Agar Mata Rantai Tarbiyah Islamiyah Tidak Terputus

Alhamdulillah, dengan izin Allah jua  ibu baru selesai edit yg  terakhir  setelah hampir  dua tahun mengandungkan intipati 'Kaunseling Rabbani.' Pelbagai cara Allah permudahkan  setelah meminta pandangan dua pakar kaunselor  dan dua pakar  psiaktri. Alhamdulillah banyak sudut  dapat  diperbaiki. Allah izin ibu dibantu dan dipermudahkan  mendapatkan kata aluan salah seorang daripada presiden NGO. Insya Allah buku ini milik ummah dan perlu digerakkan  dalam satu team yang mantap untuk mengaktifkan serta memperkasakan  Halaqah di setiap sudut dan ceruk penjuru masyarakat seluruh dunia. Hidupkan halaqah (ijaz rakaiz) merupakan mata rantai kita warisi  daripada Rasulullah SAW. Tanpa  halaqah maka akan terputuslah mata rantai tersebut dan kita mudah disambar oleh jahiliyah.

Setelah mendapat respon dari pakar-pakar baru ibu tersedar  bahawa  kaunseling Rabbani  itu adalah Tarbiyyah Islamiyah itu sendiri  yang kita warisi  daripada generasi  awal iaitu Generasi Al-Qur'an yang Unik yang dididik terus oleh kaunselor  agung Rasulullah SAW. 

Subhanallah, ada hikmah terbesar di sebalik takdir  Allah  ibu berhijrah  ke Perlis dapat menyaksikan dengan mata kepala  sendiri perjalanan tarbiyah  yang  berlaku  di Matri. Hubungan  guru-guru  bagaikan adik beradik saling lengkap melengkapi antara satu sama lain, walaupun kami dilahirkan oleh ibu dan ayah yang berbeza. 

Menulis  buku  bukan sekadar  idea semata-mata  tetapi realiti  yang  wujud dan amat sukar  kita temui di tempat lain yang  biasanya  amat mementingkan diri sendiri  dan keluarga masing-masing.  Kehidupan lebih indah  jika  kita saling membantu antara satu sama lain. 

Ibu dapat rasakan  buku  'Kaunseling Rabbani' adalah hasil gabungan idea dan pengalaman dari  pakar-pakar dan secara rasminya  menjadi milik ummah bukan milik  ibu seorang. Doakan sentuhannya membangkitkan kita semua  untuk membangunkan ummah menjadi  ummah terbaik 'Khairul Ummah'

Syukur Allah izin ibu berpeluang  mendengar kembali bahan Tarbiyyah  daripada  CMAZA pada hari Selasa malam Rabu yang lalu. Dimulakan dengan bacaan Al Qur'an oleh Dr  Noram iaitu surah Al-Anfal ayat 125-128.
Tajuk yang diberikan adalah 'Allah Memuliakan Kita Dengan Islam'

Allah memuliakan kita dengan islam dan dakwah Islamiyah melalui UDMZ yang memperkenalkan manhaj ini pada penghujung  1970an. Ada  yang sudah meninggalkan kita dan ada yang menanti giliran dijemput  oleh Allah SWT.
Dakwah dan Tarbiyah adalah kehidupan kita. Memang  tidak boleh dipisahkan  daripada qalbu dan jiwa kita. Dakwah dan Tarbiyah (D&T)  ini berasaskan hubungan kita dengan Allah sebagai Rabb yang Maha pencipta dan maha Pengatur. Kiranya tiada Ubudiyyah maka tiada makna kehidupan kita yang sebenarnya.

Kita perlu yakin bahawa ini adalah titah perintah Allah dalam  kehidupan setiap Muslim. As  Syahid Syed Qutb telah menjelaskan bahawa  generasi sahabat  dahulu melaksanakan titah perintah Allah ini bagaikan askar dalam medan perang. kalau suasana  patuh ini boleh berlaku pada zaman awal dahulu, mengapa  tidak boleh berlaku pada diri kita?

Sesungguhnya hal ini boleh berlaku  kepada  generasi awal dahulu, kerana mereka adalah golongan yang beriman dahulu sebelum didatangkan Al-Qur'an. Ini jelas bahawa iman mereka itu dapat memahami dan melaksanakan Uluhiyyahtillah subhanahu wa ta ala. UDMZ pernah menyebutnya sebagai 'masdar wahid'

Generasi awal itu seolah-olah Al-Qur'an  yang  berjalan di bumi Allah kerana  dalam jiwa para sahabat  itu ada IMAN. Iman adalah milik Allah SWT. Allah memuliakan generasi awal dengan IMAN terlebih dahulu. lalu mereka  melaksanakan perintah Allah dalam kadar segera  seolah-olah atau laksana askar berada di medan perang. Ini sebenarnya menuntut kita untuk kembali kepada sumber kekuatan yang utama. Ubudiyyah dan D&T seperti  mereka  dahulu.

Kalau kita  tidak persoalkan persoalan Al-Uluhiyyah, maka tidak akan lahir generasi  seperti yang pernah wujud dalam tarbiyah Islamiyah di peringkat  awal dahulu. Mereka bukan sahaja memahami cara hidup Islam,  tetapi mereka  faham jahiliyah itu sendiri. Mereka lalu melaksanakan titah  perintah Allah, membangunkan Islam dan berusaha menruntuhkan Jahiliyah. Jika  tidak  berusaha  meruntuhkan jahiliyah maka amat lah merbahaya  untuk generasi akan datang.

Jahiliyah ini adalah dalam bentuk sistem yang perlu kita hadapi dengan sistem juga. baharulah dapat kita  kalahkan jahiliyah. Dalam  menghadapi suasana  dhahurat  ini, adalah perlukan kelangsungan  TIH.

Walaupun kita berada di tengah-tengah  jahiliyah, hendaklah kita bina kefahaman yang benar. Kita perlu 'uzlah syuuriyyah  tammah' jangan ada walaupun sedikit  jahiliyah cuba bertapak dalam qalbu kita. 

Hubungan generasi pertama  dengan aqidah sejak awal lagi menghadapi dengan yakin perancangan musuh dalam berusaha  meruntuhkan Islam.
Generasi Al-Qur'an itu  berada di dalam Acuan Allah, 'sibagatallah...Al abidun

Manhaj yang kita bawa ini diwarisi daripada  UDMZ yang ditarbiyah oleh Abu Ammar. Abu Ammar ditarbiyah oleh Dr Abd Karim Zaidan. Manakala  Dr Abd Karim Zaidan ditarbiyah oleh mahmood As Sowwaf terus dari Imam As Syahid  Hasan Al bana. 
Almarhum telah membawa pulang dari Iraq  manhaj ini 6 ciri  yang jelas  iaitu;

1. Model Tarbiyyah bersumberka daripada Al-Qur'an
2. Model Ar Rsul SAW
3. manhaj  yang syamil dan kamil
4. manhaj yang waqie - sepatutnya  kita mempunyai  jiwa yang sama dalam konteks tarbiyyah ini. Serahkan semua sekali qalbu dan jiwa  untuk dididik  oleh Rasulullah saw. Proses  membangunkan Islam  dan meruntuhkan jahiliyah  dalam qalbu dan jiwa  kita sekiranya kita inginkan perubahan, fahamilah  bahawa  qalbu kita berkarat  laksana besi yang ada di luar sana. Cara merawatnya  adalah dengan membaca Al-Quran dan ingat mati.
5. Biah solehah, qalbu dan jiwa kita sentiasa ditarbiyyah
6. Perlu ada  murabbi/ murabbiyah  dan ada pula mutarobbi/ mutarobbiyah untuk dididik  dan mendidik diri sendiri. 
Allah  muliakan kita  denga manhaj ini sebenarnya. Mereka dahulu adalah pelaksana / berusaha dan Allah memuliakan kita. 
Kita telah dimuliakan Allah dengan anugerah institusi-institusi tertentu,
Hadhonah (Nursery)
Tadika
SRAATI
MATRI
IPTIPS
Ini semua memerlukan ibadah mencari  redha  Allah. Mendidik mereka semua amat memerlukan tenaga
Kita perlu mempunyai satu visi untuk menjadi Khairul Ummah yang menghayati secara menyeluruh surah  Al Imran: 110

Khair adalah khair di kalangan anggota seluruhnya, khair dari segi akhlak, khair di kalangan  persaudaraan, khair dari segi tanzim, khair dari segi organisasi. Menjadi anggotanya  adalah mereka  yang memahami hakikat  D & T.

Kemahiran amat diperlukan dalam  memrealisasikannya

Misi kita adalah dakwah memimpin dan membangunkan ummah.
Kita perlu membantu institusi kita dalam segenap aspek agar institusi kita dapat  melahirkan khairul  ummah. Semuanya berasaskan keimanan kepada Allah. Inilah pusat kembalinya

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil