Doa Hari Arafah & Hari Kemerdekaan ke-60


Alhamdulillah ramai yang share di FB dan WahtsApp  tentang  doa Hari Arafah. Hari ini Jemaah Haji sudah mulai bergerak menuju ke Arafah...Di sini ibu share bahan yang disebarkan itu, semoga bermanfaat, Insya Allah
Sabda Rasulullah SAW:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: "Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah.."
Jika diteliti hadis Nabi s.a.w ini, Nabi s.a.w tidak menyatakan sebaik-baik doa itu ketika waktu wukuf, tetapi dinyatakan sebaik-baik doa pada HARI Arafah.
Bilakah hari Arafah?
Syeikh Dr. Wahbah az-Zuhaili rahimahullah dan kebanyakan ulama yang lain menyatakan hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah. Bermaksud, sepanjang hari 9 Zulhijjah ini keseluruhannya adalah doa mustajab.
Adapun bagi orang-orang yang mengerjakan haji di Mekah, mereka perlu melaksanakan satu rukun haji yang dipanggil wukuf di Padang Arafah.
Sabda Nabi s.a.w:
الحج عرفة
Maksudnya: "Haji itu (berwukuf) di padang Arafah."
Waktu wukuf bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Maka oleh itu, bagi orang yang mengerjakan haji mereka digalakkan berdoa ketika sepanjang waktu wukuf oleh kerana ketika itu merupakan gabungan yang sangat cantik iaitu berada pada 9 Zulhijjah dan dalam keadaan berwukuf di padang Arafah. Maka insyaAllah mustajab doa berganda-ganda.
Oleh kerana itu, jelas di sini sepanjang hari Arafah merupakan hari doa mustajab. Cuma bagi orang yang mengerjakan haji ada keistimewaan tersendiri dalam mencari doa mustajab yang lebih mustajab.
Manakala bagi mereka yang tidak mengerjakan haji juga ada cara tersendiri untuk mencari doa mustajab yang lebih mustajab pada hari Arafah iaitu dengan berpuasa pada hari berkenaan.
Nabi s.a.w bersabda:
ثَلاثَةٌ لا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ..
Maksudnya: " Tiga doa yang tidak akan ditolak Allah (bermaksud sangat mustajab) iaitu doa seorang pemimpin yang adil, doa orang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.."
Kesimpulannya, tidak perlulah kita bersusah payah untuk menyesuaikan atau convert waktu wukuf di padang Arafah dengan waktu di Malaysia kerana masing-masing ada keistimewaan masing-masing. Islam tidak akan sesekali menyempitkan ruang ibadah kepada umatNya. Berdoalah pada mana-mana waktu sepanjang kita berpuasa di hari Arafah kerana ianya mustajab dan mujarab insyaAllah.
~ Selamat menikmati ibadah di hari yang berkah.
Berikut di antara senarai doa yang diubah suai dari   FB  Pesan Bonda;
Dahulu memuji-muji Allaah, Selawat dan Salam untuk Rasul junjungan ,  memohon ampun kepada Allah 
1. Ya Allah kurniakanlah pada kami  Kejayaan dan keuntungan  terbesar di sisi-MU  di dunia dan akhirat - selamatkan kami  dari azab  api neraka dan masukkan kami  ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah  kami  dan keluargaku dalam golongan  orang-orang yang beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami di padang Mahsyar nanti
3. Ya Allah, Kurniakanlah pada kami Husnul Khotimah,  kematian yang diberkati dan Engkau redhai.  Permudahkan kami  mengucapkan syahadah sebelum kami  menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah kami  syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah kami  dalam dalam kalangan/ golongan  umat  Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam kami   dari azab neraka. Kurniakan mereka hidayah untuk memeluk  Islam.
6. Ya Allah, satukan dan himpunkan   kami dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang kami  sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan kefahaman  kami terhadap Deen   dan terimalah  ibadah kami. Selamatkan  kami  daripada  segala  kejahatan nafsu kami  dan izinkan  kami  menginfaq diri, masa, idea dan harta kami hanya untuk memenangkan Deen-MU.
8. Ya Allah terimalah amal soleh kami  dan tingkatkan pahala dan rahmat-MU  untuk kamai. Padamkan dosa-dosa kami  dan ampunkan  kami  sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untuk kami  dan selamatkanlah  kami  dari kehinaan pada hari perhitungan amal.
9. Ya Allah, apabila telah sampai ajal kami, tenangkan  jiwaku, terimahlah roh kami dalam keadaan redha dan diredhai  dan semoga  rekod amalanku menjadi amalan tertinggi di sisi-MU
10. Ya Allah kurniakan  kami, ibu bapa kami, keluarga dan anak cucu kami  hidayah dan taufiq-MU, kurniakan  kesyukuran, kesabaran dan  ketabahan dan Tingkatkan Iman kami .
11 Ya Allah, masukkan  kami  dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arasyh   Mu.
12. Ya Rabb kami, kukuhkan Tauhid kami, tingkatkan keyakinan dan tawakkal kami hanya kepadaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaan kami hanya untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah kami  dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu yang berkah dan berlimpah ruah untuk Deen-MU
15 Ya Allah berilah  kami  lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaan-Mu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niat kami  hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Hapuskan segala sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat dari jiwa kami. Bersihkan jiwa kami dari segala penyakit mazmumah dan gantikannya dengan sifat-sifat Mahmudah.
17. Ya  Allah, jangan biarkan kami  bertindak bersendirian walaupun dalam sekelip mata. Berkati kami  dengan pasangan yang Engkau redhai i dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mata kami dan meneruskan kerja Dakwah dan tarbiyah kami.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah dunia, fitnah Dajjal, fitnah azab kubur dan api neraka
20. Selamatkanlah kami dari hasad dengki orang-orang yang membenci kami. ampunilah dosa-dosa mereka  dan kurniakanlah mereka hidayah dan taufiq-MU
21 Ya Allah, tingkatkanlah usaha kami  dalam amal soleh terutama  kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkati hidup kami  dengan kesihatan yang baik, agar  kami  dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayat kami.
23 Ya Allah, lindungi kami dan makbulkan doa-doa kami dan seluruh umat Islam dalam menentang  dan menghancurkan penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidup kami  dengan amalan soleh yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah kami  dari api neraka. Sesungguhnya kami amat dan  memang memerlukan kurniaan dari Mu  sahaja  Ya Allah.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuran kami  semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan kami dari sifat  kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan kami wafat di bumi Nabi-Mu.
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan segala keburukan dan kemaksiatan. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.Kasihanilah mereka dan sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kami semasa kami kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kekufuran, putus asa, salah laku dan kesyirikan.
31 Ya Allah berikan kekuatan dan kesabaran untuk  mengurus masa kami dengan aktiviti yang bermanfaat untuk ummah. Jangan biarkan kami lalai dengan melayan  kemalasan dan tidur...
Banyak lagi doa bermanfaat

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil