Menjana Kekuatan Ummah
Sebulan Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan nikmat yang amat kita syukuri kerana nikmat berpuasa kali ini banyak mendoakan kemenangan untuk Islam seluruh dunia khususnya perang di Gaza menentang Regim Zionis yang menduduki tanah Palestine secara haram. Tanah Palestine adalah tanah wakaf umat Islam sedunia dan seluruh umat Islam wajib mengambil bahagian untuk membebaskannya dari cengkaman Israel laknatullah.Sebaik-baik bantuan adalah bersama mereka di medan jihad, menaja dan selamatkan anak-anak yang menjadi mangsa kezaliman. Minima bantuan yang boleh kita sumbangkan adalah terus doakan kejayaan mereka tanpa mengenal erti jemu dan putus asa. Iftar hari terakhir Ramadhan di Masjid Shah Alam Bagi meraih kemenangan secara berterusan, kita perlu jadikan 11 bulan lagi dengan syuur, merasai seperti berada di bulan Ramadhan..teruskan pesta ibadah dengan istiqomah puasa 6 hari di bulan Syawal, puasa Isnin Khamis setiap minggu, puasa 3 hari putih setiap bulan. 13-15 harib...