قال الله & قال رسولPembangun Peradaban Tauhid

Alhamdulillah , Allah izin  melalui Hijrah memang  terlalu banyak manfaatnya untuk Deen dan membina peradaban yang diredhai-Nya. Pentingnya kita ikut  visi Rasulullah SAW  dan para sahabat, mereka  berhijrah  bukan kerana  takut dibunuh atau masalah kepentingan diri, masalah dunia dan lain-lain. Segala-galanya bermula dari niat harapkan keredhaan Allah semata-mata..jika kita berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka kita akan dapat  redha Allah dan Rasul..Insya Allah. Jika niat  kerana yang lain, rugilah hijrah itu walaupun  mendapat  wanita dan dunia yang diinginkan itu. (Hadis pertamaa dalam buku hadis 40).

 Baginda dan para sahabat  berhijrah  untuk menjawab  persoalan TAUHID bukan  kerana situasi  yang memaksa. Jika bukan kerana  cinta  kepada  Allah SWT,  hawa nafsu  akan tetap  mengongkong mencintai masa lalu dan tidak berani meninggalkan kisah lama.. maka tidak akan berlakulah proses hijrah. Yakin takdir  Allah mengatasi segala-galanya bahawa berlakunya hijrah ini  adalah ARAHAN dan PERINTAH  daripada Allah SWT  yang Maha Tahu apa yang sesuai untuk sekelian hamba-Nya...Dengar dan patuh  tanpa  banyak soal.



Namun  hijrah  ini jangan dipersia-siakan dengan sebarang 'move on"!~ Pastikan akan menghasilkan 'out come' yang 7-28  kali  ganda!  untuk  ISLAM.
Tanam persepsi untuk bangunkan peradaban Islam berfokuskan wahyu..Cuma perlukan banyak latihan. Tidak perlu  'trial & error' lagi  kerana  Wahyu Allah  memang perfect  jika kita  gunakan  dengan proses yang betul mengikut  manhaj Rabbani.  Akidah  Tauhid  ini adalah pilihan...jika kita  tolak, maka  hidup akan penuh  dengan kehinaan..Jika  dihayati  akidah Tauhid ini, Allah akan angkat darjat dan memuliakannya di sisi-Nya.  Dalam  segala  keputusan  syaratnya perlu didahulukan  قال الله  &  قال رسول
Apapun kerjaya yang diceburi atau ilmu yang dipelajari, jika tidak berpaksikan wahyu  Allah, maka  ini amat merbahaya dalam pembangunan  peradaban Rabbani..
Cari Ilmu itu wajib  dan itu merupakan perintah Allah. Belajar merupakan fi sabilillah , dalam masa yang sama  kita tidak boleh bermaksiat kepada Allah contohnya  seperti bercinta dengan pasangan tanpa nikah. Ada lintasan lain untuk 'glamour' dapat income lebih dan seumpamanya.. Niatkan bulat-bulat harapkan keredhaan Allah. Jangan sampai  niat mengubah hala tuju ibadah menjadi kita bermaksiat kepada  Allah sedangkan kalian berada di jalan Allah.
 
Di samping hijrah fizikal dan hijrah niat, penting sekali Hijrah pemikiran , contohnya menutup aurat, itu adalah perintah Allah. Kesan menutup aurat amat banyak, keselamatan bagi wanita, zina dapat dikawal dan maksiat-maksiat berpunca dari pendedahan aurat  dapat dibendung. Membangunkan peradaban..di mana bumi dipijak, di situlah tertegaknya  kalimah لا إلــــــه إلا الله 
Islam bermula  dengan  Rahmat mengajak  manusia hanya menyembah  Allah  dan tidak  menyembah sesama manusia  atau  hawa nafsu  sendiri.. 

Para sahabat  Rasulullah SAW  berhijrah bukan kerana  takut  mati. Mereka  sudah terdidik  bersedia  untuk syahid kerana  syurga  telah menjadi 'Big Picture' dan para Bidadari Syurga  sentiasa menantinya.. Mereka  bukan takut  diboikot  dan seumpamanya kerana  kualiti  kesabaran mereka amat  tinggi..kuat kesabarannya. Out come  kualiti  keimanan seperti inilah Rasulullah SAW  sudah  berjaya  membangun  generasi  terbaik..
Fokus  'mati syahid' dan memohon pertolongan Allah SWT dalam setiap masa detik dan ketika walau di manapun mereka  berada sudah menjadi darah daging  mereka..  
didahulukan dalam segala aspek kehidupan mereka   قال الله  &  قال رسول


لا إلــــــه إلا الله 
Kalimah  Tauhid  ini  perlu  dihayati sepenuh qalbu  sudah semestinya akan  meningkatkan  kualiti peradaban
Perlu  susun strategi...Bergerak  dengan strategi akan meningkatkan kualiti pencapaian..Bila tidak ada strategi  jadi dakwah yang  mandul, tidak berkualiti. Perlu banyakkan latihan dengan bimbingan . Perlu ada 'coach' dan trainning. Jika menepati  kehendak syariat dan dengan  pertolongan Allah seharusnya  kekuatan kerja yang sama akan melipatgandakan hasil  yang  Allah redhai...Insya Allah
Ya Allah  hanya kepada-Mu aku berserah  mengaturkan strategi  terbaik melalui  ansor-ansor  pilihan-MU  buatku..Aamiin

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil