Magnet IMAN
Setiap hari berulang-ulang kali kita laksanakan ruku’ dan sujud sebagai manifestasi perasaan taqwa kita kepada Allah SWT. Kita agungkan nama-Nya, kita gemakan takbir dan tahmid sebagai pernyataan dan pengakuan atas keagungan Allah sebagai pengakuan dalam hati, menyentuh dan menggetarkan setiap urat saraf jiwa manusia yang beriman. Allah Maha Besar. Allah Maha Agung. Tiada yang patut di sembah kecuali Allah... Suasana ini sewajarnya dapat menyuburkan Iman, membersihkan hati dan sewajarnya akan menjadi 'magnet' menarik lebih ramai orang lain sama-sama merasai nikmat Iman dan Islam dan sama-sama kita menuju ke Syurga Allah SWT.
Agak keletihan memikirkan puak-puak yang 'kecil hati' atau merajuk meninggalkan team ulamak lantaran tidak terpilih lagi dalam saff kepimpinan...Masih kedengaran suara kegelisahan di sana sini mendakwa dan mengadu mereka 'dihalau' dan di "maki hamun" sedangkan mereka masih lagi berada dalam parti politik tersebut, menanti parti baru tertubuh. Alangkah bagusnya kalau mereka berfikiran positif..buktikan keikhlasan mereka bekerja kerana Allah seperti Khalid Al Walid di zaman Saidina Umar sebagai amirul mukminin. Setiap hari wassap dalam group tentang kelemahan dan keburukan team ulamak... bak kata orang tua 'Membuka pekung di dada" . Harapkan kami membenci team ulamak, semakin kuat hati ini memohon kepada Allah agar kami tidak menyimpang dari landasan yang benar...Insya Allah umat Islam di Malaysia akan tetap bersatu hati kerana MU ya Allah..bukan kerana parti-parti politik yang bertaburan kini...
Amat malang sekali di hujung usia mereka tiada lagi rasa izzah untuk perbaiki diri dan terus bersama ulamak dalam perjuangan, sebaliknya rasa izzah bersama pihak lain yang dikenalpasti mempunyai 'grand design' memecah belahkan umat Islam di tanah air kita...Wallahu 'alam

![]() |
Menikmati keindahan Gua Kelam di Perlis bersama team Haluansiswa |
Baik para Murabbi mahupun pemuda pemudi yang perihatin hanya memujuk "Sunnatullah..Allah membersihkan team ulamak dari racun-racun perosak..proses pemutihan..tanpa 'team perosak', Allah akan gantikan dengan lebih ramai lagi pejuang yang ikhlas..Lebih fokus mencapai visi MARDHATILLAH.
Apabila mengharapkan "redha manusia"....inilah syirik yang merosakkan amal!!

Usah serik untuk mengajak diri dan mereka agar menundukkan kepala dan jiwa kita di hadapan Allah Yang Maha Besar. Campaklah sejauh-jauhnya EGO, keangkuhan dan kesombongan yang akan menjauhkan kita dari rahmat Allah SWT kerana apapun kebesaran yang kita perolehi amat kecil di hadapan Allah. Betapapun perkasanya kita didokong oleh team 'sekular' yang nampak 'gah' kita tetap lemah di hadapan Allah Yang Maha Kuat. Betapapun hebatnya kekuasaan dan pengaruh kita, kita tidak berdaya dalam genggaman Allah Yang Maha Kuasa atas segala-galanya.
Doa dan genangan air mata mengiringi sahabat dan sahibah yang menjadi tetamu Allah di tanah suci musim haji kini.Insya Allah semoga pertemuan demi pertemuan Mahabbah di tingkat atas Masjidil Haram masih diteruskan..Sampai masanya nanti, Insya Allah akan dipermudahkan jua impian husnul khotimah di bumi Nabi yang diidamkan selama ini. Sama-samalah jiwa kita mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Perkasa, sambil bersama-sama membaca kalimat talbiyah kembali kepada Allah secara sukarela sepanjang masa dan selama-lamanya.
لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
Alhamdulillah tahun ini Allah sudah aturkan agenda-NYA...Ibu berpeluang merayakan Aidil Adha di bumi Perlis...Titik bertolak berhijrah ke Perlis dengan niat agar sentiasa dibimbing oleh para Murabbi.. Tanpa bimbingan mereka, jiwa akan mudah tersasar dari landasan yang diredhai-NYA..
Justeru amat perlu kita belajar dari seerah nabawiyyah tentang konsep pengorbanan, Nabi Ibrahim AS beserta anaknya Ismail dan isteri keduanya Siti Hajar. Ketika Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah SWT untuk meninggalkan isterinya Hajar bersama Nabi Ismail puteranya yang sedang menyusu. Mereka ditempatkan di suatu lembah yang tandus, gersang, tidak tumbuh sebatang pohon pun. Lembah tersebut sunyi dan sepi tidak berpenghuni. Nabi Ibrahim sendiri tidak tahu, apa maksud sebenarnya dari wahyu Allah yang menyuruh menempatkan isteri dan puteranya yang masih bayi itu, ditempatkan di suatu tempat paling asing, di sebelah utara kurang lebih 1600 KM dari Tanah airnya Palestine. Tapi baik Nabi Ibrahim, mahupun isterinya Siti Hajar, menerima perintah itu dengan ikhlas dan penuh tawakkal.
Seperti yang diceritakan oleh Ibnu Abbas bahawa ketika Siti Hajar kehabisan air minum hingga kering susunya beliau mencari air ulang alik sambil lari-lari kecil (Sa’i) antara bukit Sofa dan Marwah sebanyak 7 kali. Tiba-tiba Allah mengutus malaikat Jibril membuat mata air Zam Zam. Sejak itu bonda Hajar dan Nabi Ismail memperoleh sumber kehidupan.
Lembah yang sebelumnya gersang itu, mempunyai persediaan air yang melimpah-limpah. Datanglah manusia dari pelbagai pelosok terutama para pedagang ke tempat bonda Hajar dan Nabi Ismail, untuk membeli air. Datang rezeki dari pelbagai penjuru dunia hingga makmurlah tempat sekitarnya. Akhirnya lembah itu hingga saat ini terkenal dengan kota mekkah, sebuah kota yang aman dan makmur, berkat do’a Nabi Ibrahim dan berkat kecekapan bonda Hajar mengurus selia kota dan masyarakat. Kota Mekkah yang aman dan makmur dilukiskan oleh Allah dalam Al-Qur’an:
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَـَذَا بَلَداً آمِناً وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
Dari ayat tersebut, kini jelas terbukti bahawa kota Makkah hingga kini memiliki kemakmuran yang melimpah. Jamaah haji dari seluruh penjuru dunia, memperoleh kemudahan yang cukup, selama melakukan ibadah haji mahupun umrah.
Semua perubahan dan kemodenan itu menjadi dalil, bahawa do’a Nabi Ibrahim dikabulkan Allah SWT. Semua kemakmuran tidak hanya dinikmati oleh orang Islam saja. Mereka yang bukan Islam juga turut menikmatinya.
Allah SWT berfirman:

قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلاً ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَى عَذَابِ النَّارِ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Aidil Adha atau “Idul Nahr” bermaksud hari cara memotong korban binatang ternak bermula sejarahnya dari ujian paling berat yang menimpa Nabi Ibrahim as. Disebabkan kesabaran dan ketabahan Ibrahim dalam menghadapi berbagai ujian dan cobaan, Allah SWT anugerahkan kepadanya penghormatan “Khalilullah” (kekasih Allah).
Setelah digelar Al-khalil, Malaikat bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau menjadikan Ibrahim sebagai kekasihmu. Padahal ia disibukkan oleh urusan kekayaannya dan keluarganya?”
Allah berfirman: “Jangan menilai hambaku Ibrahim ini dengan ukuran lahiriyah, tengoklah isi hatinya dan amal baktinya!”
Kemudian Allah SWT mengizinkan para malaikat menguji keimanan serta ketaqwaan Nabi Ibrahim. Ternyata, kekayaan dan keluarganya tidak membuatnya lalai dalam mentaati Allah.
Dalam kitab “Misykatul Anwar” dikisahkan Nabi Ibrahim memiliki kekayaan 1000 ekor kambing, 300 lembu, dan 100 ekor unta. Riwayat lain mengatakan, kekayaan Nabi Ibrahim mencapai 12,000 ekor ternak. Jumlah yang melayakkannya digelar jutawan.
Suatu hari, Ibrahim ditanya oleh seseorang “milik siapa ternak sebanyak ini?”
Nabi Ibrahim menjawab: “Kepunyaan Allah, tapi kini masih milikku. Apabila Allah menghendaki, aku serahkan semuanya. Jangankan cuma ternak, bila Allah meminta anak kesayanganku, niscaya akan aku serahkan juga.”
Ibnu Katsir dalam tafsir Al-Qur’anul ‘adzim mengemukakan bahawa, pernyataan Nabi Ibrahim itulah yang kemudian dijadikan bahan ujian, iaitu Allah menguji Iman dan Taqwa Nabi Ibrahim melalui mimpinya yang haq, agar ia mengorbankan puteranya yang kala itu masih berusia 7 tahun. Anak yang elok rupawan, sehat lagi cekatan ini, supaya dikorbankan dan disembelih dengan menggunakan tangannya sendiri. Sungguh sangat mengerikan! Peristiwa itu dinyatakan dalam Al-Qur’an Surah As-Shoffat : 102 :
قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
Ketika keduanya bersedia untuk melaksanakan perintah Allah. Iblis datang menggoda si ayah, si ibu dan si anak silih berganti. Akan tetapi IMAN Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail tidak tergoyah oleh pujuk rayu iblis yang menggoda agar membatalkan niatnya. Bahkan bonda Hajarpun mengatakan, : ”jika memang benar perintah Allah, akupun bersedia untuk disembelih sebagai gantinya Ismail.” Mereka melempar iblis dengan batu, mengusirnya pergi dan Iblispun lari tunggang langgang. Dan ini kemudian menjadi salah satu rangkaian ibadah haji yakni melempar jumrah; jumrotul ula, wustho, dan aqobah yang dilaksanakan di Mina.
Setelah sampai di tempat korban, dalam keadaan tenang Ismail berkata kepada ayahnya :
”ayah, kuharap kaki dan tanganku diikat, supaya aku tidak dapat bergerak hingga menyusahkan ayah. Hadapkan mukaku ke tanah, supaya tidak melihatnya, sebab kalau ayah melihat nanti akan merasa kasihan. Lepaskan bajuku, agar tidak terkena darah yang nantinya menimbulkan kenangan yang menyedihkan. Asahlah tajam-tajam pisau ayah, agar penyembelihan berlaku cepat, sebab sakaratul maut amat dahsyat sekali. Berikan bajuku kepada ibu untuk kenang-kenangan serta sampaikan salamku kepadanya supaya dia tetap sabar, saya dilindungi Allah SWT, jangan cerita bagaimana ayah mengikat tanganku. Jangan izinkan anak-anak sebayaku datang ke rumah, agar kesedihan ibu tidak terulang kembali, dan apabila ayah melihat anak-anak sebayaku, janganlah terlampau lama memperhatikannya, nanti ayah akan bersedih.”
Nabi Ibrahim menjawab ”baiklah anakku, Allah swt akan menolongmu”.
Setelah Ismail, putera tercinta ditelentangkan di atas sebuah batu, dan pisaupun diletakkan di atas lehernya, Ibrahim pun menyembelih dengan menekan pisau itu kuat-kuat, namun tidak lot, bahkan terlukapun tidak.
Pada ketika itu, Allah swt membuka dinding yang menghalangi pandangan malaikat di langit dan dibumi, mereka tunduk dan sujud kepada Allah SWT, takjub menyaksikan keduanya. ”lihatlah hambaku itu, rela dan senang hati menyembelih anaknya sendiri dengan pisau, kerana semata-mata untuk memperoleh keredhaanku"
Justeru itu, Ismail pun berkata : ”ayah.. bukalah ikatan kaki dan tanganku, agar Allah SWT tidak melihatku dalam keadaan terpaksa, dan letakkan pisau itu dileherku, supaya malaikat menyaksikan putera khalilullah Ibrahim taat dan patuh kepada perintah-Nya.”
Ibrahim membuka ikatan dan menekan pisau itu ke lehernya kuat-kuat, namun lehernya tidak apa-apa, bahkan bila ditekan, pisau itu berbalik, yang tajam berada di bahagian atas. Ibrahim mencuba memotongkan pisau itu ke sebuah batu, ternyata batu yang keras itu terbelah. ”hai pisau, engkau sanggup membelah batu, tapi kenapa tidak sanggup memotong leher” kata ibrahim. Dengan izin Allah SWT, pisau itu menjawab, ”anda katakan potonglah, tapi Allah mengatakan jangan potong, mana mungkin aku memenuhi perintahmu wahai ibrahim, jika akibatnya akan durhaka kepada Allah SWT”
Dalam pada itu Allah SWT memerintahkan jibril untuk mengambil seekor kibasy dari surga sebagai gantinya. Dan Allah swt berseru dengan firmannya, menyuruh menghentikan perbuatannya, tidak usah diteruskan pengorbanan terhadap anaknya. Allah telah meridloi ayah dan anak memasrahkan tawakkal mereka. Sebagai imbalan keikhlasan mereka, Allah mencukupkan dengan penyembelihan seekor kambing sebagai korban, sebagaimana diterangkan dalam Al-Qur’an surat As-Shaffat ayat 107-110:

وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ
سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
Menyaksikan tragedi penyembelihan yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah umat manusia itu, Malaikat Jibril menyaksikan ketaatan keduanya, setelah kembali dari syurga dengan membawa seekor kibasy, kagumlah ia seraya terlontar darinya suatu ungkapan “Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.”
Nabi Ibrahim menyambutnya “Laailaha illahu Allahu Akbar.”
Kemudian di sambung oleh Nabi Ismail “Allahu Akbar Walillahil Hamdu.’
Demikianlah terakamnya sejarah pertamanya korban di Hari Raya Qurban. Yang kita peringati pada pagi hari ini. Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Korban yang diperintahkan tidak usah anak kita, cukup haiwan ternak, baik kambing, lembu, unta kerbau mahupun lainnya. Sebab Allah tahu, kita tidak akan mampu menjalaninya, jangankan memotong anak kita, memotong sebahagian harta kita untuk menyembelih haiwan qurban, kita masih terlalu banyak berfikir bahkan bersungut. Memotong 2.5% harta kita untuk zakat, kita masih belum menunaikannya. Memotong sedikit waktu kita untuk solat lima waktu, kita masih keberatan. Menunda sebentar waktu makan kita untuk berpuasa, kita tak mampu melaksanakannya, dan sebagainya. Begitu banyak dosa dan pelanggaran yang kita kerjakan, yang membuat kita jauh dari Rahmat Allah SWT.
Hikmah yang dapat diambil dari pelaksanaan solat Aidul Adha ini adalah, bahawa hakikat manusia adalah sama. Yang membezakan hanyalah taqwanya. Dan bagi yang menunaikan ibadah haji, pada waktu wukuf di Arafah memberi gambaran bahawa kelak manusia akan dikumpulkan di padang mahsyar untuk dimintai pertanggung jawaban.
Di samping itu, kesan atau i’tibar yang dapat diambil dari peristiwa tersebut adalah:
Pertama, Hendaknya kita sebagai ibu bapa, mempunyai upaya yang kuat membentuk anak yang soleh, menciptakan peribadi anak yang Rabbani, anak yang berbakti kepada Allah dan Rosul-Nya sekaligus berbakti kepda kedu ibu bapanya
Kedua, perintah dan ketentuan-ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT, harus dilaksanakan. Harus disambut dengan tekad "sami’na wa ‘atha’na".
Kerana sesungguhnya, ketentuan-ketentuan Allah SWT pastilah manfaatnya kembali kepada kita sendiri.
Ketiga, adalah kegigihan syaitan yang terus menerus mengganggu manusia, agar membangkang dari ketentuan Allah SWT. Syaitan sentiasa terus berusaha menyeret manusia kepada kehancuran dan kegelapan. Maka janganlah mengikuti bujuk rayu syaithan, kerana sesungguhnya syaithan adalah musuh yang nyata.
Keempat, jenis sembelihan berupa bahimah (binatang ternak), artinya dengan matinya haiwan ternak, kita buang ego, takabur dan kesombongan kita, hawa nafsu hayawaniyah harus dikendalikan, jangan dibiarkan tumbuh subur dalam hati kita.
Tepatlah apabila Aidul Adha digunakan menggugah hati kita untuk berkorban demi Islam yang tercinta, yang sentiasa difitnah. Sebab pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang paling besar dalam sejarah umat manusia itulah yang membuat Ibrahim menjadi seorang Nabi dan Rasul yang besar, dan mempunyai arti besar. Dari sejarahnya itu, maka lahirlah kota Makkah dan Ka’bah sebagai kiblat umat Islam seluruh dunia, dengan air zam-zam yang tidak pernah kering, sejak ribuan tahunan yang silam, sekalipun tiap harinya dipam berjuta liter, sebagai tonggak jasa seorang wanita yang paling sabar dan tabah iaitu bonda Siti Hajar dan puteranya Nabi Ismail.
Akhirnya dalam keadaan seperti ini kita amat berharap, berusaha dan berdoa, mudah-mudahan kita semua, khususnya para pemimpin, para cendekiawan dalam berjuang tidak hanya mengutamakan kepentingan peribadi dan kelompok, tapi berjuang untuk kepentingan dan kemakmuran umat Islam seluruh dunia. Kendatipun perjuangan itu tidaklah mudah, memerlukan pengorbanan yang besar. Hanya orang-orang bertaqwa lah yang sanggup melaksanakan perjuangan dan pengorbanan ini dengan sebaik-baiknya.
Mudah-mudahan perayaan Aidul Adha kali ini, mampu menggugah kita untuk terus bersemangat, rela berkorban demi kepentingan agama dan mengembalikan Khilafah Islamiyah kelak...amiin 3x ya robbal alamin.

Comments
Post a Comment