Kenalpasti Sumber Berita@ Cerita

Dr Aidh Abdullah al Qarni dalam bukunya 'Di Hadapan Pintu-Pintu Wahyu' berpesan dan  mengingatkan agar kita sentiasa merujuk Al-Quran dan Hadis serta sebtiasa berhati-hati  dan  kenalpasti dahulu  sumber berita yang sampai mesti daripada  orang-orang  beriman..
Halaman 11 buku ini menjelaskan seorang Muslim pasti menerima ilmu pengetahuan serta kisah-kisah berdasarkan kitab suci yang diturunkan-Nya, yang tidak pernah terkena kebatilan.
Peliharalah  Dirimu dari keracunan para munafik

Oleh itu, bagaimana mungkin umat ini boleh menjadi baik jika merasa aman dan percaya begitu saja dengan setiap berita yang berasal dari sumber yang tidak dipercayai.
Bagaimana mungkin umat ini boleh bangkit jika menerima begitu saja setiap berita yang berhiaskan kebusukan dan menjadikan keuntungan kebendaan (material) sebagai tujuannya.
Bagaimana mungkin kaum muslim mudah mempercayai berita dan kisah-kisah yang dibawa oleh mereka yang mengingkari kewujudan Tuhan dan tidak bergerak sesuai dengan fitrah yang telah diberikan-Nya?

Hati-hati mendengar  berita dari para munafik kerana ciri-ciri mereka seperti berikut;


Dusta


Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid:
 "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Yaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa." Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."

Khianat


Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah melekat pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

Suka Menyebarkan Khabar Dusta 

~ Orang munafik senang memperbesar peristiwa atau kejadian.


Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majlis-majlis pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak bersedia mengungkapkannya kepada masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil