FAHAMI DAN BERUBAHLAH .....
TAUBAT ?
TAUBAT ?
"Ini kali pertama seumur hidup saya , orang suruh saya bertaubat. sebelum ni, ramai yang suruh saya berubah, tak pernah suruh taubat!." seorang ayah berusia 40an agak terkejut dan tidak faham kenapa dia perlu bertaubat apabila ibu sarankan jalan keluar terbaik menghadapi 'kedegilan'nya sendiri dalam mendidik anak-anak. Menurut pandangannya semua orang sekitarnya bersalah..Guru-guru sekolah tadika anaknya semuanya salah kerana gagal didik anaknya, isterinya juga bersalah mengulangi perkara yang sama menyebabkannya sentiasa marah... Inilah luahan perasaannya yang 'sakit' dan buntu, tidak nampak jalan keluar. "Saya tak percaya dengan semua institusi pendidikan Islam ni..harapkan mahal aje, tapi anak saya macam tu juga!"
"Anak saya yang kecik tu degil..melawan!" luahnya, risau memikirkan kedegilan anak perempuan yang baru berusia 4 tahun. Memang kasihan melihatnya, kotak pemikirannya sudah rosak, tidak terfikir langsung melihat dalam dirinya sendiri..
Ibu timbang-timbang mencari ilham semoga sesi perbincangan di Dzar Western Food Bangi bersamanya berjalan lancar dan ada titik persamaan. Dia anak arwah abang saya.. Ya Allah ilhamkanlah...
"auntie pernah beri ceramah di sebuah sekolah kluster, sekolah menengah agama perempuan.., murid terpilih. Satu soalan sahaja auntie tanya, jika kamu lahirkan anak nanti, kamu hendak tak akhlak anak-anak kamu macam kamu semua? "
Jangan terkejut, apa jawapannya? "Tak mahu!!!"
"Macam mana auntie boleh tergerak hendak tanya soalan macam tu? " tanya ayah itu.
"Dapat maklumat dari guru-gurunya, majoriti pelajarnya 'GILA' cerita Korea, satu petanda yang merisaukan guru-guru"
Berbalik kepada kisah ayah yang buntu... Ibu bertanya kepadanya "apa yang kamu harapkan dari anak kamu?"
Jawabnya, "Mestilah harapkan anak yang baik.. saya nak anak saya jadi pemain bola sepak, dia tak minat tapi saya paksa dia..."
Keliru..bingung memikirkannya "tapi tulah...ada masa ajar anak main bola, tapi tak ada masa ajar Qur'an" selamba sahaja luahannya.
"Awak nak dia jadi hamba Allah atau jadi hamba awak?" Ibu mohon dia jelaskan kedudukan sebenarnya.
"Salah ke saya didik dia taat kepada ibu bapa?" Dia inginkan kepastian
Ibu cuba betulkan kefahamannya "anak akan taat kepada ibu bapa jika dia terlebih dahulu mentaati Allah, menjadi hamba Allah yang taat. Fitrah suci anak yang pertama adalah mentauhidkan Allah, kedua dia adalah pengbadi yang taat.Suburkan, ajak dia ke masjid solat berjemaah, sayang Allah, bersyukur pada Allah beri kita macam-macam nikmat"
"Ooooo baru saya faham, selama ni saya didik anak takut kepada saya, bukan taat" Kelopak matanya mulai merah, menakung air mata.
"Awak sudah baca buku "Ada Allah Dalam Hati Anak?" Ibu sekadar ingin mendapatkan kepastian setelah melihat reaksinya bersungguh-sungguh ingin mencarinya di Pesta Buku Serdang, membeli dan menjual buku yang berharga tersebut minggu lalu.
"Sudah! baru masuk bab 2..bagus tapi tak pasti saya boleh buat macam penulis tu..." Pengakuan yang keliru..
"Bagaimana keadaan di rumah? hari-hari kah awak marah?" Ibu minta kepastian
"Mestilah! semua degil! mana saya boleh sabar?" Luahannya lagi
"Jadilah suami yang baik kepada isterimu dan ayah yang baik kepada anak-anakmu..jadikan rumah tangga itu syurga, kerana marah dan jeritan itu me'neraka'kan mereka..Bertaubatlah, Allah sayang dan cinta orang yang bertaubat dan akan tunjukkan jalan-jalan keluar yang terbaik.."
Ibu jelaskan kajian seorang pakar otak dari Amerika yang datang ke Singapura, mengetengahkan 'filem X-ray' kajian anak-anak yang sering ditengking, bahagian cortex otaknya menjadi hitam dimana penyambung saraf banyak sudah terputus 'short' dan terbakar. Bila cortex ni rosak, anak tak mampu nak faham apa yang dipelajarinya di sekolah. Telinganya tidak menjadi perakam yang baik, matanya tidak mampu merakam gambar yang baik untuk qalbunya..Jiwanya kelaparan, tiada makanan roh..
"Fitrah suci anak-anak dirosakkan oleh ibu bapa..besar dosanya..di Akhirat nanti apa yang kita nak jawaab di hadapan Allah SWT..? Semuanya bermula dengan IMAN. Belajar dan fahamilah bahawa Islam itu indah dan mudah. Masih belum terlambat untuk kita semua bertaubat!!"
Ibu rasa bersalah juga, sejak mereka kecil, tidak berani hendak menegur anak-anak saudara agar belajar tentang Islam..Bila tak belajar tentang Islam secara menyeluruh, lengkap dan bersepadu, mereka tidak faham dan tidak nampak keindahan Islam. Bersabarlah..doakan anak-anak saudara, anak-anak didik dan anak-anak orang lain seperti anakmu sendiri..
"Ya Allah , bebaskanlah semua mukmin itu, di mana sahaja mereka berada dari tawanan syaitan . Inilah permohonanku selama-lamanya dan segalanya aku serahkan kepada-MU"

![]() |
Bimbinglah anak-anak menjadi soleh dan musleh |

Comments
Post a Comment