Sentuhan Kasih Ayat-Ayat Qur'an

Tiga hari sebelum Ramadhan sempat  kami adakan halaqah 'Hidup Bersama Al-Qur'an'  berkongsi teknik untuk menikmati  kelazatan  taddabur dan memahami ayat-ayat Qur'an. Jazakillahu khyran kathira murabiyyah tercinta di atas perkongsian yang sungguh bermakna. Beliau mencadangkan ibu sediakan dua buku catatan, satu untuk catat ayat Qur'an dan tafsirnya. Satu lagi catat hadis berkaitan ayat yang dipilih. Memng sungguh bermakna teknik ini, apa lagi gabungkan dengan teknik ustaz Hadi Hidayat. Tasmi' bacaan depan Murabbi. 
Akan kubawa risalah ini  bersama programku sepanjang Ramadhan dan selepasnya, InsyaAllah....
Ya  Allah, terima kasih. Sungguh memang melalui teknik ini nikmat Al-Qur'an  amat dirasai.  Amalkan dengan membaca satu surah dahulu, kemudian pilih satu ayat  yang menyentuh jiwa, kemudian baca pelbagai  tafsirnya dan hafal ayat itu berulang-ulang dalam solat sunat hingga sebati dalam jiwa... 
Mungkinkah ini Ramadhan terakhir kita?


Berikut  adalah tujuan-tujuan membaca Al qur'an yang perlu kita  semarakkan dalam jiwa kita sepanjang  masa.

 
كثير من إخواننا المسلمين لا يقرأ القرءان إلا بقصد الثواب والأجر وقصر علمه عن عظيم نفع القرءان وأنه كلما قرأ القرءان بنية نال فضلها كما قال النبي ﷺ إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل أمريء ما نوى..الحديث.
 Ramai drp kalangan saudara muslim kita ketika membaca alQuran berniat semata²-mata  untuk pahala dan masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar alQuran, iaitu seseorang akan mendapat apa shja yang dia niatkan ketika dia membaca alQuran. Ini sebagaimana yang diberitahu oleh Saidina Rasulullah SAW : Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan
فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها:
AlQuran itu adalah panduan cara hidup, manakala niat itu pula adalah perniagaan para ulama utk mendapat keuntungan.
Daripada dua prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dengan sebahagian daripada niat-niat ketika membaca alQuran, antaranya :
1- اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya
2- اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan memohon hidayah daripada Allah SWT
3- اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allahh.
4- اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zahir dan batin.
5- اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya drp kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman)
6- اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب.
 Saya niat baca alQuran ini kerana ia merupakan rawatan bagi hati yang keras, dengan alQuran ini hati menjadi tenang, hidup dan ma'mur (dengan iman)
7- اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan/hidangan dari Allah Taala.
8- اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين.
 Saya niat baca alQuran ini supaya saya tidak ditulis termasuk daripada kalangan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis daripada kalangan orang yang mengingati Allah.
9- اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah
10- اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang menyuruh untuk membaca alQuran dengan tartil.
11- اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف 10 حسنات والله يضاعف لمن يشاء.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia mahu.
12- اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat alQuran pada hari kiamat kelak
13- اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW
14- اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat darjat saya dengan alQuran dan mengangkat darjat umat ini dengan alQuran
15- اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan juga utk ibubapa saya juga semoga dipakaikan dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia
16- اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk dekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya
17- اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar dimasukkan daripada kalangan ahlillah dan daripada kalangan orang-orang yg khusus
18- اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan (agar digolongkan dari kalangan) orang yang mahir membaca Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat
19- اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah
20- اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasai kebersamaan Allah SWT
21- اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan/mensia-siakan umur
22- اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi baik bagi saya dan tidak pula menjadi saksi buruk ke atas saya.
23- اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.
24- اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.
25- اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah
26- اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب.
 Saya niat baca alQuran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran)
27- اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat
28- اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan dirinya akan segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran
29- اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar ia menjadi peneman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.
30- اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW
31- اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.
32- اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.
33- اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة.
 Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.
فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد.
Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya; yang mana keuntungan itu, Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.
منقول للامانه
 Dinaqalkan dengan amanah

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil