Antum Pewaris Syurga Firdaus?

Selepas perkongsian  tajuk 'Seronoknya Menjadi Remaja' untuk putera puteri Matri tingkatan 1, pihak urusetia mohon ibu pertimbangkan untuk memenuhi kekosongan ahli panel   forum bertajuk 'Hebat Bersama Al-Qur'an'  Lihat tajuk sahaja  sudah kecut perut sebab itu bukan bidang ibu. Ibu  sarankan urusetia hubungi dua orang ustazah yang memang pakar dalam bidang Al-Qur'an di Matri. 
"tak apa kak, umum sahaja pengalaman  harapan seorang ibu yang berharap agar anak-anaknya  sentiasa hebat bersama Al-Qur'an" Pujuk urusetia tersebut. Ibu minta pandangan suami terlebih dahulu, kerana beliaulah guru Al-Qur'an ibu setiap hari. "Cakap sahaja pengalaman dan harapan seorang ibu" katanya.  Hanya satu hari nak prepare memang tak sempat. Ibu  bertekad hendak ulang sahaja kandungan yang disampaikan dalam slot 'Seronoknya Menjadi Remaja' kerana pendengarnya  adalah semua pelajar Matri termasuk  pelajar Khassah. Ada kaitan rapat dengan  sebuah hadits yang diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى، قيل ومن يأبى يا رسول الله؟! قال: من أطاعني دخل الجنة، ومن عصاني فقد أبى
Setiap umatku akan masuk syurga, kecuali orang-orang yang enggan (tidak mahu/ tidak sudi) untuk memasukinya. Ada seseorang yang bertanya, siapakah orang yang enggan tersebut wahai Rasulullah ? Beliau bersabda, “Barangsiapa mentaatiku (ikut sunnahku)akan masuk syurga, barangsiapa tidak taat kepadaku (tidak ikut sunnahku) sungguh dia orang yang enggan (tidak  mahu ) masuk syurga

Brother Nouman Khan menjelaskan tentang  matan satu hadis yang pernah dipelajarinya. Menurutnya  hadis itu menjelaskan bahawa  Allah subhanahu wa taala sudah ciptakan untuk setiap hamba-Nya  rumah di syurga. Tetapi sayangnya   tidak semua manusia akan sampai ke syurga. Semua orang beriman akan  sampai ke syurga tetapi tidak semua akan sampai ke syurga tertinggi (Firdaus). Ikut  keikhlasan dan kesungguhan mereka  memenangkan Deen Allah di muka bumi ini. Ketika orang-orang beriman dan bertaqwa sampai ke syurga, menghuni rumah masing-masing didapati banyak rumah di sekitarnya  tidak berpenghuni. 
Rumah-rumah itu sudah siap tetapi para pewarisnya tidak mahu datang mewarisi hadiah  dari Allah. Mereka yang sampai di syurga (kampung akhirat)  bukan hanya  menghuni warisan mereka, bahkan  berpeluang mewarisi atau memiliki rumah-rumah lain yang tidak diambil  atau tituntut oleh para pewarisnya. Ke manakah  mereka? Mengapa mereka  tidak  sampai ke syurga? Sama-sama kita fikirkan betapa hebatnya  Al-Qur'an menceritakan tentang  keadaan di kampung  akhirat  melalui Rasul-Nya. Masya Allah...

Hakikatnya  ada ramai manusia  tidak sampai ke syurga...Mengapa? 
Tepuk  dada, tanya iman. Tanpa iman  kita tidak mampu menjawabnya. Punca  lemahnya iman kerana  cinta  dunia menyebabkan manusia itu  ghaflah atau lalai
Sebenarnya Allah jadikan manusia untuk diberikan kasih dan pengampunan tapi kebanyakan manusia enggan dan tidak mahu ambil tahu (tidak belajar). Allah tidak bermaksud melemparkan hamba-hamba-Nya ke dalam neraka . Allah cipta kita untuk mewarisi syurga tetapi kebanyakan manusia memilih sebaliknya. nauzubillahi min zalik.

Firman Allah subhanahu wa taala; 

اِلَّا مَنۡ رَّحِمَ رَبُّكَ​ ؕ وَلِذٰلِكَ خَلَقَهُمۡ​ ؕ وَتَمَّتۡ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَاَمۡلَـئَنَّ جَهَـنَّمَ مِنَ الۡجِنَّةِ وَالنَّاسِ اَجۡمَعِيۡنَ‏ 
Maksudnya;
"Kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimah (keputusan) Tuhanmu telah tetap. "Aku pasti akan penuhi neraka jahannam dengan sekelian jin dan manusia (yang derhaka)" (surah Hud: 119)

Dalam surah Al -A'raf ayat 179, firman Allah;

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ 
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Firman Allah Swt.:
{وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ}
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka Jahannam. (Al-A'raf: 179)
Artinya, Kami ciptakan dan Kami jadikan mereka untuk isi neraka Jahannam.
{ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ}
kebanyakan dari jin dan manusia. (Al-A'raf: 179)
Kami sediakan mereka untuk isi neraka Jahannam, dan hanya amal ahli nerakalah yang mereka kerjakan. Kerana sesungguhnya Allah Swt. ketika hendak menciptakan mereka, Dia telah mengetahui apa yang bakal mereka amalkan sebelum kejadian mereka. Lalu hal itu Dia catatkan di dalam suatu kitab (Lauh Mahfuz) yang ada di sisi-Nya, yang hal ini terjadi sebelum langit dan bumi diciptakan dalam tenggang masa lima puluh ribu tahun. 
Hal ini seperti yang disebutkan di dalam kitab Sahih Muslim melalui riwayat Abdullah ibnu Amr, bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda:
"إِنَّ اللَّهَ قَدَّرَ مَقَادِيرَ الْخَلْقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ، وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ"
Sesungguhnya Allah telah mencatat takdir-takdir makhluk-(Nya) sebelum Dia menciptakan langit dan bumi dalam jarak masa lima puluh ribu tahun, sedangkan A'rasy-Nya berada di atas air.
Di dalam kitab Sahih Muslim pula telah disebutkan melalui hadis Aisyah binti Talhah, dari ibu saudaranya ( Siti Aisyah r.a., Ummul Mu’minin). Dia telah menceritakan: 
دُعِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى جِنَازَةِ صَبِيٍّ مِنَ الْأَنْصَارِ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ طُوبَى لَهُ، عُصْفُورٌ مِنْ عَصَافِيرِ الْجَنَّةِ، لَمْ يَعْمَلِ السُّوءَ وَلَمْ يُدْرِكْهُ. فَقَالَ [رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ] أَوَ غَيْرَ ذَلِكَ يَا عَائِشَةُ؟ إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ الْجَنَّةَ، وَخَلَقَ لَهَا أَهْلًا وَهُمْ فِي أَصْلَابِ آبَائِهِمْ، وَخَلَقَ النَّارَ، وَخَلَقَ لَهَا أَهْلًا وَهُمْ فِي أَصْلَابِ آبَائِهِمْ"
bahawa Nabi Saw. diundang untuk menghadiri pemakaman jenazah seorang bayi dari kalangan kaum Ansar. Lalu Siti Aisyah berkata, "Wahai Rasulullah, beruntunglah dia, dia akan menjadi burung pipit syurga, dia tidak pernah berbuat keburukan dan tidak menjumpainya." Maka Rasulullah Saw. bersabda: Hai Aisyah, tidaklah seperti itu. Sesungguhnya Allah telah menciptakan syurga dan Dia telah menciptakan pula para penghuninya, sedangkan mereka masih berada di dalam sulbi bapak-bapak mereka. Dan Allah telah menciptakan neraka, dan Dia telah menciptakan pula para penghuninya, sedangkan mereka masih berada di dalam sulbi bapak-bapak mereka.
Di dalam kitab Sahihain, melalui hadis Ibnu Mas'ud disebutkan seperti berikut:
ثُمَّ يَبْعَثُ إِلَيْهِ الْمَلِكَ، فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ، فَيَكْتُبُ: رِزْقَهُ، وَأَجَلَهُ، وَعَمَلَهُ، وَشَقِيٌّ أَمْ سَعِيدٌ".
Kemudian Allah mengirimkan malaikat kepadanya, malaikat diperintahkan untuk mencatat empat kalimat. Maka dicatatlah rezekinya, ajalnya, dan amalnya serta apakah dia orang yang Celaka ataukah orang yang berbahagia
Dalam pembahasan yang lalu telah disebutkan bahawa ketika Allah mengeluarkan anak-anak Adam dari sulbinya dan menjadikan mereka dua golongan, yaitu golongan kanan dan golongan kiri, maka Allah berfirman:
"هَؤُلَاءِ لِلْجَنَّةِ وَلَا أُبَالِي، وَهَؤُلَاءِ لِلنَّارِ وَلَا أُبَالِي".
Mereka untuk menghuni syurga dan Aku tidak peduli. Dan mereka untuk menghuni neraka dan Aku tidak peduli.
Hadis-hadis yang menerangkan masalah ini cukup banyak. Masalah takdir memang merupakan suatu pembahasan yang cukup panjang, tetapi disebutkan dalam kitab yang lain, bukan kitab ini tempatnya. 
*******************
Firman Allah Swt.:
{لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا}
mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata(tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan­nya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). (Al-A’raf: 179)
