Waktu Itu Terbatas


Kisah pasangan yang baru berkahwin, setiap kali bangun pagi, siisteri akan mengadu kepada suaminya "kenapa sidaian pakaian rumah jiran kita kotor.." Setiap hari itulah sungutan yang diadukan kepada suaminya. Suami yang KO akan jawab " o ye ke..apa le orang tu bodohnya guna sabun murah..mana le nak bersih baju tu". Bertahun-tahun asyik ulang  cerita  yang sama..tengok baju jiran tak bersih di ampaian tanpa melihat dan mengenalpasti ada sesuatu yang tidak kena pada pihak mereka. Ada keladak dan karat bertambah tebal, tak pernah dibersihkan..

Suami yang OK, tak sampai seminggu  akan  perasan ada 'something wrong' bila  siisteri mengadu yang sama setiap hari..Hari minggu sisuami membersihkan cermin sliding door dan tingkap rumah mereka. Pagi berikutnya dengan ceria siisteri  tidak mengadu lagi sebaliknya memuji "ha baru nampak bersih..mesti jenama sabunnya bagus".Suami yang bijaksana menjawab "bukan begitu..cermin rumah kita yang kotor dan perlu dibersihkan selalu kalau nak lihat yang luar sana bersih"

Begitulah lumrahnya kehidupan manusia hari ini, bila mendengar, membaca dan menonton..komennya akan ikut sejauh mana "cermin" iaitu fikiran dan hati telah dibersihkan dengan memohonnya kepada Allah SWT... Jenama sabun yang paling bagus untuk bersihkan "cermin" agar memanfaatkan  sesuatu itu sebagai jalan membina  tamadun di dunia dan bina istana di syurga akhirat nanti  adalah dengan taubat dan zikrullah..

Peribahasa yang popular berbunyi "Melepaskan anjing tersepit, digigitnya tangan kita" sering menjadi kenyataan. Fitrah haiwan tidak dikurniakan akal, amat wajarlah. Sebaliknya manusia Allah beri akal, manfaatkanlah akal untuk berterima kasih dan bersyukurlah kerana banyak urusan dipermudahkan dengan izin Allah oleh jiwa yang ikhlas ingin membantu ketika susah..Sifat syukur ini yang membawa jiwa bertambah bersih dan amalan tidak rosak kerana mengungkit.. Semoga Allah pelihara kita dari sifat tamak dan lupa daratan...
Bila kebatilan nak menang, konspirasinya sama saja di mana-mana

Segala ujian dari Allah.Berbekalkan taqwa dan sifat memaafkan,  Allah yang akan bantu kita dengan cara yang tidak disangka. Terima kasih family yang amat memahami dan Allah permudahkan jalan keluar terbaik di sisi-Nya.. Fastabiqul khairat.. berlumba-lumbalah kita melakukan kebaikan kerana sisa umur dan waktu yang ada amat terbatas..
Dalam Tafsir Quran Miracle 15 in 1, ulasan hujung surah al Kahfi amat menyentuh hati....

Bila kita manfaatkan waktu bermakna kita menghargai anugerah terbesar yang Allah kurniakan. Semakin besar tingkat penghargaan kita terhadap waktu, semakin tinggi tingkat motivasi kita untuk manfaatkan waktu secara efektif.

Tenaga yang manusia miliki amat terbatas. Manusia menggunakan 1/3 hidupnya untuk mengecas tenaga iaitu tidur. Manfaatkannya untuk tidur nyenyak..merupakan nikmat dan hadiah terbaik dari Allah. Bila cukup tenaga segala aktiviti lancar dan terisi masa dengan amal soleh.
Jika tidak isi dengan aktiviti  ibadah kepada Allah, amat rugilah kita. Ibadah bukan saja ketika lakukan ibadah khusus..setiap detik masa jika niat kerana Allah..semuanya akan jadi ibadah walau masuk ke tandas sekalipun..baca doa keluar masuk tandas. Setiap aktiviti bila kita ingat Allah jadi ibadah.. tanpa niat untuk ibadah, maka jadi sia-sialah hidup ini.. Rugi seruginya kerana tidak manfaatkan  modal yang Allah beri percuma berupa umur tetapi  ada niat hendak menzalimi orang lain..

Orang yang rugi juga adalah orang yang beramal soleh tetapi suka menyakiti orang lain juga..Rasulullah saw bersabda: "Apakah kalian mengetahui siapakah yang rugi?" Kemudian para sahabat menjawab , "orang yang rugi di antara kami adalah orang yang tidak punya wang" Kemudian Rasulullah saw bersabda; "Orang yang rugi di kalangan umatku adalah orang yang pada hari kiamat mempunyai pahala solat, puasa  dan haji tetapi menghina sipolan, menyakiti sipolan dan lain-lain sehingga kebaikannya habis diberikan kepada orang yang dizaliminya"
(halaman 606)
Tiga ibu tunggal disayangi dan dikasihi...sebelah tu  abang kandung  saya...


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil