Suburkan Fitrah ~ Amanah Dari Allah
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT, apa yang disemai, Insya Allah akhirnya hasil tuaiannya lebih baik. Allah anugerahkan bantuan untuk team work di Johor.. Ibu sebagai Muhajirin hanya sekadar membantu memberi input kepada pendidik Taska sekitar Perlis dianjurkan oleh Taska Impian Wawasan UiTM , Arau Perlis. Semalam merupakan slot kedua, Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal. Slot pertama telah selesai dilaksanakan hujung bulan Januari berkaitan Perkembangan Sosio emosi, sahsiah dan kerohanian. Dalam proses membantu di zon utara, sahibah zon tengah membantu Smartop Subur Fitrah di zon selatan. Alhamdulillah, begitu cantik apa yang Allah aturkan.
Keunikan pendidikan awal kanak-kanak akan terserlah apabila jiwa para pendidiknya mendapat input yang berkualiti, bersih daripada gangguan psikologi Barat yang menyesatkan. Berpaksikan akidah Tauhid, Insya Allah 10-20 tahun akan datang, program fitrah ini akan melahirkan bakal rijal ummah sehebat generasi al-Qur'an yang unik. Fitrah utama bayi dan kanak-kanak 0-4 tahun adalah Program. Fitrah ibarat software yang telah ditanam dalam setiap bayi yang dilahirkan. Tugas pendidik, khususnya ibu bapa adalah mengaktifkannya. Jika para pendidik tidak ada ilmu dan kemahiran untuk mengaktifkannya maka fitrah itu akan rosak. Justeru itu amat penting para pendidik memahami konsep fitrah dan bagaimana cara untuk mengaktifkan program yang telah Allah tanamkan dalam qalbu bayi sepanjang proses pembesarannya. Tugas utama para pendidik adalah menjalankan program-Nya di dunia ini dengan sebaik-baiknya. Kenalpasti dahulu softwarenya, kemudian sesuaikan hardware, kemudian install input al-Qur'an dan Hadis Nabi SAW semaksimanya dalam keadaan ceria dan tarbawi..
Jika kita tidak mulakan , nak harapkan siapa lagi??? Tugas utama kita adalah memprogram bakal pemimpin bertaqwa sejak mereka di awal usia lagi. 'TIDAK MUSTAHIL akan lahirkan generasi pewaris yang akan mengembalikan kegemilangan Islam di mata dunia
Ada lima fitrah kanak-kanak yang perlu kita suburkan dengan proses tarbiyah Islamiyah Harakiyah :
1. Fitrah Tauhid...setiap roh sudah berjanji dengan Allah. Mengakui " bala Syahidna" (Bahkan Benar) apabila Allah bertanya "Alastu Birabikum" (benarkah Aku tuhanmu?)
2. Pengabdi yang taat, menepati firman Allah dalam surah az Zariyat: 56 yang bermaksud;
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku"
3. Berjiwa Pemimpin , hanya boleh dilahirkan mengikut manhaj Illahi seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam proses mendidik para sahabat generasi awal seperti Usamah bin Zaid menjadi panglima di usia 17 tahun..
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini" (surah Al-Baqarah:30)
Di usia muda mereka sudah dilantik menjadi pemimpin kerana menyuburkan iman dan taqwa. Taqwa adalah ukuran kematangan mereka.
4. Mengilap Potensi dan Kecerdasan. Firman Allah yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam taqwim yang sebaik-baiknya" (QS at-Tin:41)
Taqwim adalah potensi untuk menjadi qawwam (pemimpin) termasuk kecerdasan , kemahiran berfikir dan strategi rancangan jangka pendek dan jangka panjang.
5. Jelas status jantina agar dapat membenteras gejala gay, homoseks, tomboy dan mak nyah yang semakin berleluasa kini. Segalanya bermula di awal usia. Firman Allah yang bermaksud
"...dan lelaki tidaklah seperti anak perempuan" (Surah Ali-Imran:36)
Ibu bersetuju dengan pendapat Ustaz Budi Ashari agar kita keluar dari zaman yang sudah rosak. Fokus membina generasi Rabbani akan datang berbekalkan system pendidikan Rasulullah SAW yang sudah terbukti kejayaannya hinggalah kerajaan Islam Turki Uthmaniyah tumbang dikhianati oleh Mustafa Kamal Attartuk merupakan anak didik Zionis laknatullah. Rasulullah SAW tidak pernah memulakan peradaban Islam melalui politik atau ekonomi atau social..tetapi segala bermula dari Akidah Tauhid.. Wallahu alam
![]() |
Imaginasi menaiki private jet mengelilingi syurga |

Comments
Post a Comment