(قرة اعين) Qurrata A'yun

Subhanallah  Allah izin dapat  input dari HQ di mana  Murabbi  kami  ingatkan  agar  'maintain' kemenangan anugerah Allah SWT  dengan perbanyakkan  bertasbeh, bertakbir dan bertahlil memuji Allah SWT di atas  kurniaan-Nya. Sedangkan seluruh isi langit  dan bumi  bertasbeh  memuji Allah dengan tunduk  dan patuh, apa lagi kita  manusia yang Allah kurniakan  akal. Hakikatnya  untuk inilah kita  dihidupkan di muka bumi ini agar  sentiasa  mengabdikan diri  hanya sanya kepada Allah SWT setiap  masa walau di manapun kita berada. Tahniah  kepada  semua 'think thank'  pusat dan negeri  yang bertungkus lumus  menjayakan RJPJ hingga terhasil  plan tindakan  yang strategik. Memang  bahagia rasanya, doa demi doa, usaha demi usaha  Allah jayakan. Alhamdulillah. Bukan bilangan yang ramai  kita harapkan,  biar sedikit tetapi  berkualiti.  


Para  Murabbi  di Perlis  pula  fokus  kepada  tafsir  Fi zilal al Qur'an  merujuk surah Al-Hasyr , khususnya ayat 9.  Sentiasa  tingkatkan  iman dan ukhuwwah  sesuci jiwa  para sahabat  generasi awal.  Sudah  ada  model di hadapan mata  mewarisi plan generasi Rabbani. Lebih tiga puluh  tahun para syuyukh  bekerja keras  membangunkan dengan penuh sabar. Melahirkan generasi   (قرة اعين)   Qurrata A'yun,  walaupun  secara  fizikalnya masih ada serba  kelemahan di sana sini tetapi  bagi  ibu cukuplah kehidupan  Roh sudah  membahagiakan hanya mengharapkan redha  Allah. Kita  berusaha dan berusaha  semakismanya, natijah berserah  sahaja  kepada Allah. Jika  betul ikut pola Rasulullah, Insya Allah natijah  di akhirat  lebih  diharapkan walaupun belum sempat melihat  natijah di dunia.

Ketika  di Batu Pahat, seorang peserta iaitu ibu dan guru  berkongsi tips  mendidik anak-anak syurganya "Jika  kita sayang  Allah, banyak berzikrullah, jika sayang  Nabi, banyakkan selawat  dan jika sayang diri perbanyakkan istighfar".  
Syukurilah dikurniakan anak yang ramai, soleh dan solehah. Kerana  ada hadis Qudsi daripada  abu Hurairah r.a , ia berkata, Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya Allah SWT  akan mengangkat  darjat seseorang hamba  di syurga. Kemudian hamba itu berkata, "Wahai Rabb, daripada  siapa semua ini?"
Allah SWT berfirman; "Daripada  istighfar  (mohon  ampun) anakmu"  (Hadis  Riwayat Imam Ahmad)

Berikut  adalah  penyampaian  seorang pakar Hadis dari seberang yang amat bagus mengajak  kita berfikir dan berbincang  untuk meningkatkan kualiti  iman dan ukhuwwah  generasi Rabbani yang  tahan lasak. Ibu setuju  dengan pandangan beliau bahawa  segala kerosakan  yang berlaku di muka bumi ini, punca utamanya adalah kerana  Mensyirikkan Allah. Mensyirikkan Allah itu adalah kezaliman yang amat besar (rujuk surah Luqman)


Teruskan   berdoa dan berdoa sepanjang masa..jadikan doa ini darah daging kita
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang jiwa (kami), dan jadikanlah kami orang-orang yang bertakwa sebagai imam.” Mereka itulah orang yang dibalas dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman. (TQS al-Furqan [25]: 74-76).
Dari  Amazing Qur'an halaman  730  mengulas  tafsir:
Mereka  adalah orang-orang  yang memohon kepada  Allah agar  keluar  daripada darah daging mereka dan keturunan mereka  golongan  yang taat dan beribadat  hanya kepada-Nya , serta  tidak mempersekutukan-Nya.

Ibn Abbas  r.a  berkata "Mereka  ingin keturunan  yang taat, yang menyenangkan  qalbu ~ jantung hati (hati nurani) baik di dunia mahupun di akhirat"

Ikrimah  r.a  mengatakan , "Mereka tidak  setakat menginginkan keturunan  yang memiliki  keindahan dan kecantikan, tetapi  mereka  menginginkan  keturunan yang   taat"
 Hassan Al-Basri pernah ditanya  tentang  ayat  ini. 
Beliau  menjawab "Agar  Allah memperlihatkan kepada hamba-Nya yang Muslim bahawa  isteri, saudara dan sahabat karib sentiasa ada di dalam ketaataan kepada Allah. Tidak, demi Allah, tidak ada sesuatupun yang lebih menyenangkan pandangan/ qalbu  seorang Muslim selain daripada melihat  anaknya, cucunya, saudaranya dan sahabat karibnya taat  kepada  Allah SWT.

Bagi orang-orang  bertaqwa ~ dengan  sendirinya  adalah  pemimpin. Semua orang bertaqwa  merupakan pemimpin  yang membimbing kepada kebaikan  sebagai para  pemberi petunjuk dan penyeru kebaikan. Mereka yang bertaqwa  sentiasa  menginginkan ibadatnya bersambung  dengan ibadat anak cucu dan keturunan mereka,. Mereka  menginginkan petunjuk sampai manfaatnya  kepada orang lain. Dengan demikian, mereka mendapatkan pahala lebih banyak dan lebih baik tempat kembalinya  (di akhirat).
Oleh sebab itu  diriwayatkan  dalam Sahih Muslim, daripada  Abu Hurairah r.a ia berkata:"Apabila anak cucu Adam mati, maka terputuslah  seluruh amalnya , kecuali tiga , iaitu anak soleh yang mendoakannya, ilmu yang bermanfaat bagi orang setelahnya dan sedekah yang mengalir" ( Ibn Katsir, Tafsirul Qur'ani'l Azimi, Jilid 10, 1421 H/ 2000 M)

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil