Posts

Showing posts from October, 2014

Bila Diri DiSayangi..

Image
Latih anak-anak Taska Rasai Diri disayangi dengan kalimah " Allah Loves me"~ Baby pun boleh tersenyum.. Rasa puas rasa diri mereka Allah sayangi..

Tarbiyah Hati Semulia Jiwa Uwais al-Qarni

Image
Sudah lama tidak  dengar  kisah Uwais al-Qarni, tabiin yang hidup di zaman Rasulullah saw tetapi tidak berpeluang bersemuka dengan Rasul yang dicintainya kerana berbakti menjaga ibunya yang lumpuh dan buta. Menyampaikan hajat ibunya  untuk menunaikan Haji, Uwais buat persiapan selama setahun membina kekuatan untuk  mengelek ibunya  menunaikan haji berjalan kaki  dari Yaman ke Mekah. Syukur  Allah izin  ibu  dapat dengar lagi kisah Uwais ketika  menemani kak Ngah dengar kuliah Subuh di Masjid  Jamik hujung minggu lalu. Add caption Menitis  air mata  terdengar kisah Uwais  minta  izin sekejap meninggalkan ibunya semata-mata  ingin bertemu Rasulullah. Ibunya  izinkan tetapi  berpesan agar  'segera pulang'. Sampai  di Madinah, dapat khabar dari Aishah r.a bahawa Rasulullah  sedang berada di medan jihad. Uwais serba salah samada  hendak menunggu atau pulang..Teringat  pesan  ibunya, Uwais  hanya  menyampaikan salam kepada Rasulullah  melalui isteri baginda Aishah ra  lalu  

Hijrah 1436~ Pasrahkan Segalanya Kepada Allah

Image
Ulama' Salaf  tidak  berkenan dengan budaya masyarakat Melayu meraikan  tahun  baru hijrah , tidak digalakkan kita saling mengucapkan tahun baru seperti ucapan  Hari Raya.  Namun jika sesiapa mengucapkan "Selamat tahun baru”  Maka jawablah : “هنأك الله بخير وجعله عام خير وبركة.” “Semoga Allah membahagiakanmu dengan kebaikan, menjadikan tahun"  "y ang penuh kebaikan dan barakah Kebahagiaan seorang insan  amat bergantung  kepada jiwa yang ikhlas dan  pasrah menyerahkan hati  dan  diri sepenuhnya  hanya  kepada Allah SWT menentukan yang terbaik  untuk kita semua  kerana hanya DIA sahaja  yang Maha Tahu apa yang terbaik  untuk .setiap  hamba-NYA.  Deritanya hati manusia apabila masih ada 'reserve' di sudut-sudut hati  yang tersembunyi Redha  menerima segala kekurangan itulah  yang membahagiakan rasa  tidak yakin Allah akan kurniakan  kejutan demi kejutan untuk membahagiakannya,  iaitu natijah   yang terbaik di sisi-NYA,  Rasa tidak

Realisasikan Pesanan Lukmanul Hakim

Image
Subhanallah, apa yang Allah  atur memang sangat menghiburkan...Allah izin  ibu berpeluang masuk kelas  6 tahun. Macam-macam ibu nak share  dengan mereka. Salah satu aktiviti ialah  'main peranan'. Masya Allah betapa sukanya mereka  apabila  ibu tanya setiap orang  apabila sudah besar nak jadi apa? Ada yang sebut nak jadi Doktor, nak jadi nurse, nak jadi cikgu, nak jadi ahli bomba dan nak jadi polis.. Ibu beri mereka kebebasan main peranan masing-masing dalam lakonan  tanpa sebarang peralatan. Riuh rendah kelas  menjadi perhatian guru-guru kelas  sebelah mungkin bimbang  ibu tidak pandai mengawal kelas. Ibu rasa seronok sangat  dapat mengenal pasti perkembangan mereka  melalui  aktiviti main peranan ini. Pelbagai sudut boleh dinilai.. Main peranan: Polis  dan Bomba bekerjasama..riuh bunyi siren.. Main peranan:Doktor  dan Nurse menerima  panggilan telefon Di akhir sesi ibu buat rumusan bersama kanak-kanak, mereka  perlu banyak bersabar dan bersyukur agar lebi

Ikon Pengorbanan Sepanjang Zaman

Image
Alhamdulillah, baru balik dari Solat Hari Raya Aidil Adha dari Masjid Ubudiyyah Shah Alam.  Memang mantap sungguh khutbahnya menyentuh tentang ikon pengorbanan sepanjang zaman iaitu Rasulullah S.A.W sebagai pembawa rahmat kepada sekelian alam yang terlalu banyak berkorban melahirkan generasi Al-Qur'an yang Unik. Generasi Unik ini yang bertungkus lumus menghidupkan semangat sedia berkorban hingga tersebar Islam ke seluruh dunia hingga kini. Bersama cucu dan adik bungsu Allah izin, memang tidak diduga tahun ini Allah aturkan  ibu beraya dengan adik bungsu yang baru saja buat pembedahan membuang hempedu kerana terdapat batu karang lebih besar dari buah kana. Pengorbanan yang Allah hadiahkan untuk prihatin mewarisi sahsiah ibu saudara yang meninggal dunia di Mekah. Almarhumah Hjh Zahrah adalah kakak emak, memang sentiasa prihatin dan sering menziarahi emak yang ramai anak. Beliau banyak membantu arwah emak, meringankan beban, berikan moral support. Ibu teringat dia selalu dan m