Mana Yang Utama?

Rasa penuh agenda setiap hujung minggu berada di zon Selatan sepanjang Syawal tahun ini. Syukur dapat bersilaturahim dengan  family sekitar Shah Alam jika tiada sebarang program di Bangi. Allah izin Muhasabah diri sendiri agar terus fokus perbaiki diri untuk faham setiap périntah Allah dalam Qur'an. Syukur Allah pertemukan dengan team pencinta al-Qur'an mendalami bahasa Arab Al Qur'an. Semoga Al-Quran sentiasa menyentuh dan mengetuk qalbuku agar tidak lalai.

Ibu banyak belajar dari suami agar tidak marah..sentiasa sabar..jangan komen apa-apa. Muncul bila mampu ketika diperlukan.. Lebih selamat DIAM dan fokus dengan kerjaya utama dalam  penulisan menyebarkan  قال الله    dan       قال رسول

Serahkan kepada Allah aturkan  segala  aktiviti terbaik yang boleh ibu sumbangkan untuk ummah seluruhnya... Ketengahkan kisah-kisah  wanita  dalam Al Qur'an sebagai pembina peradaban.

Apabila mendengar ceramah Ustaz Budi Ashari terjawab sudah semua persoalan baru yang  membelenggu fikiran  menyebabkan beberapa ketika  ibu  hampir hilang fokus dalam semua aktiviti...
Jadilah seperti Maryam, satu-satunya wanita  yang disebut oleh Allah SWT dan dipuji habis-habisan bahkan terdapat surah Maryam  dalam al-Qur'an. Wanita  yang mengajar  wanita  dunia sepanjang zaman   agar  sentiasa menjaga 'KEHORMATAN'. Dari sinilah bermulanya peradaban yang Allah redhai di dunia  dan  akhirat. Wanita mulia ini menjadi pengabdi yang taat kesan doa  bondanya  isteri Imran. Kisah keluarga  Maryam terkandung dalam surah Ali  Imran.Subhanallah betapa mulianya kisah ini, memang wajar diketengahkan dalam masyarakat.
Perlu rasa  mulia menjadi  suri rumah tangga kerana  menurut kajiannya  dari keseluruhan peranan wanita, 19%  adalah kewajipan menjadi muslimah, 27% sebagai ibu  dan 58% adalah peranan sebagai isteri.

Dalam usrah terkini, ibu sempat sharing dengan ibu-ibu muda sesungguhnya  orang lain tidak akan mampu buat  yang terbaik  untuk anak masing-masing. Ramai kenalan ibu yang berhenti kerja kerana hendak fokus mendidik anak sendiri dengan manhaj Islam yang Allah redha. Yang penting ada niat ke arah itu, bukan hanya serahkan kepada  pengasuh di taska serta guru tadika dan guru di sekolah.
Setiap isteri akan ditanya tentang pengurusan rumah tangga suaminya, termasuk menyuburkan 5 soft ware  yang Allah SWT tanamkan dalam jiwa setiap anak:
1. Fitrah mentauhidkan Allah
2. Fitrah menjadi pengabdi yang taat
3. Fitrah  menjadi pemimpin ummat
4. Potensi kecerdasan  dan bakat
5. Jelas jantina lelaki dan wanita
 Jika  fitrah anak-anak  menyimpang dari  kelima-lima soft ware  di atas..isteri  adalah orang yang pertama akan disoal di akhirat kelak. Suami akan disoal kerana kegagalan memilih ibu sekaligus guru yang terbaik untuk anak-anaknya. Wallahu alam.
Cairkan kekerasan  anak dengan dodoikan kalimah  'la ila ha illallah


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil