Agar Silaturrahim Berkekalan

Syukur Alhamdulillah, Allah anugerahkan ahli keluarga yang sering ingatkan dengan penuh cinta dan kasih sayang. Hati-hati apabila bercakap kerana fikiran dan jiwa manusia memang berbeza tafsirannya, mengikut nilai yang menguasai, samada ikut  Iman atau hawa nafsu. Dari Iman akan mengukuhkan ukhuwwah. Dari hawa nafsu akan timbulkan pecah belah..
Keselamatan diri dan baitul dakwah lebih terjamin jika sentiasa  memohon dari Allah SWT dan akui bahawa  diri ini tidak mampu melainkan dengan izin Allah jua yang beri kekuatan agar tidak melayan fitnah yang berpunca dari salah faham. Yang penting mohon Allah perbaguskan niat kita setiap detik dan ketika hanya untuk-NYA.. Jika silap bertaubat kerana  Allah amat mencintai orang yang bertaubat.. Kecilkan semua masalah dan BESARkan Allah dalam kehidupan.. Suburkan iman dan ukhuwwah dengan bersilaturahim jika ada kesempatan..

Medan silaturahim amat banyak , di antaranya melalui program  ziarah, rehlah,  majlis-majlis ilmu dan paling tidak istiqomah manfaatkan peluang ber'telegram dan whats app tanda prihatin. Apapun aktiviti yang dicadang atau dirancang, yang penting perlu husnuszhon..bersih hati dari sangkaan buruk. Apabila jiwa gagal bersangka baik, bermakna proses pembersihan jiwa tidak berlaku, memekatkan lagi keladak atau  karat-karat  jahiliyah bertakhta  di jiwa.
Anak kecil yang berjiwa syurga juga dapat rasai suasana yang tenang dan tidak tenang mengiringi kehidupannya. Pernah ibu tanya seorang anak gadis berusia hampir 5 tahun.."kamu suka tinggal di sini atau di sana"..Jawabnya dengan penuh hiba " suka tinggal di sini"..

Ketika ke majlis seorang ibu tunggal mengahwinkan anak bungsunya, terserempak dengan  kakak sahibah veteran bersama suaminya mengucapkan tahniah..Mengimbas nostalgia ukhuwwah kami sekitar tahun 1980-1990an. Perancangan Allah untuk kami menggambarkan 'Big Picture' Ukhuwwah kami akan bertaut kembali..Insya Allah..
Seorang demi seorang sahibah lama hubungi mengucapkan Tahniah..hingga ada yang SMS, punca masalah sebelum ini kerana kita tidak utamakan Ukhuwwah, sedangkan UDMZ mentarbiyyah kita utamakan Iman dan Ukhuwwah..

 
Daripada Anas bin Malik, katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).” (Riwayat Bukhari)
Jalinan silaturahim amat  penting dalam proses  membentuk ummah  gemilang bermula  dari  unit keluarga hinggalah masyarakat... Ukhuwah yang terbina hasil  pupukan  kasih sayang kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan kepada jiwa setiap  insan.
Dalam hadis Qudsi, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
 “Rahim itu adalah Nama-Ku, sesiapa yang menghubungkannya, maka Aku hubungkannya, dan sesiapa yang memutuskannya, maka Aku putuskannya.” Dengan lain kata, seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

Pengajaran daripada hadis di atas antaranya  adalah;
Allah Taala akan memanjangkan umur dengan sebab silaturahim. Disebabkan kita rajin menjalin dan membina hubungan baik dengan manusia, maka kita akan disayangi.

Walaupun kelak kita  sudah transit di alam barzakh, nama kita masih disebut dan dikenang. Lihat saja tokoh-tokoh soleh yang jasanya masih disebut hingga sekarang kerana kebaikan serta hubungan yang pernah mereka bina. Kenangan itu menjadi doa kebaikan untuknya.

Kesihatan lebih baik jalin silaturahim

Penyelidikan juga membuktikan mereka yang saling menghubungkan silaturahim akan melalui kehidupan lebih sihat berbanding mereka yang suka mengasingkan diri serta tidak bergaul dalam masyarakat.

Bagaimana pula silaturahim boleh menambah atau murahkan rezeki seseorang?
Rezeki boleh dan mudah dicari selagi kita punya hubungan baik dengan orang lain.
Sifat suka berbuat baik kepada orang lain, maka mereka pun akan berbuat baik kepada kita.

Inilah yang seterusnya akan berkembang menjadi kepercayaan, amanah dan tanggungjawab.
Bagaimana mungkin seseorang akan memberi kepercayaan kepada  kita menguruskan hartanya jika kita tidak mempunyai hubungan baik dengannya?.

Sosiologi Universiti Harvard, Mark Granovetter, melakukan penyelidikan cara mendapatkan pekerjaan. Kajiannya dilakukan pada 1970-an berjaya menemukan bahawa majoriti orang mendapatkan pekerjaan berdasarkan hubungan silaturahim yang  dijalinkan.

Ibu yang selalu berdoa setiap kali anak bersalaman dan mencium tangannya sebelum keluar rumah, Allah akan beri kebaikan serta keberkatan untuk anaknya.

Nabi SAW bersabda: “Keredhaan Allah bergantung pada keredhaan kedua orang tua. Kemurkaan Allah juga berlaku jika sebaliknya.”
Justeru itu amat perlu setiap ibu sentiasa  memaafkan anak-anaknya bahkan sentiasa  mendoakan keselamatan  akidahnya, ibadahnya  di dunia  demi akhirat..

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil