Menggilap Potensi 3~ al Amal

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah meletakkan sepuluh rukun bai’ah  di  mana kesemua rukun bai’ah ini adalah rumusan  merujuk sirah Nabi S.A.W .  Jika kita tafakkur dan  renung  kembali sejarah kegemilangan Islam di zaman Nabi S.A.W, proses mengilap potensi para sahabat tidak lari dari  bagaimana Nabi S.A.W dan para sahabatnya mempraktikkan kesemua  arkanul baiah tersebut. 
Para sahabat juga tidak serik melalui pengalaman  jatuh  bangun serta menang  kalah ,tetapi mereka tetap teguh dengan perjuangan dan sentiasa yakin dengan pertolongan Allah dan  kemenangan islam hanya  dalam genggaman-NYA.


 Firman Allah yang bermaksud:    
“Sesunguhnya Allah pasti menolong orang-orang yang menolong agamaNya,sesngguhnya Allah Maha  KUAT  lagi  Maha PERKASA" (Surah Al-Hajj: 40)
Berikut  adalah Arkanu  Baiah  yang ketiga
 



AMAL

Firman Allah yang bermaksud:

“ Bekerjalah kamu,maka Allah  dan  RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu,dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,lalu diberikan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”    (At-Taubah: 105)

Ayat ini menujukkan bahawa setiap amalan  yang dikerjakan di dunia ini akan diperhitungkan oleh Allah di hari kiamat nanti. Nabi S.A.W pernah bersabda di dalam hadis  sohih yang bermaksud
“Sesungguhya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi seseorang itu dengan apa yang diniatkan”.
 
Maka selaku seorang mukmin lagi mujahid sentiasalah kita menitik beratkan soal niat ini.Niat adalah permulaan bagi sesuatu maqasid( tujuan)

Persediaan amal yang perlu ada bagi setiap individu pejuang:

Pertama: Perbaiki Diri

Hendaklah utamakan  memperbaiki diri kita  supaya menjadi seorang mukmin yang kuat dari segala aspek kehidupan.
Mempunyai kesihatan yang baik dan tubuh yang kuat.
Akhlaq yang mantap
Pemikiran yang intelek
Mampu bekerja dan berusaha
Aqidah yang  salimah (betul)
Ibadah yang soheh
Sentiasa bermujahadah terhadap  dirinya (melawan dan menundukkan hawa nafsu)
Memelihara jiwanya (menyuburkan Iman)
Prihatin terhadap masanya dan bersistematik
Memberi manfaat kepada orang lain


Kedua: Pelihara  Baitul Muslim

Pembentukkan rumahtangga yang muslim
Membimbing ahli keluarga supaya memahami Islam dan perjuangan
Memelihara adab-adab Islam dalam kehidupan rumahtangga
Bijak memilih bakal isteri atau suami

Ketiga: Amar  ma'ruf nahi MungkarMembimbing Masyarakat
Menyebarkan dakwah,menjalankan amal am’ruf dan nahi mungkar

Keempat: Merdekakan Tanah Air

· Membebaskan tanah air
· Mengembalikan kuasa politik dan ekonomi kepada pemerintahan dan undang-undang Islam yang sebenar

Kelima:

Memperbaiki kerajaan sehingga menjadi benar-benar kerajaan Islam
Berkhidmat kepada masyarakat demi untuk menjaga kemaslahatan mereka dan bukan pula mufsadah.
Menerima amanah yang diberikan itu denga penuh rasa tanggungjawab,kerana ianya kelak akan  dipersoalkan di akhirat kelak.

Keenam:

Mengembalikan kedudukan alammiyyah  negara-negara kepada umat Islam dan membebaskan tanah airnya serta  mengembalikan kegemilangannya
Menyatukan suara-suara umat Islam di seluruh dunia sehingga terbangunnya  Khilafah  Islamiyyah.

Ketujuh:

Memimpin dunia dengan menyebarkan da’wah Islam di segenap pelusuk dunia

Firman Allah yang bermaksud:  "Sehingga tidak menjadi fitnah dan agama itu semuanya milik Allah" ( Surah Al-Anfal:39)
https://halaqahmuntijah.wordpress.com/2010/11/19/arkanul-baiah/

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil