Realisasikan Pesanan Lukmanul Hakim
Subhanallah, apa yang Allah atur memang sangat menghiburkan...Allah izin ibu berpeluang masuk kelas 6 tahun. Macam-macam ibu nak share dengan mereka. Salah satu aktiviti ialah 'main peranan'. Masya Allah betapa sukanya mereka apabila ibu tanya setiap orang apabila sudah besar nak jadi apa? Ada yang sebut nak jadi Doktor, nak jadi nurse, nak jadi cikgu, nak jadi ahli bomba dan nak jadi polis.. Ibu beri mereka kebebasan main peranan masing-masing dalam lakonan tanpa sebarang peralatan. Riuh rendah kelas menjadi perhatian guru-guru kelas sebelah mungkin bimbang ibu tidak pandai mengawal kelas. Ibu rasa seronok sangat dapat mengenal pasti perkembangan mereka melalui aktiviti main peranan ini. Pelbagai sudut boleh dinilai..
![]() |
Main peranan: Polis dan Bomba bekerjasama..riuh bunyi siren.. |
![]() |
Main peranan:Doktor dan Nurse menerima panggilan telefon |
Di akhir sesi ibu buat rumusan bersama kanak-kanak, mereka perlu banyak bersabar dan bersyukur agar lebih manfaatkan kedua telinga untuk mendengar arahan guru berbanding banyak bercakap sampai tidak mendengar pesanan guru. Kanak-kanak juga perlu dilatih bersabar melayani kerenah rakan yang pelbagai ragam..ada yang suka merajuk, tergopoh-gapah dan terjerit-jerit dek terlalu excited, mungkin kerana tidak terdedah dengan aktiviti 'main peranan'. Nak jadi doktor ke, nak jadi polis ke, nak jadi cikgu ke, nak jadi nurse ke mesti ingat Allah, sayang Allah sebab Allah beri kita macam-macam nikmat.
Ibu baru perasan murid kelas ini seolah-olah terlatih agar takut dengan seseorang kerana tidak ada satu pesanan dan teguran agar kita hanya perlu takut kepada Allah. Jauhi larangan kerana takut kepada Allah bukan takut kepada teachers atau ibu bapa. Hormati dan sayangi ibu bapa dan teachers, tidak perlu takut. Alasannya, ibu bapa dan teachers Bukan TUHAN..Kesilapan ini selalu diabaikan oleh para pendidik.
Semasa sesi bercerita kisah Nabi Ismail..ibu tersebut Mekah..anak-anak terus sambung "di Mekah ada Kaabah. Orang pergi Haji jalan macam ni"..sambil tunjuk cara tawaf mengelilingi meja.Ibu .rasa terharu sangat, begitu sensitifnya mereka tetapi tidak berpeluang melakukan lakonan tawaf.
![]() |
Hak Anak yang sering diabaikan oleh ibu bapa |
Alhamdulillah ALP (Ahli Lembaga Pengelola) SMARTOP SUBUR FITRAH PRE SCHOOL telah bersetuju agar semua guru dilatih menggunakan modul LAP 'Little Abd Progamme' di mana AQIDAH menjadi teras dan bakal merentas kurikulum dalam semua subjek yang diajar kepada kanak-kanak samada di Tadika mahupun di Taska.Jazakillahu khairan kathira kepada Puan Hjh Ngasobah, semoga sumbangan ikhlas menaja kami francias bernilai RM ribuan ini bakal menjadi amal soleh dan umur iman beliau dan keluarga hingga hari Kiamat.
14 Oktober kami (team ALP) berpeluang melawat Taska dan Tadika yang maju diusahakan oleh pasangan suami isteri yang berkelulusan dari Universiti Leeds United Kingdom. Pengorbanan yang cukup besar, mereka sanggup tinggalkan bidang yang boleh berikan 'income' besar semata-mata hendak fokus mendidik 3 orang anak mereka dan berbakti kepada masyarakat melalui bidang asuhan awal kanak-kanak. Ibu kenalinya semasa Seminar pengurusan Taska anjuran Angkasa.