Dengan kata lain, mereka tidak memanfaatkan sesuatu pun dari indera-indera ini yang telah dijadikan oleh Allah sebagai alat/ kemudahan  untuk mendapat hidayah, seperti pengertian yang terkandung di dalam ayat lain melalui firman-Nya:
وَجَعَلْنَا لَهُمْ سَمْعًا وَأَبْصَارًا وَأَفْئِدَةً فَمَا أَغْنَى عَنْهُمْ سَمْعُهُمْ وَلا أَبْصَارُهُمْ وَلا أَفْئِدَتُهُمْ مِنْ شَيْءٍ إِذْ كَانُوا يَجْحَدُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ
dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan, dan hati; tetapi pendengaran, penglihatan, dan hati mereka itu tidak berguna sedikit jua pun bagi mereka, kerana  selalu mengingkari ayat-ayat Allah (al Ahqaf: 26) hingga akhir hayat
{صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ}
Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar). (Al-Baqarah: 18)
Demikianlah sifat orang-orang munafik. Sedangkan mengenai sifat orang-orang kafir, Allah Swt. telah berfirman:
{صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَعْقِلُونَ}
Mereka tuli, bisu, dan buta; maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti. (Al-Baqarah: 171)
Pada kenyataannya mereka tidak tuli, tidak bisu, dan tidak buta, melainkan hanya terhadap hidayah, seperti yang disebutkan oleh Allah Swt dalam firman-Nya:
{وَلَوْ عَلِمَ اللَّهُ فِيهِمْ خَيْرًا لأسْمَعَهُمْ وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ لَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ}
Kalau kiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar. Dan jikalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar, niscaya mereka pasti berpaling juga, sedangkan mereka memalingkan diri (dari apa yang mereka dengar itu). (Al-Anfal: 23)
فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الأبْصَارُ وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ}
Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. (Al-Hajj: 46)
{وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ * وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ}
Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Qur'an), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan); maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk. (Az-Zukhruf: 36-37)
*******************
Adapun firman Allah Swt.:
{أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ}
Mereka itu seperti binatang ternak (Al-A'raf: 179)
Maksudnya, mereka yang tidak mahu mendengar perkara yang hak, tidak mahu menolongnya serta tidak mahu melihat jalan hidayah adalah seperti binatang ternak yang terlepas bebas. Mereka tidak dapat memanfaatkan indera-indera tersebut kecuali hanya yang berkaitan dengan masalah kedumavrfiannya saja. Perihalnya sama dengan yang disebutkan di dalam firman-Nya:
{وَمَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا كَمَثَلِ الَّذِي يَنْعِقُ بِمَا لَا يَسْمَعُ إِلا دُعَاءً وَنِدَاءً
Dan perumpamaan (orang yang menyeru) orang-orang kafir adalah seperti penggembala memanggil binatang yang tidak mendengar selain panggilan dan seruan saja. (Al-Baqarah: 171)
Perumpamaan mereka di saat mereka diseru kepada keimanan sama dengan hewan ternak di saat diseru oleh penggembalanya; ternak itu tidaklah mendengar selain hanya suaranya saja, tanpa memahami apa yang diserukan penggembalanya. Kerana itulah dalam ayat ini mereka disebutkan oleh firman-Nya:
{بَلْ هُمْ أَضَلُّ}
Bahkan Mereka lebih sesat Lagi (Al Araf : 179)
Yakni lebih sesat daripada haiwan ternak, kerana haiwan ternak adakalanya memenuhi seruan penggembalanya di saat penggembalanya memanggilnya, sekalipun ia tidak mengerti apa yang diucapkan penggembalanya. Lain halnya dengan mereka. Haiwan ternak melakukan perbuatan sesuai dengan apa yang diciptakan untuknya, adakalanya berdasarkan tabiatnya, adakalanya pula kerana ditundukkan. Lain halnya dengan orang kafir, kerana sesungguhnya dia diciptakan hanya semata-mata untuk menyembah Allah dan mengesakan-Nya, tetapi ternyata dia kafir dan mempersekutukan-Nya.
Kerana itu, disebutkan bahawa barang siapa yang taat kepada Allah, maka dia lebih mulia daripada malaikat ketika di hari dia kembali ke alam akhirat. Dan barang siapa yang kafir kepada Allah, maka haiwan ternak lebih sempurna daripadanya. Kerana itulah disebutkan oleh firman-Nya:
{أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ}
Mereka itu seperti haiwan ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raf: 179)

Sila rujuk tafsir  berikut ;
http://www.ibnukatsironline.com/2015/05/tafsir-surat-al-araf-ayat-179.html

Penjelasan  oleh Ibn Katsir  sudah terang lagi bersuluh memudahkan kita membuat pilihan muktamat bahawa  ia berbalik kepada masalah hati (qalbu) samada diproses dengan betul atau tidak?  Samada  kita memilih ingin mengenal Allah  atau sebaliknya. tidak kenal maka tidak cinta.  Fokus  tarbiyah adalah di hati (qalbu). Mereka ada hati tetapi tidak dimanfaatkan untuk memahami ayat-ayat Allah, mereka tidak gunakan hati dengan cara yang betul sedangkan Allah  Maha Baik,  dalam jiwa sudah Allah installkan program-Nya, iaitu  fitrah;
i.  Mentauhidkan Allah
ii. Menjadi pengbadi yang taat
iii. menjadi ketua atau khalifah
iv. Bakat dan kecerdasan tertentu
v. jelas jantina lelaki berbeza  dari wanita

Adakah kesemua manusia menyuburkan kelima-lima program Allah itu?  
Jika tidak merujuk Al-Qur'an dan sunnah Rasulullah sebagai manual kehidupan kita, maka fitrah itu sengaja dirosakkan. Sengaja memilih untuk merosakkan  fitrah itu dengan memilih tarbiyah selain dari  'acuan Allah'  maka mereka inilah yang enggan masuk syurga. Apabila kita jauh dari Al-Qur'an maka kelima-lima fitrah itu akan rosak. Apabila  qalbu rosak maka kecenderungan mata dan telinga digunakan untuk bermaksiat. Wallahu alam





Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil