Begini Seharusnya Sistem Pendidikan Kita
![]() |
Hanya Orang Mukmin Yang Mampu Mengamankan Dunia |
Selama ini , Allah izin memang rasa sudah tertipu dengan pendidikan sekular. Sepanjang berada dalam sistem pendidikan sekular yang didaulatkan oleh Kementerian Pendidikan seluruh dunia termasuk Malaysia baru kini sedar bahawa sistem itu sia-sia belaka. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang jahil tentang hakikat tipu daya ini..
Murabbiku masih istiqomah mengulas muqadimmah 'fizilal al Qur'an' sejak hujung tahun 2015 dalam usrah gabungan setiap minggu, walaupun tahun 1970-80an sudah dihidangkan oleh UDMZ. .Ini menunjukkan betapa pentingnya kita ditubi selalu dengan kefahaman dan kesedaran tentang mesej yang ingin disampaikan oleh As Syahid Syed Qutb yang lebih memahami tipu daya sekular yang menyerang semua sendi pendidikan dunia dalam rangka ingin menyesatkan umat Islam di bumi ini. Semoga usaha kecil dan kerdil ini dapat mengajak diri, ahli keluarga, masyarakat dan dunia seluruhnya kembali menghayati Islam yang syamil, kamil dan mutakkamil. Mudah-mudahan usaha-usaha yang sedikit namun berterusan ini akan mengajak kita semua, khususnya generasi muda memahami /deen Islam yang sebenarnya. Kita perlu rujuk kitab-kitab yang muktabar dari sumber-sumber yang muktabar. Walaupun kita kini sudah jauh dari zaman Rasulullah SAW tetapi kita masih ada rangkaian rujukan utama iaitu al-Qur'an dan Hadis Rasulullah..
Manhaj (sistem) Illahi digubal oleh Allah SWT untuk dimanfaatkan secara berterusan hingga Kiamat. Manhaj Illahi jauh lebih baik dari sistem sekular ciptaan manusia . As Syahid Syed Qutb menyebut "sebagaimana yang berlaku kepada pejuang-pejuang bumi, ideologi dan isme-isme ciptaan manusia yang bertindak sewenang-wenangnya dalam semua urusan merosakkan generasi. Mereka bertindak melampaui dan melanggar batas-batas fitrah kejadian manusia termasuk nafsu, jiwa, akal dan hati nurani (qalbu) kerana tidak meraikan fitrah manusia. Pejuang-pejuang isme ciptaan manusia ini melanggar batas-batas fitrah. Isme-isme ini bertindak sewenang-wenangnya sebab mereka TIDAK SABAR untuk berjalan atau memimpin fitrah itu dengan sistem Rabbani.
Di atas jalan yang menyimpang dari landasan Rabbani ini berlakunya penyembelihan, pembunuhan dan pertumpahan darah, maka hancurlah nilai-nilai baik dan tercetusnya huru-hara!!!
Apabila tidak mengambil sistem Allah, maka berlakulah banyak kezaliman , akhirnya isme-isme atau ideologi ciptaan mereka juga hancur satu persatu kerana mengabaikan fitrah manusia. Komunis sudah runtuh, kini mereka yang mengagungkan Demokrasi, akhirnya mencabuli sistem ciptaan
mereka sendiri. Sistem ini lebih cenderung menurut hawa nafsu..Akhirnya mereka binasa dan mati dalam keadaan hina, lihat apa yang berlaku kepada Mustafa Kamal Attartuk, Jamal Abdul Nasir dan kuncu-kuncu mereka..
Berbeza dengan sistem Islam sangat merai fitrah manusia, tidak memberatkan, taklifnya tidak banyak, beransur-ansur melaksanakan perundangan...
Dalam Islam;
i. Tidak membebankan
ii. Kurang taklif...yang haram tidak semua haram, yang wajib tidak semua diwajibkan
iii. Kesukaran-kesukaran yang boleh diatasi..Dharurat, ada pengecualian..
Ini menunjukkan Islam selaras dengan fitrah manusia..Islam tidak membebankan . Contoh antara income tax dengan zakat, mana lebih ringan? Income tax membebankan, apa lagi dengan GST, kerajaan mengambil lebih kurang sebulan gaji rakyat dalam setahun.. Zakat hanya minima lebih kurang 2.5 dari pendapatan.
Berikan kesedaran kepada masyarakat, pentingnya kita kembali kepada sistem Islam yang banyak permudahkan urusan dan tidak membebankan rakyat.. Lebih-lebih lagi kini kita sudah masuk fasa ke-5 , tidak boleh tunggu..kena usaha semakismanya! Sekurang-kurangnya kita ada saham menjayakan fasa ke-5 yang kita tidak tahu bagaimana Allah SWT akan memenangkannya..
Berikan kesedaran kepada masyarakat, pentingnya kita kembali kepada sistem Islam yang banyak permudahkan urusan dan tidak membebankan rakyat.. Lebih-lebih lagi kini kita sudah masuk fasa ke-5 , tidak boleh tunggu..kena usaha semakismanya! Sekurang-kurangnya kita ada saham menjayakan fasa ke-5 yang kita tidak tahu bagaimana Allah SWT akan memenangkannya..
تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ
اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ
تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ
تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ
مُلْكًا عَاضًّا فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا
شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّا فَتَكُونُ مَا شَاءَ
اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ
تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ثُمَّ سَكَتَ (أحمد)
Sabda Rasulullah SAW: “Kalian akan
mengalami
i. fasa Kenabian selama masa yang Allah kehendaki, kemudian
ii. fasa kekhalifahan mengikuti manhaj
Kenabian selama masa yang Allah kehendaki,
iii. kemudian fasa Raja-raja yang
menggigit,selama masa yang Allah kehendaki, kemudian
iv. fasa para penguasa
yang memaksakan kehendak selama masa yang Allah kehendaki, kemudian kalian
akan mengalami
v. fasa kekhalifahan mengikuti manhaj Kenabian, kemudian Nabi
diam.” (HR Ahmad)
Wajarlah apabila
Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam memprediksi bahawa di antara
langkah awal yang akan diselesaikan oleh Panglima Ummat Islam fasa 5 adalah
mengakhiri kesombongan para Mulkan Jabbriyyan di semenanjung Tanah Arab. Projek
ini dalam bentuk menguasai semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad shollallahu
’alaih wa sallam bersabda: “Kalian akan perangi jazirah Arab sehingga
Allah menangkan kalian atasnya.” (HR Muslim)
"Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan cinta-Mu dan cinta orang-orang yang
mencintai-Mu dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah
jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada
diriku dan keluargaku serta air yang sejuk"
Comments
Post a Comment