![]() |
Belajar daripada pasangan pengusaha muda, lulus Ijazah kejuruteraan dari UK |
Ruang aktiviti main peranan |
Sebelum itu, kehadiran tiga guru kami ke pelancaran LAP di Putra Jaya sangat menginsaf dan menyedarkan di mana Ustaz Salleh wakil dari JAKIM menjelaskan isu semasa tentang murtad kesan daripada menolak akidah. Jelas di sini betapa pentingnya pendidikan AQIDAH dalam kehidupan. Kemudian diikuti oleh penyampaian Ustaz Adni yang berpengalaman menerapkan Akidah dalam semua subjek di sekolah. AQIDAH menjadi Roh kepada semua subjek tersebut melayakkan kita semua rasa selamat dalam perlindungan Allah selamanya dalam jihad ilmu.
Hidup dalam alaf siber kini semakin ramai kanak-kanak menjadi mangsa keganasan keruntuhan akhlak dan moral dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Paling merisaukan ibu bapa apabila terfikir takut anaknya hilang,.. takut anaknya susah, takut anaknya tidak sepandai anak jiran atau anak rakan sekerja. Rasa takut yang menghantui ibu bapa hanya sekitar takut tentang urusan dunia...
Semoga selepas ini akan semakin ramai ibu bapa yang risau tentang masalah akidah anak-anaknya..
Di Taska kami, bayi dan kanak-kanak , walaupun masih ada yang belum boleh bertutur tapi dibiasakan mendengar dan menghafal kalimah syahadah lebih 7 kali sehari agar menjadi darah daging dalam kehidupan.. Qur'an, zikir dan selawat menjadi halwa telinga, mata , akal dan jiwa mereka.
Pernahkah ibu bapa terfikir keselamatan Akidah merupakan asas pertama menyebabkan anak-anak selamat di dunia dan di akhirat?
Terfikirkah ibu bapa sekelian bahawa AQIDAH lah yang akan menentukan anak-anak kita bahagia di dunia dan akhirat?
Yakinkah ibu bapa yang dirahmati Allah bahawa AQIDAH lah yang akan menentukan samada kita dan ahli keluarga layak masuk syurga atau neraka..
Mari sama-sama kita dalami pesanan Lukmanul Hakim dalam ceramah You Tube di atas. Penjelasannya mudah, lembut dan santai...
Al-Qur’an berfungsi sebagai petunjuk..pelajaran apa yang boleh kita manfaatkan seperti pesanan Lukman kepada anaknya
Intipati pengajaran dari pesanan Lukman kepada anaknya yang harus kita ikuti..
Al-Qur’an hanya memberikan penjelasan bahawa Lukman mendapat limpahan hikmah
Telah Kami berikan kepada Luqman limpahan Hikmah iaitu bersyukurlah kepada Allah
Al Hikmah adalah ketepatan pertuturan dengan amal..pemahaman yang benar..
Ikrimah dan ulamak sealirannya fahami tafsir hikmah adalah sebagai kenabian..
Hikmah adalah mereka yang sempurna sekaligus cuba menyempurnakan orang yang lain
Payahnya nasihat sampai kepada seseorang tergantung kepada cara nasihat itu disampaikan.
Mengingatkan kebaikan dengan cara yang amat baik..meluluhkan hati anaknya hingga menerima nasihat..
“Hai anakkku janganlah engkau mempersekutukan Allah”
Menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang…
Nasihat lebih mudah diterima jika kita guna bahasa seperti yang diguna oleh Lukman kepada anaknya....
“Hai anakku..”
Dalam bahasa kita "begini nak.." “ begini sayang…”
Nasihat pertama Lukman kepada anaknya : ‘JANGAN MEMPERSEKUTUKAN ALLAH’ ~ Larangan syirik ini adalah abadi sejak zaman nabi Adam lagi..
Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar “KEZALIMAN YANG BESAR”
Menempatkan sesuatu tidak kena pada tempatnya..
Mensetarafkan sesuatu yang tidak patut disembah menjadi sembahan
KEZALIMAN yang besar, syirik juga adalah merupakan KESESATAN YANG BESAR..
AMAT JAUH DARI RAHMAT ALLAH’..AMAT DIMURKAI OLEH ALLAH
Siapapun yang melakukan syirik lalu meninggal dunia dan tidak bertaubat, segala dosa-dosanya tidak diampunkan oleh Allah SWT
Syirik menyebabkan terhapusnya semua amal yang dikerjakan
Orang syirik diharamkan masuk syurga
Orang syirik akan Kekal di dalam neraka
Syirik adalah PENYESALAN yang tidak terbayar
Kita sebagai ibu bapa, pasti menginginkan anak bahagia di dunia dan di akhirat
Ibu bapa berusaha sedaya upaya, maka nasihat Lukman perlu kita utamakan
Dua perkara penting
1. Masalah AKIDAH amat ditekankan pada ayat ke-13
2. Masalah perlaksanaan hubungan manusia dengan al-Khalik, lakukan amar maaruf nahi mungkar dan meneguhkan sifat SABAR.. menjauhi segala larangan Allah seperti sifat sombong dan perilaku angkuh
Sebaliknya menyederhanakan langkah dan melunakkan suara
Semua nasihat Lukman menjuruskan kepada keselamatan Deen. Berpegang teguh kepada ikatan Deen yang HAQ.
Pertama kali yang diingatkan adalah masalah AQIDAH yang mesti didahulukan
Status penentu manusia..samada mukmin atau sebaliknya
Menentukan nasib samada bahagia atau celaka
Penentu akan masuk syurga atau neraka
Keyakinan aqidah penentu Allah menerima amalan atau sebaliknya
sila rujuk surah Al-Kahfi :105
surah al-Furqan : 23 “semua amalan bagaikan debu yang berterbangan” jika tanpa akidah
Mereka yang patuhi Akidah akan terikat dengan ikatan syariat
Luruskan Aqidah terlebih dahulu
Rasulullah SAW di awal kerasulan semasa di Makkah amat menekankan masalah akidah sebelum menjelaskan ketetapan hukum. Ketetapan hukum dilaksanakan ketika periode Madinah selepas Hijrah Rasulullah saw dan para sahabat.
Esakan Allah SWT terlebih dahulu, kemudian barulah diajak tunaikan solat, puasa, zakat dan sebagainya.
Allah telah pilihkan agama suci ini
Rasulullah S.A.W
Ajarkanlah anak-anak kalian kalimah syahadah sebagai kalimat yang pertama kali diucapkan sampai mereka fasih..Sehari 7 kali, apabila mereka boleh bertutur kalimah syahadah ini merupakan kalimah pertama yang mereka ucap dan hafalkan dalam hidupnya..
Kalimat syahadah yang tertancap kukuh dalam jiwa dan fikiran anak-anak akan menyelamatkan kehidupannya sepanjang hayat..
Hanya akidah yang menyelamatkan generasi pewaris kita
Semoga dapat kita amalkan dan laksanakan dalam kehidupan sepanjang hayat..
Selamat Menyambut Awal Tahun Hijrah 1436 pada hari Sabtu, 25 Oktober 2014..
Semoga Tahun baru Hijrah, semua warga taska dan tadika SmarTop Subur Fitrah semakin kuat mujahadah melawan syaitan dan hawa nafsu demi mendidik kanak-kanak yang masih suci fitrahnya..
Selamat Menyambut Awal Tahun Hijrah 1436 pada hari Sabtu, 25 Oktober 2014..
Semoga Tahun baru Hijrah, semua warga taska dan tadika SmarTop Subur Fitrah semakin kuat mujahadah melawan syaitan dan hawa nafsu demi mendidik kanak-kanak yang masih suci fitrahnya..
Comments
Post a Comment