Covid-19 Membawa Kita Kembali Kepada Fitrah

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah 
Lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian hanya  milik Allah yang Maha Mengetahui segala apa mengikut keperluan  para hamba-Nya. Sejak November 2019 hingga  kini, jelas rahmat Allah melanda dengan berlakunya  GERHANA Bumi. Aktiviti mengejar dunia  kini tergendala dengan PKP (Perintah Kawalan Pegerakan), bahkan ada negara  yang hentikan serta merta  dengan perintah  berkurung ( Lock Down). 

Masha Allah, betapa hebatnya Allah mendidik para hamba-Nya  hanya  dengan menghantar  prajurit  'virus  corona' untuk menginsafkan semua manusia. Mudah-mudahan  semua manusia  kembali kepada  fitrah ciptaan-Nya untuk mengabdikan diri hanya sanya  kepada-Nya.  

Selawat dan salam ditujukan kepada  junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, laum keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar  serta jiwa-jiwa  yang ikhlas  mengabdikan diri  hanya  sanya kepada  Allah SWT  hingga  hari Kiamat. 

Diam-diam, rupa-rupanya  sudah lebih setengah bulan ibu bercuti 'post'  bahan atau artikel  dalam blog ini... Gerhana...Aktiviti itu tergendala  gara-gara  khusyuk menghayati  kisah Ertugrul. Dalam kisah Ertugrul memang  banyak pengajaran yang ibu pelajari, khususnya  peranan ulama bernama  Ibn Arabi sebagai penasihat Ertugrul yang tidak putus-putus  mendidik dan mendoakan. Harapannya agar akan ada  generasi pewaris  dari keturunan Ertugrul akan menawan kota Contantinapole. 

Rupa-rupanya  hendak menyiapkan calon atau tokoh pahlawan  seperti Sultam Muhammad Al Fateh bukan bermula dari satu atau dua generasi, bahkan 3-4 generasi terdahulu atau sebelumnya. Begitu juga  harapan ibu, semoga  semua dari generasi pewaris  ibu yang dididik di bawah madrasah Rasulullah SAW akan menyambung  kerja-kerja dakwah  dan tarbiyah hinggalah hari kiamat nanti. 

Malam tadi baharu selesai  Session 4, dan sedang  berusaha selesaikan Session 5 sebelum Ramadhan nanti. Tidak sabar hendak tahu perkembangan Osman (anak ke-3 Ertugrul) dididik dan dibesarkan. Peranan nenek seperti bonda  Hyme (ibu Ertugrul) juga  sangat penting  dalam proses  melahirkan tokoh utama itu.

Kehadiran cucu-cucu ibu dari Melaka yang sejak PKP berada  di Perlis menambah keseronokan ibu menghayati kisah itu...kurang  rasa cemas sebab mereka berkongsi cerita apa yang telah mereka ketahui sejak awal tahun lepas. Tok ibu sahaja yang tertinggal  keretapi... Ya Allah, terima kasih kerana mempermudahkan pertemuan yang membahagiakan ini. Alhamdulillah


Ada  yang menegur  seolah-olah  ibu  'buang masa' menghadap  kisah bersiri  Ertugrul. Niat ibu kerana Allah. Dari kisah ini ibu dapat sumber inspirasi untuk  fikirkan bagaimana harus kita menghidupkan kembali watak- watak dalam seerah nabawiyah bahkan  tokoh kebangkitan  Islam  di Nusantara  pada zaman kegemilangan Melaka. Aktiviti mulia  ini amat wajar  diusahakan. Memandangkan umur ibu sudah lanjut, harapan ibu hanya ingin melontarkan idea agar usaha  ini perlu dilaksanakan oleh 'team work' para sejarawan muda  tanah air.  

Cetusan idea  sudah ada, cuma perlu bantuan pihak NGO, khususnya HALUAN pusat fikirkan bagaimana hendak laksanakannya. Idea ini memang perlukan anak muda  yang melakukannya. Anak  muda yang minat sejarah dan dalam proses menjadi pakar  seerah  dan sejarah dunia.  Ya  Allah temukan  aku dengan anak muda  yang ikhlas mencintai Deen-Mu.

Berbalik  kepada  tajuk.  isu Corona Virus membawa   kita kembali kepada fitrah, ibu ingin mengajak diri dan semua yang terbaca blog ini agar fikirkan  5 maqasit syariah yang perlu kita  jaga mengikut urutan. 
Ulama-ulamak menasihatkan agar kita ikut peraturan PKP atau 'lock down' dilaksanakan kini  kerana  menjaga maqasit syariah yang kedua  iaitu menjaga  nyawa. Namun sama-sama kita  fikirkan sejak  kita  mulai baligh dan memahami tentang pentingnya  Islam dalam kehidupan kita. Maqasit  syariah yang pertama  adalah menjaga Deen, iaitu  Islam itu sendiri. Sejauhmanakan kita  sudah  menjaga Deen  (Islam) dalam
1.  diri kita?
2.  keluarga  kita?
3. masyarakat kita (termasuk jiran tetangga)?
4. Negeri dan negara kita?
5. Bumi kita?

Maqasit menjaga  Deen  merupakan yang pertama  sebelum menjaga  nyawa, kemudian  baharulah masuk  menjaga  akal, menjaga harta (termasuk ekonomi) dan menjaga keturunan. 
Allah hantar virus yang sangat halus sebagai tentera yang menawan dunia agar kembali memahami  keperluan fitrah. Setiap manusia  perlukan Islam. Dengan berlakunya  'gerhana bumi' ini mudah-mudahan semakin  ramai  yang insaf dan sedar untuk  kembali kepada  fitrah  meletakkan keutamaan menjaga  Deen  sebelum menjaga nyawa, akal, harta dan keturunan. 
Alhamdulillah muktakhir  kini mendapat berita  sungai-sungai, haiwan-haiwan  dan tumbuh-tumbuhan mulai bahagia  dan bebas  daripada menjadi mangsa  kerakusan manusia. Contoh paling ideal kita  dapat  belajar  apa yang berlaku di Venice. Sila baca artikel berikut;
https://www.mstar.com.my/travel/destinasi/2020/03/23/venice-lumpuh. Amerika  kini merupakan negara  paling ramai menjadi mangsa dan korban  akibat keangkuhan Presiden Ronald Trump meremehkan isu Covid-19. 
               Semoga  Ramadhan 1441 lebih bermakna

Bumi menangis kerana  Kaabah sebagai pusat  bumi selari dengan sidratul muntaha tidak ramai  yang tawaf.  Jemaah umrah dari luar  tidak  dibenarkan masuk. Visa  umrah dan Haji  ditangguhkan hingga  kematian kesan Covid-19  telah pulih 100%. Kota Madinah al Munawarah  sunyi sepi dan makam Rasulullah SAW tidak  semeriah dahulu diziarahi  tanpa putus.

Segala  aktiviti  mulai berubah. Tiada lagi 'cinta  dunia' mengejar kita. Semua  berkurung  di rumah. Ibu bapa  mulai sedar   bahawa mereka adalah guru pertama  bagi anak-anak di rumah. Rumah adalah madrasah pertama untuk anak-anak mereka. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua kerana Allah sudah persiapkan diri kita meninggalkan dunia. Tiada  makna lagi persiapan baju baharu, tiada makna lagi persiapan kuih muih kerana  nilai  manusia sudah diabaikan. tiada siapa yang akan berkunjung ke rumah  kita lagi selagi  isu covid-19  belum selesai. Yang membahagiakan kita  hanyalah Iman  yang sentiasa disuburkan menanti kematian yang akan menjemput kita bila-bila masa sahaja.

"Ya  Allah, kosongkanlah jiwa  dan tubuh kami daripada selain Engkau. Jika memang dimestikan, maka  biarlah anggota  badan kami untuk akhirat, manakala  qalbu dan batin kami hanya untuk-MU selama-lamanya...
Ya Allah, kami bermohon kepada-MU untuk  dekat kepada-MU dan memandang kepada-MU di dunia  dan di akhirat. Di dunia  dengan qalbu kami manakala di akhirat dengan mata kami...Aamiin Ya Rabb"

Sekian Wassalam. 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil