Ikon Pengorbanan Sepanjang Zaman
Alhamdulillah, baru balik dari Solat Hari Raya Aidil Adha dari Masjid Ubudiyyah Shah Alam. Memang mantap sungguh khutbahnya menyentuh tentang ikon pengorbanan sepanjang zaman iaitu Rasulullah S.A.W sebagai pembawa rahmat kepada sekelian alam yang terlalu banyak berkorban melahirkan generasi Al-Qur'an yang Unik. Generasi Unik ini yang bertungkus lumus menghidupkan semangat sedia berkorban hingga tersebar Islam ke seluruh dunia hingga kini.
Allah izin, memang tidak diduga tahun ini Allah aturkan ibu beraya dengan adik bungsu yang baru saja buat pembedahan membuang hempedu kerana terdapat batu karang lebih besar dari buah kana. Pengorbanan yang Allah hadiahkan untuk prihatin mewarisi sahsiah ibu saudara yang meninggal dunia di Mekah. Almarhumah Hjh Zahrah adalah kakak emak, memang sentiasa prihatin dan sering menziarahi emak yang ramai anak. Beliau banyak membantu arwah emak, meringankan beban, berikan moral support. Ibu teringat dia selalu dan merupakan satu-satunya ibu saudara yang selalu ibu ikut balik rumahnya semasa ibu kecil. Mudah-mudahan Allah izin roh ibu dapat bersemadi bersama rohnya di tanah suci nanti, Insya Allah.
Allah beri rasa seronok masak juadah ketupat rendang di rumah adik. Tidak terbeban bahkan terasa ringan kerana banyak urusan dipermudahkan oleh anak-anaknya yang faham peluang beramal soleh 1-10 Zulhijjah diganjari dengan 700 kali ganda kebajikan. Anak bungsunya paling rajin dan amat memahami kakak-kakaknya bakal menghadapi peperiksaan PMR dan SPM. Berjiwa al-Qur'an (sudah hafal 15 Juzuk al-Qur'an). Ringan tulang dan sukar nak cari anak solehah macam ini walaupun baru masuk tingkatan dua. Natijah anak soleh banyak diperolehi kesan didikan ibu bapa yang istiqomah menghadiri majlis-majlis ilmu di samping berkorban wang ringgit memilih sekolah terbaik untuk anak-anak.
Teringat anak-anak di Smartop Subur Fitrah. Memang ibu impikan akan lahir anak-anak soleh dan solehah dari Pre School seperti di atas, agar mereka mendapat asas cinta al-Qur'an sejak di awal usia. Rasa terharu apabila ada ibu bapa meluahkan kesyukuran melihat perubahan positif anak-anaknya dalam 'Telegram' Parent Support Group. SmarTop Subur Fitrah Pre School mulai mendapat tempat di hati ibu bapa sekitar daerah Ledang.
Ada hikmahnya Smartop Pre School belum dapat melaksanakan ibadah korban tahun ini. Insya Allah doakan tahun hadapan akan menjadi. Terima kasih kepada ALP dan PSG (Parent Support Group) di atas cadangan murni tersebut kerana memang sewajarnya kita berikan pendedahan kepada kanak-kanak di awal usia yang merupakan tempoh masa istimewa, masa periode emas . Dalam tempoh inilah asas-asas pendidikan seorang anak sedang terbentuk; proses pembentukan hati budi, jati diri, perkembangan kognitif, pembentukan mental dan perilaku sangat ditentukan dari kualiti pendidikan taska dan tadika.
![]() |
Bersama cucu dan adik bungsu |

Sistem pendidikan yang memungkinkan kanak-kanak terlibat secara langsung (hand on) sangat penting untuk pembentukan perilaku dan kognitif kanak-kanak, sistem ini lebih baik bila dibanding dengan cara konvensional seperti 'calk and talk' yang kadang kala sukar difahami oleh kanak-kanak.
Mengikutsertakan kanak-kanak terlibat dalam sebuah kegiatan, menghargai pendapat dan usahanya dalam kelompok, membantu memecahkan masalah adalah metode yang sangat bagus untuk meransang otak kanak-kanak agar semua sel otak mereka berkembang secara optima
Program Korban yang dilakukan di sekolah pada hakikatnya merupakan satu usaha untuk memaksimakan perkembangan otak khususnya dalam membentuk perilaku, kesolehan dan kepimpinan kanak-kanak apabila mereka memahami syariat berkorban secara praktikal.
Replika Kaabah sudah siap di Smartop, belum terlambat untuk kita fahamkan dahulu kanak-kanak di Taska dan Tadika tentang sejarah Kaabah dan bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Ismail di bumi asalnya adalah tandus dan kering kontang.. Biar kanak-kanak itu faham dan belajar erti kesabaran dan keredhaan insan mulia itu sentiasa mematuhi segala titah perintah Allah tanpa banyak soal.. Apa yang Allah aturkan semuanya adalah terbaik dalam segala aspek..
Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya
Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama’ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama’ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian
Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya
Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami
Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami
“ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala kasih”
Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu
Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur’an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang menenggelamkan dunia
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang marak menyala
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir’aun dan laut yang mengancam nyawa
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan oleh kafir durjana
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam, dan perut ikan
Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara
Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-Mu murka
Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya
Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami
Comments
Post a Comment