga jika masih lagi selesa merujuk sistem pendidikan ciptaan manusia..Nauzubillahi min zalik. Berilah mereka harapan. Harapan yang tiada akhirnya iaitu kembali merujuk al-Qur'an dan Hadis dalam proses membina generasi pewaris yang mendaulatkan Deen Allah di muka bumi ini. Insya Allah
Comments
Post a Comment