'Team Work' Yang Mantap~ Insya Allah
Alhamdulillah tahun harmoni ini Allah izin ada saja kejutan yang menceriakan hati banyak pihak yang sudah lama menanti keputusan ini. Allah sebaik-baik pengatur dan pengurus kehidupan. Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil 'azhim...
![]() |
Pemangku Mudhirah bersama teamwork yang dibimbing oleh team LAP |
Tugas di Taska dan Tadika sudah hampir selesai dan 'baton' larian sudahpun diserahkan kepada generasi pewaris yang berpotensi meneruskan motto Little 'Abd Programme iaitu "Pembelajaran bermula di Hati".
Pemangku mudhirah (lepasan Matri~ menyambung pengajian peringkat ijazah pengurusan perniagaan di UKM) dibantu oleh dua pengurus berpengalaman membentuk 'team work' yang mantap. Insya Allah mereka mampu lakukan gerak gempur memenangi hati ibu bapa sekitar Ledang. Semoga team work ini akan sentiasa menceriakan pihak ALP agar terus berikan moral support dan doa secara istiqomah untuk membangunkan Pre School yang berpotensi memenangi hati anak-anak dan ibu bapa dengan penuh cinta dan kasih sayang,

Kejayaan team work ini bergantung kepada sejauhmana kebersihan hati mereka |
Syukur Alhamdulillah, setiap bulan ada sahaja anak-anak dari Tadika lain dipindahkan oleh ibu bapa mereka ke SmarTop PreSchool yang terkenal dengan Tadika tahfiz 'ada style'. Satu-satunya tadika yang ada kelas Swimming dan T,Kwando
Satu lagi daya tarikan pre school ini adalah menggunakan teknik membaca cepat kaedah phonic walaupun anak-anak masih di Taska. Ibu rasa puas hati dan seronok melihat perkembangan guru-guru yang dedikasi bekerja keras untuk membangunkan pre school ini. Potensi staff perlu digilap dari masa ke masa melalui Usrah dan kursus secara istiqomah.
Pentingnya kerangka analisis yang ibu dapat dari presiden Haluan semasa Konvensyen Haluan di KTD baru-baru ini dan memamg wajar dimanfaatkan. Kerangka analisis dengan gunakan 7 S
1. Struktur
2. Sistem
3. Style
4. Staff
5. Skills
6. Strategik
7. Shared Value
Sumber inspirasi~ hafazan ada style

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua ALP yang masih memberi kepercayaan kepada ibu untuk terus berikan sumbangan jika ada peluang melalui perlantikan sebagai ALP. Tidak ada masalah kerana zaman Siber, kemudahan IT akan banyak membantu mendekatkan yang jauh..InsyaAllah...
Pesanan akhir semasa meeting sebentar tadi "teruskan perjalanan kita menuju syurga-Nya tanpa sedikitpun keraguan. Jika kita ambil sistem Allah, pertolongan-NYA sentiasa menyusul..Insya Allah"
Comments
Post a Comment