Kerendahan Hati Da'i Yang Dikasihi Allah

Selesai  membaca dan merenungkan surat amirnya ini, bangkitlah kesedaran fitrah  sang Da'i yang melakukan kesalahan itu. Akhirnya  hujung lidahnya dapat merasakan kembali air susu murni yang pernah diteguknya, lalu ia memegang pena dan mulai menulis:
Al Ustaz Muhammad Ahmad Ar-Rasyid  di hari pengkebumian UDMZ

"Bismillahirrahmanirrahim"

Surat anda sudah saya terima. Tidak ada yang saya temukan padanya selain dari kebenaran.

Aku tidak tahu apa yang seharusnya  aku katakan  padamu wahai pemimpin yang ditaati, kerana aku sudah menyedari kekeliruanku sejak beberapa hari yang lalu, akan tetapi rasa malu membuatku enggan untuk datang meminta maaf kepadamu.

Memang tiba-tiba saja aku merasa terasing dan bingung menoleh kiri dan kanan, kerana wajah kejahiliyahan di sekelilingku membuatku takut, sedangkan dulunya aku merasa kuat dan mulia kerana kebersamaanmu dengan dakwah yang berkah ini,  jiwaku penuh keberanian memandang remeh kepada semua keangkuhan yang keras kepala, kerana semua saudaraku berada di sekelilingku dan  kerana aku naik dengan fikiran-fikiran suci dan jiwaku berada dalam ketinggian.

Namun tiba-tiba saja datang kepadaku penghasut demi penghasut, pemfitnah demi pemfitnah, lalu aku mengiakan perkataan mereka, maka itulah suatu kekhilafan dariku.
Aku dirangkul oleh para  pemfitnah, lalu mereka membuatku gundah.
Demi Allah, aku menyesali ketaatan pada sipemfitnah itu, kemudian hari aku mencela diriku sendiri.

Namun, semua itu tidak ada artinya.
Seperti seorang pembeli tertipu menggigit  jari
Di mana tipuan itu hanya terlihat setelah akad jual beli

Aku tidak mengungkapkan  perasaanku padamu ketika itu, aku sudah menjadi seperti Ka'ab Bin Abd Malik r.a ketika ia tidak mahu ikut Perang Tabuk bersama Rasulullah s.a.w, lalu ia berkata;

"Apabila aku berjalan di tengah  khalayak ramai setelah Rasulullah pulang berperang, lalu aku mengelilingi mereka sehingga aku merasa sedih kerana aku hanya melihat diriku sendiri sebagai seorang lelaki yang tercela oleh kemunafikan"  (Rujuk sahih Bukhari, 6:5)

Dulu aku menyedari betapa kakiku teguh di bumi dakwah ini, namun sekarang aku menyaksikan  setiap orang yang dulunya keluar dari Jamaah, kini ia senang melihatku, wajahnya ceria dan ia  tersenyum dengan senyuman  yang menyakitkan hatiku.

Sesungguhnya peristiwa itu benar-benar merupakan suatu pelajaran bagiku, dan semoga Allah memaafkan kesalahanku  yang berlalu. Aku memuji Allah atas petunjuk yang Dia berikan  kepadaku, pada langkah kakiku yang pertama  dahulu, ketika tumbuh dewasa dalam Jamaah dakwah ini, dan aku bersyukur kepada Allah ketika kakiku tergelincir, lalu Dia memperlihatkan kepadakukesalahanku dan memudahkan aku untuk bertaubat pada  hari ini, kemudian aku juga bersyukur kepada-Nya kerana dalam beberapa hari ini Ia mengurniaku penjagaan, asuhan dan kebenaran.

Wahai pemimpin yang ditaati,
Aku berharap agar engkau dapat menerima  alasanku, dan menegaskan bahawa hari ini aku:
Hatiku sudah tersentak bangun, sedangkan akalku sudah kembali,
Kebatilan sudah aku putuskan, dan kejahilan sudah aku  lupakan.
Semoga engkau dapat melupakan apa yang terjadi, kerana barangkali ia hanyalah bagaikan ketergelinciran sebuah kuda  tunggangan..
"Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh"

Demikianlah sebuah teguran dan permohonan maaf.
Selanjutnya hanya ada  satu pilihan bagi sang pemimpin dalam ini, iaiyu menerima permohonan maaf dari da'i yang bersalah tersebut. Kerana Nabi s.a.w  bersabda  yang bermaksud:
"Maafkanlah kekhilafan-kekhilafan  orang-orang terhormat"  (Sahih al-Jami' as-Shagir oleh al-Albani, 1:382)

Sedutan dari halaman  322-324  buku Hambatan-Hambatan Dakwah
Oleh Sheikh  Muhammad Ahmad Ar-Rasyid

"YA ALLAH, kami bermohon kepada-MU agar Engkau menjauhkan kami daripada sikap yang selalu bersandar kepada sebab musabab dan berhenti padanya bersama ketololan kami, hawa nafsu kami dan kebiasaan kami. Kami bermohon kepada-MU agar terhindar daripada keburukan dalam semua keadaan..., Peliharalah  kami bagaimana jua yang Engkau kehendaki dan seperti yang Engkau kehendaki. Kami mohon kepada-MU kemaafan dan kesihatan dalam beragama, dunia dan akhirat. Dan kami juga bermohon kepada-MU taufik untuk  melakukan kebaikan dan ikhlas dalam semua amal" Amin ya Rabbal alamin.."

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil