Alhamdulillah, segala puja dan puji hanya milik Allah yang masih meminjamkan kepada kita segala anugerah dan nikmat-Nya yang sangat membantu kita meneruskan amanah utama iaitu menjadi hamba-Nya dan khalifah-Nya di muka bumi yang fana ini. Selawat dan salam dirafakkan kepada junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga, para sahabat, para tabieen, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah hingga hari kiamat. Sejak hari Rabu malam Khamis, ibu tak boleh tidur seperti biasa. Melayari FB dan berikan perkongsian dalam post. Ibn Qaiyyim AlJauzi berkata: "Harapanku ini adalah Iman, cahaya dan hikmah. Sedangkan harapan mereka adalah tipu daya dan muslihat" Nabi sallallahu alaihi wassalam memuji orang yang bercita-cita kebaikan serta berharap mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakan. Seperti orang yang berkata, "Seandainya s...
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ . . وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚإِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Renungilah firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan katakanlah: Yang benar (Haq) telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap" (QS. Al-Isra': 81). Pesanan Almarhum Dr Mustafha As Siba'i; " Janganlah engkau menunda-nunda untuk menyerukan kebenaran dengan alasan seruanmu tidak akan didengar, dan tidak ada benih yang akan tumbuh di tanah yang gersang. Orang-orang puas dengan pendapatmu atau tidak, itu bukan urusanmu. Kerana, yang penting bagimu adalah mengatakan apa yang engkau yakini benar" (Sumber: halaman 119-120~ dari buku 'Belajar Dari Pengalaman, Sebuah Refleksi Agar Hidup Lebih Bernilai...
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu . (Surah Muhammad:7) Kita semua sudah sedia maklum bahawa da'wah memiliki 'marhalah' atau tahap-tahap dan setiap tahap memiliki karakter yang unik dan tersendiri. Ketika ini, da'wah telah memasuki tahap 'Mihwar Dauli', di mana diperlukan peringkat yang sesuai agar mihwar ini akan terlaksana dengan baik dan lancar. Semakin bertambah tahap, bertambah pula tanggung jawab terhadap da'wah, kerana semakin berat cabaran dan ujian yang bakal dihadapi. Apabila cabaran yang dihadapi semakin berat, maka di sinilah amat perlunya pengorbanan (Tadhiyah) yang tinggi daripada para pendukungnya, iaitu para Da'i Ilallah. J...
Comments
Post a Comment