Posts

Showing posts from June, 2024

Pilihan Allah Lebih Baik

Image
 Jumaat  21 Zulhijjah 1445 Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT mempermudahkan urusan membawa suami ke Klinik homopati dan herba di Pt Buntar hari Selasa 25 Jun 2024. Perkembangan kesihatan jantung bertambah stabil, darah tidak bertoksid lagi, cuma sarafnya masih tegang ( kesan trauma terjatuh) dan ada masalah buah pinggang (perlu minum air 0 lbih banyak) Bagi ibu masih ada sedikit lagi masalah gangguan ingatan (kesan trauma ujian bertubi-tubi sejak awal umur 30an)... InshaAllah semua pasti ada hikmahnya, Allah ArRofiq, Al Latif hendak selamatkan ibu dari fitnah jawatan (pengetua hendak naikkan ibu ke jawatan yang dia kehendaki) dan fitnah poligami yang tidak adil. Ibu tidak cerita dengan orang lain, hajy terlintas dalam hati, mungkin ini puncanya. Namun ibu mohon Allah tetapkan hati redha terima semua ujian ini hingga Allah redha dengan penyerahan total hati ini kepada-Nya. Semoga beroleh Husnul khotimah dan dapat menuju ke ar Rofiqul A'la Hari Isnin sehati sebelum ke Parit Bu

Hakikat di sebalik Korban

Image
 Dengan Nama Allah  Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang  إِنَّآ أَعْطَيْنَـٰكَ ٱلْكَوْثَرَ ١  Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ ٢ Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).  إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلْأَبْتَرُ ٣ Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). Sabda Rasullullah sallallahu alaihi wassalam yang bermaksud: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”  [Riwayat al-Tirmizi (1493)] Alhamdulillah thumma Alhamdul

Kebahagiaan HDA sempena 10 hari Awal Zulhijjah 1445 Hijrah

Image
 Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Allah kurniakan rasa bahagia sangat menjelang Zulhijjah dan mudah-mudahan untuk hari seterusnya hingga akhir hayat Allah kurniakan rasa bahagia dan manis menjalin hubungan hati dan Al Qur'an. Taddabur surah Al Baqarah mulai ayat 196 sepanjang minggu ini mengenai Haji telah mengimbau kembali kenangan ibu menunaikan Haji buat kali pertama 1998 dan kali kedua tahun 2008. Kenangan yang mengusik jiwa. Syukur Alhamdulillah ibu tidak pernah menyesal, biarlah hanya tinggal kenangan yang tidak merosakkan ganjaran pahala Haji pertama dan kedua. Antara dua peluang, haji kali pertama amat terasa dapat layanan VVIP sebagai dhuyufurahman. Terasa faqeer, tunaikan haji guna passport merah, menumpang rumah mutawif  bernama Pak Muslim dan isterinya Muna. Dapat bilik khas di tingkat atas rumahnya. Untuk tidak menyusahkan tuan rumah santuni kami, biasanya kami keluar sebelum Subuh ke masjidil Haram dan balik selepas Isya' siap makan.  Wukuf di Arafah kami pergi