Tarbiyah Hati Semulia Jiwa Uwais al-Qarni

Sudah lama tidak  dengar  kisah Uwais al-Qarni, tabiin yang hidup di zaman Rasulullah saw tetapi tidak berpeluang bersemuka dengan Rasul yang dicintainya kerana berbakti menjaga ibunya yang lumpuh dan buta. Menyampaikan hajat ibunya  untuk menunaikan Haji, Uwais buat persiapan selama setahun membina kekuatan untuk  mengelek ibunya  menunaikan haji berjalan kaki  dari Yaman ke Mekah. Syukur  Allah izin  ibu  dapat dengar lagi kisah Uwais ketika  menemani kak Ngah dengar kuliah Subuh di Masjid  Jamik hujung minggu lalu.
Add caption

Menitis  air mata  terdengar kisah Uwais  minta  izin sekejap meninggalkan ibunya semata-mata  ingin bertemu Rasulullah. Ibunya  izinkan tetapi  berpesan agar  'segera pulang'. Sampai  di Madinah, dapat khabar dari Aishah r.a bahawa Rasulullah  sedang berada di medan jihad. Uwais serba salah samada  hendak menunggu atau pulang..Teringat  pesan  ibunya, Uwais  hanya  menyampaikan salam kepada Rasulullah  melalui isteri baginda Aishah ra  lalu  segera  pulang ke Yaman untuk terus berbakti kepada  ibunya... Bayangkan betapa  rindunya  Uwais ingin memeluk Rasulullah, tapi beliau pasrah dengan takdir  Allah agar lebih mengutamakan kebajikan  ibunya...Subhanallah

Sekembalinya menyempurnakan Haji..ibunya  bertanya "Uwais, apa yang kamu doa semasa di Mekah?"
Jawab Uwais " Saya berdoa agar ibu masuk syurga.."
Ibunya  bertanya  lagi ;"kamu tidak  doakan dirimu sendiri agar  segera pulih dari penyakit  sopak"
Jawab Uwais "Saya  bersyukur dengan penyakit  ini, Saya tidak berdoa  untuk kesembuhan, Cukuplah  kebahagiaan   bagi saya bila   ibu dapat masuk syurga."
Akhirnya atas desakan ibunya, Uwais terpaksa  berdoa untuk kesembuhannya  tapi mohon Allah tinggalkan  sedikit tanda sebagai kenangan untuk terus bersyukur..

Subahanallah..memang wajar kisah ini masih berpanjangan walaupun ketika hidupnya  Uwais  tidak pernah dikenali walaupun  oleh orang Yaman. Namun Uwais  dikenali oleh penduduk di langit, Doanya sentiasa diaminkan oleh para malaikat. Keikhlasannya  berbakti kepada  ibunya  menyebabkan doanya  amat  bernilai  untuk sahabat  Rasulullah saw  bernama Ali dan Umar r.a. Kedua-dua  sahabat ini mendapat pesanan sebelum Rasulullah wafat agar  mencari  orang  yang bernama  Uwais al-Qarni. Sebelum  ajal  Saidina  Umar ra, mereka berdua  sempat berjumpa  Uwais semata-mata  menyampaikan pesan Rasulullah saw  agar Uwais  tolong doakan Umar dan Ali semoga  Allah  ampunkan dosa-dosa kedua-dua sahabat karib nabi ini..

Sungguh  bernilai  kisah  ini bagi mereka  yang masih mempunyai  ibu tua yang solehah


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil