Syaitan Menangis?

Rabu, 1 Syawal, selepas  solat sunat hari Raya  kami tidak ke mana-mana sekadar menunggu  tetamu yang berhajat ziarah di rumah. Anak sulung  sudah membuat tempahan pelbagai juadah walaupun mereka beraya di rumah mertua. Alhamdulillah lega rasanya, menantu baru  dari Johor bawa lontong istimewa, ibu sekadar menyediakan lodeh dan sambal kacang sahaja untuk meraikan tetamu. Rupa-rupanya  lontong mendapat sambutan di hari Raya pertama  ini khususnya tetamu yang berasal dari Johor. Tahun depan, panjang umur kena tempah lebih.Insya Allah. Tahun ini lebih ramai tetamu  memanggil  'ibu' termasuklah  ahli keluarga  sebelah arwah isteri pertama  Ustaz. Panggilan  yang lebih selesa menurut mereka, kerana  janggal hendak memanggil 'Mak Su' (sebelah suami)  atau Mak Ngah (sebelah keluarga  arwah) , Maklumlah orang baru. Abi Mishary beraya bersama mertuanya di Dungun Terengganu manakala Abi Fateh di Tanjung Malim. Hanya  dua keluarga  yang menemani kami .syukur Alhamdulillah.


Pada  3 Syawal  kami berada  di Pontian menziarahi kawan karib ustaz ketika mengajar  di Batu Pahat sekitar tahun 1970an. Sudah beberapa kali pasangan suami isteri  dari Pontian itu menziarahi ustaz, bahkan pernah bermalam di Tunjung Perlis. Isteri kawan karib itu sudah dua kali membuat pembedahan ganti kepala lutut namun kami masih belum berkesempatan menziarahinya. Kali ini merupakan peluang terbaik dengan adanya  kemudahan anak bungsu ke merancang  beraya di  rumah mertuanya. Kami sempat sampai di Tanjung Piai, penghujung  benua Asia kononnya. Sebelum itu  singgah di rumah kawan ustaz..rupa-rupanya  ibu pernah kenalinya semasa  melancong di Beijing. Subhanallah  betapa kecilnya dunia...Masya Allah. Sempat membelek  gambar lama bersamanya.

Malam hari Syawal ketiga dan keempat berpeluang  menziarahi cucu. Paling mengembirakan apabila cucu sulung sudah boleh membaca simbol-simbol seperti SHARP, PETRONAS, MAY BANK dan sebagainya. Umurnya masih belum sampai 4 tahun.  Ketika  memujuk adiknya yang belum masuk  2 tahun, amat terkejut  ibu kerana  dia boleh mengulang dan mengajuk ibu  sebut "kalau kita sabar  syaitan menangis, kalau kita tak sabar nanti syaitan gelak".

Ibu terkejut dia  boleh tukar  perkataan ketawa  menjadi gelak.
Suatu ketika, selesai sahaja  umi dan abinya  berjemaah, kedengaran cucu sulung berdoa:
"Ya Allah, abang Ayi tak nak jadi kawan syaitan..Allah dah lepaskan syaitan ke?" Mungkin sebelum ini cucu ibu sudah dimaklumkan syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadhan.
Semoga  generasi pewaris kami sentiasa mendapat  hidayah dan taufiq  dari Allah SWT  hingga hari Kiamat, dan terselamat  daripada gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya. Berbekal kefahaman Islam yang syamil. kamil  dan muttakamil sahaja keselamatan  dunia akhirat akan diperolehi. Insya Allah..
Cucu-cucuku; Sumber  Inspirasi  Tok ibu   dalam penulisan


Allah izin  minggu  akhir Ramadhan ibu mendapat tawaran ikuti bimbingan menulis cerpen dari wakil Dewan Bahasa dan Pustaka secara online bersama team Majalah Haluan. Sekembalinya kami dari Johor , Alhamdulillah  ibu  dapat  menyiapkan cerpen  yang pertama  sekaligus  memenangi  bimbingan menulis  novel kanak-kanak secara percuma  daripada sifu yang sama. Menurut  penganjur, biasanya  sehari belajar menulis perlu dibayar RM350-500. Syukur Allah kurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Manfaatkan segala peluang yang ada untuk tujuan dakwah dan tarbiyyah. Insya Allah. Segala yang Allah atur  untuk ibu, Alhamdulillah sentiasa indah dan tidak pernah salah. terima kasih yang Allah..wa syukrulillah.Sentiasalah beristighfar dan bertaubat agar  syaitan sentiasa  menangis dan tersiksa ketika  cuba menganggu kita.
Terkenang  kisah cucu tadi, semoga dapat ibu jadikan  sumber inspirasi  menulis novel motivasi  kanak-kanak yang diminati agar mereka  semua mencintai Allah dan Rasul melebihi dari segala-galanya. Ya  Allah permudahkanlah segala urusan kami, terimalah amalan yang serba kurang dan lemah ini  sebagai ibadah di sisi-MU. Aamiin.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil